Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam mana hari minggu kome semua?

Penuh dengan jemputan rumah berbuka raya?

Den merancang hendak buat banyak perkara Sabtu Ahad lepas.

Tetapi itu lah ye.

Kita hanya bisa merancang begitu😅

Weekend den dihabiskan dengan tidur dan tengok KDrama sampai lebam.

Tidak produktif sungguh.

 

Marilah kita sambung kisah jalan-jalan cari makan di Singapura satu tahun yang lepas😅

Itinerari jalan-jalan Singapura hari pertama adalah seperti berikut:

Merlion Park - Restoran Zam Zam - Bugis Street - Changi Airport - CapsulePod@Aljunied - Garden By The Bay (Cloud Forest + Flower Dome + Light Show)

 

Selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dalam 850 malam sebelumnya.

Ambil Sim Card di Changi Airport - UOB Currency Exchange Counters Terminal 2 (24 jam).

Tidak sempat beli SG Tourist Card sebab kaunter dah tutup padahal dalam website buka 24 jam.

Cis betul😅

 

Naik MRT Changi Airport CG2 - Lavendar

Terus tidur dekat Beat Sports Hostel.

 

Sesi berjimbaan di Singapura bermula selepas check out dari Beat Sports Hostel sesudah Subuh sapie, terus je naik bas ke Merlion Park.

Sakan bergambar sebab hanya sekupang dua orang di situ.

Selama 2,3 kali den pernah pergi ke Merlion Park sebelum ini punya berenyut manusia.

Kena menggunakan semua kemahiran yang ada untuk menyelit di sana sini bila bergambar.

Jadinya bila Merlion Park lengang, maka moh la kita bergambar dengan jayanya ye.

Terus sahaja naik bas ke Restoran Zam Zam makan murtabak Singapura + sup tulang merah.

Den nih mungkin sebab udah tua ye.

Makanya rasa teruja hendak makan tuh udah kurang.

Sekadar mengisi perut yang kosong begitu.

Lebih kepada meraikan kawan-kawan.

 

Singgah sebentar di Bugis Street melayankan kawan-kawan membeli fridge magnets sebelum deme terbang ke destinasi sebenar.

Asalnya den joint mereka ke backpacking trip.

Sepatutnya backpacking trip pertama dalam hidup den.

Tiket flight udah beli pada September 2022.

Punya la excited diskusi macam-macam di dalam group whatsapp.

Sebulan sebelum trip yang telah dirancang lama, den terpaksa let go trip ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bukan sedikit patah hatinya.

Kalau memang bukan rezeki kita, memang tidak dapat hendak diapakan walaupun menangis air mata darah pun.

Tetapi begitulah ye.

Hidup perlu diteruskan begitu.

 

Anyway, dari Bugis Street kami naik bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Selepas melambai kawan-kawan yang meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah dirancang, maka tinggallah den seorang diri terkontang kanting dengan blur-blur ayamnya.

Sesi berjimbaan seorang diri bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dengan drama semasa hendak membeli SG Tourist Pass $29.

SG Tourist Pass $29 ni guna untuk naik pengangkutan awam MRT dan bas di Singapura ni.

Den telah membuat penyiasatan tentang SG Tourist Pass yang ditawarkan di dalam https://thesingaporetouristpass.com.sg/ sebelum trip ke Singapura ni.

Rasanya adalah lebih 10 kali den masuk website ni sebelum berlangsungnya trip.

 

Mulanya den pergi dekat Terminal 2 Tingkat 2.

Kata kaunter di situ perlu tanya Kaunter Pertanyaan di Terminal 2 Tingkat 1.

Kaunter Pertanyaan minta tanya kaunter Singapore Tourist ke apa namanya lupa sudah.

Itu la akibatnya tidak catat nota.

Payah memori ikan emas ni.

 

Kaunter Singapore Tourist minta tanya kedai Cheers kat Terminal 2 Level 1.

Cheers kata kaunter di stesen MRT Basement 1 yang jual.

Bila ke kaunter MRT di Basement deme kata Cheers yang jual.

