Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cerita pendek yang baru berlaku.
Den ada satu lawatan tapak kerja di Rawang.
PIC nya adalah seorang lelaki Cina yang den tidak tahu kenapa dia kerja di tapak projek sebab face card nya sesuai menjadi pelakon😅.
Dia ajak minum di café di kawasan lawatan tapak sementara menunggu boss nya sampai.
Disebabkan den ini bukan peminat kopi hipster, makanya den hendak pesan teh.
Ada 2 pilihan teh.
English Breakfast Tea.
Earl Grey Tea.
Perbualan di bawah berlaku.
Den: Saya hendak English Breakfast Tea ye.
Adik waitress yang cantik: Puan order kopi la ye puan sebab teh nya tidak boleh diminum.
Den: Kenapa tidak boleh minum teh? Dah habis ke tehnya?
Adik waitress yang cantik: Tehnya tidak halal Puan.
Terus otak den jammed sekejap.
Macam teh tidak halal?
Ada babi ke?
Terkebil-kebil den dekat situ dalam beberapa minit.
Sebab first time dalam hidup den dengar ‘teh tidak halal’.
Sampai la teammate den bisik pada den ‘mungkin ada perisa yang letak alkohol kot’.
Dalam sel otak cuba berhubung den terus la pesan kopi latte panas.
Comel aje latte dia ada lukisan hati.
Sepanjang lawatan tapak, otak den dok terfikir ‘ada teh yang tidak halal rupanya’.
Udah tidak peduli hendak pandang PIC yang ada face card itu.
Sebab dok terfikir berapa banyak gamaknya den terminum teh yang tidak halal.
Lepas selesai lawatan tapak bagai, den pun google tentang ‘ada teh yang tidak halal’.
Ada 3 sebab teh tidak halal.
1. perisa/flavour mengandungi alcohol
2. bahan tambahan (pelarut) dari haiwan
3. sumber dari haiwan seperti babi
Boleh baca penjelasan lanjut di sini ye https://halal-corridor.com/benarkah-teh-belum-tentu-halal-begini-penjelasannya/
Langsung la den terkesima kan sebab den ada je minum teh dan kopi di café yang muslim friendly apa semua tu.
Ahhhh sudah….
Gamaknya sebab itu la sampai sekarang tidak berjaya menghafal 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi sebab makan dan minum yang kuban-kuban.
Lepas ini den kena lebih berhati-hati.
Sebab setiap apa yang kita makan dan minum akan menjadi darah daging kan?
Semoga yang baik-baik untuk kita ye.

Den memang minum teh o sokmo. Ini teh o halia yang dibuat oleh suami den. Minum panas-panas bersama nasi goreng yang anak bujang F masak
Sedap, minum teh o halia panas, boleh buang angin.
ReplyDeleteBagus juga pelayannya ada cakap. Kalau teh, saya biasa minum teh boh, lipton atau Ahmad tea je.
Nampaknya kena kekal minum teh yang kita dah biasa macam jenama yang Tot sebutkan tuh ye
Deletewah. . . saya pun baru tau ada teh tak halal, nice info. . .
ReplyDeletebaiknya kita lebih hati-hati lagilah terhadap apa masuk ke mulut dan perut kita
Betul. Nampaknya kena extra berhati-hati selepas ini..hmmm
DeleteKena berhati² sungguhlah kita orang ni as a Muslim kan... Sy pun suka teh.
ReplyDeleteUntungnya, suami buatkan air, anak bujang pula goreng nasi 👍🏻
Itu la kena extra berhati-hati hendak minum teh pun ye. Ha rezeki deme nak masak mamanya boleh rehat
DeleteWah... uncle pun tak terfikir ada teh tg tak halal....
ReplyDeleteItu la pasal uncle....saya baru tau ni
DeleteOhh kisahnya, thanks for sharing KSarie. Kalau coffee camna pulak ya.
ReplyDeleteCoffee KSarie pernah baca dulu pasal kena pilih molek juga sebab ada beans yang digaul dengan gelatin haiwan supaya lebih sedap, etc. Memang perlu berhati-hati juga bila minum kopi. Cuma untuk teh ni first time KSarie tahu ni
Deletethanks for sharing. agaknya kalau teh yg flavor tu mungkin ada yg tak halal kan
ReplyDeleteItu la yang mendebarkan tu
DeleteBaru2 ini ada dibahas juga ttg teh yg tidak halal kak. Oleh salah satu pengusaha teh di Indonesia. JD memang ada beberapa teh tidak halal trutama yg pakai perasa. JD unless ada label halal, sebaiknya dihindari. Tapi dari dulu saya pun cuma suka teh biasa saja 😄. Yg tidak pakai perasa apapun
ReplyDeleteKSarie paling suka Teh Botol Indonesia. Enak rasanya
Delete