Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Tajuk: Masjid-Masjid Cina di Dunia

Pengarang: Haji Yusuf Liu Baojun dan Hajah Aishah Zhang Baohong

Mukasurat: 436

Sumber: Perpustakaan Awam Bangi

 

Buku ini memang tebal dan berat.

Tidak daya hendak membawanya dalam beg untuk dibaca di dalam bas.

Jadinya buku ini den hanya baca di rumah bila ada kesempatan.

Itu yang ambil masa lama gila hendak dihabiskan.

Hampir sebulan baru siap membacanya.

 

Pada tahun 2020, terdapat:

✅️4 juta masjid di dunia.

✅️6382 masjid dan 17,493 surau di Malaysia

 

3 masjid agung di dunia adalah Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

Buku tentang masjid-masjid yang dibina bercirikan budaya Cina dan diasaskan oleh orang Cina di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Krygyzstan, Uzbekistan dan Rusia.

Setiap bab dimulakan dengan sejarah Cina Muslim di negara tersebut.

Memang menarik banget ye.

Daripada 9 Masjid Cina di Malaysia, den cuma berkesempatan ke Masjid Muhammadiah di Ipoh, Perak.

 

Kebanyakan Masjid Cina di Indonesia dikaitkan dengan Laksamana Cheng Hoo.

Daripada 15 Masjid Cina yang disenaraikan, 6 masjid dinamakan Masjid Cheng Hoo.

Yang buat den terkejut adalah ada masjid di Macau, antara pusat perjudian terkenal seantero dunia.

 

Terdapat 39,000 buah masjid di negara China hampir di setiap province.

25,000 buah masjid berada di Xinjiang.

Masjid-masjid di Cina dibina merentas dinasti sejak Dinasti Tang pada 629 Masihi hingga Dinasti Liao, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, Dinasti Qing.

Terdapat beberapa masjid di China yang diiktiraf sebagai warisan budaya seperti:

✅️Peninggalan Sejarah Peringkat Bandar (Masjid Shaowu, Fujian - 30 jilid Quran cetakan kayu, bekas kemenyan tembaga Dinasti Ming & batu besar Dinasti Yuan)

✅️Masjid Jamia (masjid tertua di Hong Kong, 1890) diklasifikan sebagai Bangunan Gred 1 pada 2010 (setiap usaha perlu dilakukan untuk memeliharanya sekira boleh).

✅️Masjid Stanley, Hong Kong (1937) diwartakan sebagai Bangunan Gred 1 pada 2009.

 

Antara binaan Masjid Cina yang unik:

✅️motif dan corak berdasarkan budaya cina (ada masjid yang ada naga)

✅️warna warni terutamanya warna merah, hijau, biru dan kuning)

✅️binaan masjid kayu tanpa menggunakan paku (Kazakhstan - Masjid Zharkent, 1886 dan Masjid Karakol, 1800an)

✅️terdapat beberapa masjid yang dibina bersama perpustakaan

 

Banyak lagi cerita, sejarah dan kisah masjid di dalam buku 436 mukasurat ni.

Sejenis buku yang buat kita hendak google sana sini untuk maklumat lanjut.

 

Easily one of the best books read in 2024.

 

0 Comments