Hari Terakhir Di Bulan November 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Semoga semuanya sihat walafiat.

Semoga mereka yang terlibat dengan banjir selamat semuanya dan dipermudahkan semua urusan.

Terima kasih banyak-banyak kepada bloggers yang sudi menjengah dan meninggalkan komen di blog den.

Insya Allah saya akan usahakan blogwalking ke blog kalian ye.

 

Bulan November 2025 ini terasa begitu lama.

Bukan hanya kerana sebab bulan ini ada 5 minggu.

Terasa lama kerana macam-macam cerita kehidupan😅.

 

Alhamdulillah si A udah habis UPKK.

Hari kedua dan ketiga masa exam demam pula.

Jadinya awal-awal dia udah bagitau.

“Kalau A tidak dapat markah lebih 80 bukan sebab A tidak pandai tau tapi sebab A demam masa jawab periksa tu”.

Akal sangat kan😅?

Ikut perangai siapa la tu ye😅.

 

Kisah keroje memang usah diperkatakan la ye.

Memang tidak akan pernah habis sampai bila-bila.

Semalam dan hari ini satu hari suntuk den pulun buat kerja.

Sebab kena diselesaikan sebelum 1 Disember 2025 kerana ada melibatkan pembayaran, dsb.

Langsung kecewa sebab biasanya weekend adalah masa untuk bermalas-malasan😅.

Punya sakan mengadap laptop sampai kena tampal koyok dekat bahu bagai😅.

Begitulah orang tua membuat kerja ye.

Lagi ada cadangan hendak meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun.

Gila ke apa?

 

Kalau untuk sektor kritikal yang tidak ramai bilangannya boleh la dipertimbangkan untuk pelanjutan umur bersara ni.

Itu pun sekiranya mereka masih sudi hendak menabur bakti.

Contoh macam Doktor Pakar.

Kalau acai-acai macam den nih eloklah dibiarkan je bersara umur 56 tahun😅.

Sekarang pun udah sakit lutut segala.

Esok kena bersara umur 65 tahun, asyik cuti sakit sakan😅.

 

Minggu terakhir November ditutup dengan drama sinetron yang tidak disangka-sangka.

Kisah yang membuatkan den terkesima.

Sepanjang 24 tahun 5 bulan den bekerja, tidak pernah menyaksikan situasi begitu.

Semacam satu wake up call kepada semua yang terlibat.

Dengan apa yang berlaku den teringat kepada quote di bawah.

Sekarang melayan KDrama Dynamite Kiss.

Cerita cinta cliché tapi disebabkan banyak sangat yang berlaku di November ni, den tengok cerita ringan aje la begitu.

Rezeki Jang Ki-yong meletup dengan KDrama ni.

Padahal lama udah dia berlakon.

Den mula tengok dia berlakon dalam KDrama Go Back Couple (2017).

Lepas tuh dia ada berlakon jadi hero beberapa KDrama lain juga.

Bila den tengok dia berlakon, den dok terfikir bila dia nak boom sebab molek je lakonannya, pakej semua lengkap.

Sekali rezeki dia dengan KDrama Dynamite Kiss ni.

 

Asalnya den tengok KDrama The Life Dream of Mr.Kim.

Tetapi tengok episod pertama sudah bikin sakit jiwa😅.

Apo episod pertama udah cakap pasal perlukan lebih kurang 1.8 billion won (RM5 juta) untuk menampung hidup lepas bersara. Langsung acik stress.

Sebab cerita pasal kehidupan rakyat marhaein ini penuh pancaroba sungguh.

Isu yang dibincangkan pun macam kena je dengan hidup sendiri.

Jadinya den tengok KDrama ini satu episod sahaja setakat ni😅.

 

Sesi membaca adalah yang paling sedih sekali kisahnya.

Dapat membaca sekupang aje.

Ada 4 buah buku yang den baca sekaligus sebab kena berkaitan pun terbengkalai.

Sibuk kerja itu udah satu hal.

Terpesona dengan media sosial pun iya juga.

Haish.

 

Macam mana bulan November kome?

Semoga semuanya yang molek-molek aje ye.

Jaga diri semua.

 

10 comments

  1. Baru je uncle tanya aunty tadi "Eh? Esok dah Disember?"
    Cepat nau kan?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Sihat. Ya, nampak banyak tempat dah surut di media social orang share. Dua hari lepas tu tak hujan dah. Cuaca baik. Saya pulak rasa November terlalu cepat. huhu...
    Take care KakSarie, jaga kesihatan.
    Macam best Dynamite Kiss tu. Suka jugak Jang Ki-yong ni berlakon sejak Drama My roomate is a Guminho tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kena tengok tau Dynamite Kiss tuh. Manis leting ceritanya😅

      Delete
  3. Sekejap aje rasanya dah masuk December...tahun ni macam- macam dugaan pahit manis..harapnya 2026 lebih manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita SA. Harap 2026 lebih awesome.

      Delete
  4. Kalau orang meletup tu, mungkin sudah sampai limit kesabarannya, ya. Peh, saya tak boleh baca 4 buah buku sekaligus. Kena fokus habiskan satu, satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang jadinya tak habis-habis baca 4 buah buku tuh sampai sekarang😅

      Delete
  5. Kak sariiiiiieeee, baru sempat saya BW kesini habis pulang dari Maldives kemarin,😄😄.

    Banyak tertinggal agaknya saya yaaa.

    Eh tapi suami saya malah senaaaang pas tahu usia pensiun dinaikkan. Sebab biar ada pemasukan lebih lama lah hahahaha.

    Dynamite kiss ini bagus yaaa? Saya memang dah tertarik Krn yg main Jang ki yong. Tp masih on going kan? Saya tunggu tamat dululah.

    Kalau sebut masalah uang yg hrs dikumpulkan sehabis bersuara, dahlah kak, tak usah lihat orang lain. Apalagi dari referensi Korea pula.

    Cost living di Malaysia dan Indonesia, tak lah sebesar di sana. Saya pun sebenarnya sempat terpikir juga, tp drpd makin stress, kita nikmati yg skr aja dulu. Yg penting investasi tetap rutin ,kalau saya di saham, gold bar dan bonds. Jadi dari situ sajalah passive income nanti 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali dari bercuti Fanny. KDrama Dynamite Kiss itu sudah lengkap episodnya tapi KSarie hanya sempat tengok sampai Episod 6 sahaja. Selepas itu udah malas😅Kalau sihat tubuh badan dan cerdas mindanya memang okay kalau terus bekerja kan

      Delete