Jadinya sebelum den kerasukan abalasa, makanya beli aje la pass SG Tourist Pass 3 days $34 + deposit $10 setelah 45 minit berjalan sana sini. 

Selepas 45 minit ke hulu ke hilir ini la hasilnya

Den tidak pasti samada ada maklumat yang tidak dikemaskini dalam website itu atau den yang ada masalah pemahaman dan komunikasi😅.

Tidak kisah hendak berjalan-jalan ke hulu ke hilir tu cuma rabak bahu sebab heret beg sandang 7 kg huhuhuhuhu.

Lepas selesai beli SG Tourist Pass 3 days, terus gerak dari Changi Airport ke CapsulePod@Aljunied, Geylang naik MRT.

MRT Changi Airport - tukar train di Stesen Tanah Merah - 4 stesen - Aljunied. 

 

Memang dekat banget CapsulePod@Aljunied ni dari stesen MRT Aljunied.

Nampak bangunan yang menempatkan CapsulePod@Aljunied dari stesen MRT Aljunied.

Dari stesen Aljunied MRT ke CapsulePod@Aljunied dalam 300 meter je.

Den mandi dulu dekat bilik air yang ada di tingkat yang sama dengan kaunter pendaftaran sebab check in pukul 2 pm.

Den solat jamak dan qasar di stor simpan tuala, cadar di sebelah kaunter pendaftaran.

Alhamdulillah rezeki dapat check in sebelum 2 pm.

Lepas letak beg di bilik, den terus keluar ke Gardens By The Bay.

 

MRT Aljunied - tukar train di Stesen Bugis - Promenade.

 

Den merayap sakan ye di Gardens By The Bay.

Den makan tengahari roti krim dan air mineral yang den tapau di stesen MRT.

Den melepak di Gardens By The Bay sampai 8.30 malam.

Nanti den cerita dalam post akan datang pasal aktiviti di Gardens By The Bay ye.

Den balik naik MRT Garden By The Bay.

Sampai di Stesen MRT Aljunied area dalam 9 malam.

Singgah makan di Mufiz Restaurant yang terletak sepelaung dari CapsulePod@Aljunied.

Dia ala-ala dinner with a view begitu.

Pemandangan Stesen MRT Aljunied😂

Disebabkan den udah kepenatan, makanya masa hendak bayar tuh den terdengar macam $40 untuk sekeping capati dan teh o ais.

Langsung terfikir ‘mampuih macam mana den nak survive untuk dua hari lagi kalau macam ni harga makanannya’.

Den pun bayar la $50 sambil terfikir kenapa mahal beno harga makanannya.

Sekali tengok dipulangkan baki $46. Baru la sel-sel otak den berhubung bahawa harganya adalah $4.

Memang haru sungguh ye bila lapar + penat + blur blur ayam😂.

 

Sampai je di CapsulePod@Aljunied, ternampak seorang lelaki Cina berumur 56 tahun yang sedang makan di pantry.

Sempat la den menyembang sekupang dua dengan dia.

Dia orang Johor.

Setiap Isnin - Jumaat dia akan menginap di CapsulePod@Aljunied untuk bekerja di Singapura.

Sabtu dan Ahad dia akan balik berjumpa dengan keluarga. 

Asalnya den ambil gambar ruang makan ni. Bila dia tegur den baru la den berani nak sembang. Kot la dia nak menyendiri kan tuh yang tak berani nak tegur dia mula-mula.

Nampak letih dan vibes orang yang kena hustle in life.

Sembang sekejap tentang kehidupan yang memang keras untuk hampir kebanyakan orang.

Dia pesan pada den untuk sentiasa jaga kesihatan dan bersyukur.

 

Lepas mandi dan solat terus je berehat dalam capsule.

Seusai den melunjur kaki baru la terasa kakinya sakan terpleot😅.

Udah la tidak bawa minyak angin ke balm ke.

Haru sungguh.

Tidur pengsan tidak sedar diri sebab penat merayap sana sini.

 

Langkah 16,475.

Jarak 11.5 km.

Kalori dibakar 565.

 

Hari pertama yang penuh drama tetapi memang awesome.

Nanti kita sambung cerita hari kedua ye.

In sya Allah.

 

 

0 Comments