Pengalaman Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis) Hari Kedua
Kg. Warna Warni (Kg. Seberang Ramai), Kuala Perlis - Restoran Anjung Keli, Kangar - Masjid Negeri Kangar - Wang Kelian - Padang Besar - Masjid Syarifah Fatimah, Jitra - RR Sungai Perak
Assalamualaikum.
Marilah kita sambung cerita hari kedua Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis).
Semoga sempat diceritakan semuanya sebelum kita menyambut Aidilfitri😊
Hari kedua lebih kepada sesi berjalan-jalan, makan-makan dan membeli belah.
Paling suka gambar dengan sunbae dekat sini
Paginya semua ahli rombongan sarapan pagi di café Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
Den makan lempeng, cucur dan pulut kelapa ikan masin.
Sempat den sembang dengan ex BSN bahagian akaun yang bersara pada umur 50 tahun.
Udah 6 tahun beliau bersara.
Sekarang aktivitinya joint program kebajikan, etc + sesi pusing dunia begitu.
Udah berjalan ke Morocco, Indonesia, Vietnam, etc.
Akan berjimba ke Pakistan, etc kengdian ni.
Kalau hendak bersara umur 50 tahun tinggal 5 tahun je den ni.
Boleh ke bersara umur 50 tahun dengan hutang bertingket-tingket nih ye?
Sempat den sambung baca coffee table book Wang Kelian Perlis The Forgotten Valley - Lembah Yang Kian Hilang sampai habis di kaunter pendaftaran sementara tunggu hendak check out dari hotel.
Tempat persinggahan pertama adalah Kg. Warna Warni (Kg. Seberang Ramai), Kuala Perlis.
Sesi melawat kampung warna warni di sini.
Kita boleh sewa basikal, motorsikal atau cholek untuk ronda-ronda dekat kampung ni.
Tapi untuk first timer macam den sesuai berjalan kaki sebab banyak tempat boleh singgah untuk bergambar dan beli barang.
Ada yang jual kuih putu, dodol, kuih siput, air, etc.
Disebabkan tidak cukup masa, ada kawasan yang kami tidak sempat lalu.
Tapi tempat wajib adalah Jambatan Warna Warni tuh ye.
View Sungai Perlis dari tengah jambatan memang awesome teruk.
Singgah makan laksa di Laksa Kampung Warna Warni sebelum naik bas.
Singgah di produk IKS kuih tradisional.
Shopping pula kuih tiram di sini.
Sempat berjalan dekat rizab sungai JPS yang ditanam tebu dan pokok-pokok oleh penduduk.
12.30 pm Bertolak ke Wang Kelian.
Udah ada tiket masuk ye ke sini RM2
Ada perkhidmatan buggee, bayaran RM3 untuk dua hala.
Ambil gambar dengan Cik Lan di sana sini hehhehehehe.
Belanja Cik Lan dan 2 sunbaes lain makan cendol.
2.15 pm Bertolak ke Restoran Anjung Keli, Kangar.
Sampai sini dalam 3.15 pm.
Banyak lauk dah habis.
Makan apa yang ada sahaja.
4.15 pm Bertolak ke Padang Besar.
5.15 pm Sampai di Padang Besar.
Layankan Cik Lan cari periuk bagai.
Den cuma beli mata kucing kering + nangka.
1.00 am Sampai di RR Sungai Perak.
4.00 am Sampai di Surau Al-Husna Shah Alam.
Cik Lan hantar balik rumah.
4.30 am Sampai je rumah terus mandi sakan, rendam baju seluar apa semua.
Basuh baju, siram pokok, bagi makan ikan, etc sampai 6 am.
Sekali rasa nak demam+ kaki bengkak.
So 7 am pergi la berjalan ke klinik.
Dr kata otot kaki keradangan.
Mungkin sebab lama sangat duduk dalam bas + berjalan sakan dua hari ni.
Dapat MC terus tidur pengsan bagai.
Demam teruk betul.
Buat ujian covid tapi negatif.
Begitulah pengkisahan den menyertai Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis).
Alhamdulillah rezeki den dapat sertai program ilmiah ni.
Banyak perkara yang den belajar.
Walaupun berakhir dengan demam sakan, den happy je.
In sya Allah kalau ada rezeki di masa depan, den hendak sertai lagi program macam ni.
0 Comments