Resensi Buku Biografi Imam Malik Kisah Perjalanan dan Pelajaran Hidup Sang Imam Madinah oleh Dr. Tariq Suwaidan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Den hendak kongsikan 10 pesanan/pengajaran daripada biografi Imam Malik.
Udah kenapa tiba-tiba Imam Malik kan?
Kenapa tidak baca buku Imam Syafie?
Buku yang den main sauk dari rak buku PPAS Gombak begitu konsepnya.
Bila baca agak serabut kepala sebab dalam Bahasa Indonesia huhuhuhu.
Hampir-hampir bukunya termasuk di dalam kategori DNF (did not finish).
Tapi den usahakan juga menghabiskan buku ini walaupun rasa nak pengsan huhuhuhu.
Sejak naik bas pergi dan balik kerja ni, memang buku jadi penemannya
Tajuk: Biografi Imam Malik Kisah Perjalanan dan Pelajaran Hidup Sang Imam Madinah
Pengarang: Dr. Tariq Suwaidan
Mukasurat: 374
Sumber: Perpustakaan Awam Gombak
10 pesanan/pengajaran daripada biografi Imam Malik:
1. 3 faktor penting menuntut ilmu - sabar, bersungguh-sungguh dan ikhlas.
2. Sentiasa menghormati guru walaupun berbeza pendapat.
3. Majlis ilmu seharusnya dalam keadaan tenang dan menghormati, tiada canda dan gurau.
Imam Malik menyampaikan hadis selama 50 tahun.
Tidak pernah pernah sekalipun ada gurauan apatah lagi ketawa.
Lain benar ye dengan majlis ilmu sekarang.
Tidak pasti adakah sebab keadaan semasa dan masyarakat sekarang atau adakah kita agak tersimpang ke macam mana?
4. Membuat rujukan, mendapatkan ilmu sebelum memberikan pendapat
5. Sentiasa merendah diri, jangan sombong, jangan menzalimi orang lain.
6. Perlu memakai pakaian yang molek untuk meningkatkan keyakinan diri dan menghormati ilmu.
7. Pilih makanan sihat supaya minda cerdas dan badan sihat agar mudah menuntut ilmu.
Imam Malik suka makan daging dan pisang.
8. Pentingnya peranan ibu di dalam mendidik anak-anak.
Imam Malik asalnya suka sangat menyanyi.
Ibunya mendorongnya untuk belajar ilmu hadis dan Feqah.
9. Sentiasa menjawab 'Saya Tidak Tahu' atau diam bagi perkara yang kita memang tiada pengetahuan tentangnya.
10. Iman tidak dapat diwarisi.
Ada anak Imam Maliki lebih suka memetik burung daripada belajar ilmu.
Ada banyak lagi sebenarnya pesanan dan pengajaran daripada buku ini.
Tetapi disebabkan den sakit kepala hendak menghabiskannya.
Maka den pilih 10 pesanan dan pengajaran yang den dapat hadam dengan baik je.
Menarik bukunya tetapi kerana dalam Bahasa Indonesia makanya jenuh hendak memahamkannya huhuhuhu.
0 Comments