Stesen Keretapi Dabong - Pasar Besar Pekan Dabong - Gua Ikan - Air Terjun Gunung Stong - Karipap Mini Mcgie - Lata Kertas - Sungai Kenerong - Mee Udang Kak Ana - Pasar Malam Dabong - homestay - Stesen Keretapi Dabong
Assalamualaikum.
Sambung cerita trip to Dabong dengan sepupu den dan 2 orang anaknya.
Kesimpulannya adalah 10 jam yang sangat happening😅.
Keretapi Ekspress Rakyat Timuran tiba di Stesen Keretapi Dabong pada 10 pagi.
![]() |
| Ada mini library tapi berkunci. Mungkin kena minta kunci daripada staff stesen ni kot ye |
Ada shower room ye di stesen keretapi ni.
Cumanya kami malas hendak mandi😅.
Molek aje tandas dan shower room nya.
Jadinya kami gosok gigi dan cuci muka sahaja.
Dasar belalang kunyit begitulah ye😅.
![]() |
| Harus la ada gambar tuan tanah kedaung kan |
Kami berjalan tidak sampai sekupang ke Pasar Besar Pekan Dabong yang betul-betul di belakang Stesen Keretapi Dabong.
Breakfast nasi dagang.
Sempat beli 2 fridge magnets di souvenir shop dekat situ.
Menarik juga barang-barang yang dijual.
Ada topi, selipar, tshirt, woven bag, dsb.
Seorang mamat yang ala-ala tour guide fetch kami dengan van yang macam menunggu masa hendak terpleot😅.
Kerusi macam nak tercabut.
Takde aircond.
Adventure sungguh😅.
Kami terus aje ke Gua Ikan.
Hujan renyai-renyai.
Gua Ikan ditutup sejak 28 Nov sehingga diberitahu kelak.
Jadinya tidak dapat explore sampai ke dalam.
Masuk bahagian depan gua sahaja mengambil gambar sekupang dua.
Molek sungguh kejadian guanya.
Macam kena ulang datang ke sini bila boleh explore semua pelusuk gua je kan😅?
Kami terus singgah ke kawasan Air Terjun Gunung Stong.
Kalau datang bukan musim hujan, boleh pergi ke kawasan kaki gunung bagai.
Rezeki kali ini hanya tengok air terjun dari kejauhan.
Sepupu den dah cakap nak masukkan Gunung Stong sebagai bucketlist untuk hiking nanti.
Singgah beli Putu Halba di tepi jalan.
Dia macam putu piring cuma tepung beras digantikan dengan ubi yang direbus.
Bulan 12 banyak kuih ni sebab penduduk tidak mahu ubi rosak terendam dalam air banjir.
Singgah beli karipap mini inti serunding ikan di Karipap Mini Mcgie.
Katanya viral di Tik Tok.
Tapi sama je rasanya macam karipap mini inti serunding ikan yang den pernah makan selama ni😅.

Kami rasa sampel sampai kenyang
Singgah di Lata Kertas.
Berjalan-jalan di atas titi gantung dan celup kaki dalam air sungai.
Cantik, laju dan deras airnya.
Tidak disarankan mandi di sini sebab banyak kawasan dalam dan air berpusar.
Terus aje ke Sungai Kenerong Pondok Pok Teh.
Sejuk lahai air sungai.
Sakan kami mandi sungai di sini sambil bercerita tentang kehidupan.
Dalam 30 minit eh hujan, kami angkat barang, etc berteduh bawah cafe yang tidak digunakan lagi.
Sekejap je hujannya pun dalam 10 minit.
Bila hujan seriyat kami angkat semula barang ke tempat tadi dan sambung mandi sungai😅.
Sekali dalam 15 minit mandi, hujan semula.
Makanya terus kemas.
Mandi di tandas.
Solat di surau.
Menarik suraunya.
Sebelah sungai.
Open air.
Tapi memang tiada gambar di sini sebab semua pun tidak pegang telefon.
Terus kami gerak makan mee udang di Kedai Mee Udang Kak Na.
Kami pesan Mee Udang, ketiaw goreng udang dan mee goreng udang.
Udangnya segar, gebu gebas dan besar tapak tangan.
Rasanya ngam cuma tekak den rasa Mee Udang Sungai Dua lagi umphhhh begitu.
Dasar ye😅.
Singgah ke pasar malam.
Sakan den tapau 2 beg plastik kecil buah katak puru.
Tapau food sekupang dua dekat pasar malam.
Terus ke homestay.
Lepas solat, makan dan sembang sekupang dua sebelum den tumbang pukul 8.30 pm.
9.45 pm bangun tidur.
Adik manis fetch kami dan hantar ke Stesen Keretapi Dabong.
Sepupu den telefon pemilik kedai souvenir minta buka kedai sebab nak beli souvenirs.
Shopping la sekupang dua lagi.
Melepak dan berehat di stesen.
Sekali ada pengumuman bagitau Keretapi Ekspress Rakyat Timuran akan lambat sampai di Stesen KTMB Dabong.
Keretapi sampai 22 minit lambat dari jadual asal.
Naik je keretapi terus letak kepala semuanya tidur pengsan tak ingat apa.
Terjaga pukul 5 pagi masa keretapi berhenti di Stesen Keretapi Jerantut.
8.32 pagi kami sampai di Stesen Keretapi Gemas.
10.45 pagi sampai di Stesen KL Sentral.
Tamat la sudah sesi berjimbaan ke Dabong selama 10 jam, jenuh penat dalam keretapi😅.
In sya Allah ada rezeki kita ulang semula ye😅.
✅Kena pergi masa musim kering supaya boleh pergi ke semua tempat yang menarik.
✅Mungkin kena tidur satu malam di Dabong supaya tidak terlalu penat dan boleh rasa lebih banyak makanan.
✅Atau mungkin kena ambil gerabak yang ada katil supaya badan tidak terlalu terpleot.
Tapi trip naik Keretapi Ekspress Rakyat Timuran dan berjimbaan di Dabong adalah salah satu bucketlist den.
Finally check this off my bucket list💪.
Yeay.




.jpg)












.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)





.jpg)
.jpg)






.jpg)
Bapak... Semua dalam sehari, mahu tak pengsan. Udah la kome naik coach kerusi je, bukan tidor katil. 😁 Tapi nice la, gambor dalam gua, ayor terjun di Gunung Stong, mandi² sungai dan makan mi udang besor. 👍👍
ReplyDeleteHa layankan sepupu itu. Sayang tidak dapat masuk Gua Ikan sampai ke dalam. Itu yang macam kena ulang ke Dabong ni😅Tapi pengalaman macam ni buat KSarie menilai kemampuan diri. Mampu ke nak joint trip yang seumpama ini di masa akan datang😅
DeleteWalaupun agak tercungap² tapi dapat cover banyak tempat juga tu KSarie. Kalau bermalam, lagi fresh la kan...
ReplyDeleteCantik betul Gua Ikan tu, tak nampak macam tipikal gua 🤭
Itu yang rasa macam kena repeat trip to Dabong ni sebab macam tak puas pergi sekejap naw
Deletetak puas ni bila tak tidur sana,baca pun letihh hehe.
ReplyDeletesaya teringin sangat nak ke dabong ni naik train. tapi prefer yg ada katil utk tidur tu kot. yg tu hot kan, selalu habis tiketnya.
gunung stong memang ada dalam wishlist saya jugak ni
Ha dah boleh buat itinerari dan cari tarikh cun untuk memanjat Gunung Stong tu. KSarie pun plan nak ulang pergi ke Dabong satu hari yang tidak tahu bila tu😅
Delete