Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih di dalam mood hari raya ke semua?

Semoga yang manis dan molek-molek aje untuk semua ye.

 

Den hendak kongsikan review movie yang den terpaksa tengok pada hari raya kedua yang lepas sebab melayankan anak-anak den.

Deme dok meratib daripada bulan puasa lagi hendak tengok movie ni.

Maka moh la kita.

Movie: Godzilla x Kong: The New Empire

Masa: 1 Jam 55 Minit

Pelakon Utama: Kong dan Godzilla

Pelakon Sampingan (Manusia): Haram seorang pun den tidak kenal

Secara jujurnya, den boleh bagi 5/5 markah untuk aksi dalam movie ini sebab dari mula sampai habis memang penuh aksi walaupun jalan cerita cliché nak mati.

Untuk budak-budak memang sesuai banget cerita macam ni.

Sebab diaorang tidak akan sempat hendak bosan.

Dari awal Bismillah cerita bermula memang sudah ada aksi.

Memang mantap aksi berlawan di sana sini begitu.

 

Movie ini merupakan kesinambungan daripada movie Godzilla vs Kong (2021) yang den tengok di panggung juga sebab melayankan anak-anak den.

Sejenis movie yang memang tidak memerlukan kita berfikir apa pun.

Kita cuma kena faham Kong terpaksa berkolaborasi dengan Godzilla untuk melawan musuh yang bisa memusnahkan keamanan dunia, for the greater good and save mankind.

Begitulah.

 

Terdapat pelbagai raksasa dan makhluk yang bisa buat anak-anak terpaku melihatnya.

Ada makhluk yang buat den sebagai orang tua separuh abad terdetik di hati ‘la…..ini ke makhluknya yang dikatakan makhluk agung yang bisa melembutkan hati Godzilla yang udah serap kuasa dari loji nuklear bagai’.

Movie yang menyedarkan kita bahawa tua mengejar kita.

Walaupun Kong gagah perkasa tetapi bila udah tua ada banyak perkara yang menghantui hidup macam sakit gigi😊

 

Budak-budak juga boleh belajar tentang negara-negara yang terlibat di dalam movie ini.

Belajar geografi secara tidak langsung begitu.

Movie ini pada den terasa seperti ada sedikit kombinasi Planet of Apes + Indiana Jones atau apa-apa movie yang terjumpa ancient civilization + Pacific Rim + Jurassic Park + Ace Ventura😊

 

Pelakon utama movie ini adalah Kong dan Godzilla.

Biarpun tiada skrip hanya berbunyi warghhhhh….wargghhhhh dan mendengus di sana sini, mereka adalah pelakon utamanya.

Pelakon manusia di dalam movie ini hanyalah watak sampingan ye.

Jadinya memang tidak perlu mengambil pelakon yang gegak gempita pun.

Jadinya den memang tidak kenal sesiapa pun yang berlakon ni cumanya den tau deme ni adalah pelakon dari movie Godzilla vs Kong (2021).

 

Jadinya berbaloi ke tidak hendak tengok movie ni?

Untuk den yang udah tua ni, biasa sudah kita tengok movie sebegini ala-ala dikitar semula konsepnya begitu.

Tetapi untuk budak-budak, movie sebegini memang kegembiraan mereka ye.

Jadinya bila kita tengok movie ini bersama budak-budak, kita lebih kepada hendak meraikan kebahagiaan mereka dan mencipta memori bersama mereka.

Sit back and enjoy the ride begitu konsepnya.

 

Parenting begitulah ye.

Berlapang dada tengok movie yang kome udah tahu jalan ceritanya macam mana.

King Kong katok Godzilla.

Godzilla tabrakan King Kong.

Tapi udah cerita sebegini yang anak-anak minat.

Makanya den pasrah aje la melayan movie ni sambil makan popcorn yang bapak mahal nak mati sekarang ni.

 

Untuk mereka yang serabut kepala, patah hati, dsb dan perlukan movie yang bisa memesongkan perhatian biarpun hanya cuma untuk 2 jam, ini movie yang sesuai untuk kome ye.

 

Ada sequel lagi ke gamaknya ye untuk movie Godzilla x Kong ni?

Eh sedangkan John Wick 5 pun khabarnya akan dibikin, kemungkinan cerita Godzilla x Kong ni pun bisa ada sequel nya begitu.

Apa kaitannya den pun tak tau😊

Cumanya kalau ada John Wick 5, den akan persetankan jalan cerita yang mungkin makin merapu.

Den hanya akan fokus kepada the one and only Keanu Reeves😊

 

Untuk kome yang ada anak atau anak saudara, in sya Allah berbaloi bawa deme tengok cerita Godzilla x Kong: The New Empire ni.

Untuk ibu bapa, ia adalah masa berbonding dengan anak-anak walaupun uang yang perlu dikeluarkan agak keras.

Untuk bapa atau emak saudara, kome akan menjadi pakcik atau makcik yang dikenang sebagai antara orang yang memberikan kenangan manis di dalam hidup mereka semasa mereka kecil.

 

Den sampai sekarang masih ingat Paksu den bawa kami sepupu sepapat seramai 10 ke 12 orang di dalam kereta Proton Saga beliau circa awal 90an untuk tengok wayang di pekan Port Dickson.

Movie apa den dah tak ingat.

Rasanya macam movie kungfu Jet Li.

Tapi den masih ingat kitaorang berhimpit-himpit macam sardin dalam kereta Paksu sambil bergelak ketawa.

Dekat co-pilot seat ada 3 orang😊

Paksu pula dok susah hati sebab takut ditahan polis sebab kereta terlebih muatan.

Tetapi tetap dia bersemangat bawa kami yang berenyut-renyut tu.

Dia punya riuh rendah dalam kereta tuh memang dasyat.

Makan kuaci dan jajan sambil tengok movie.

Lepas tuh ada tikus merayap di lantai panggung lama😊

Kenangan yang sampai sekarang den akan tersenyum kalau teringat.

 

Jadinya kalau movie Godzilla x Kong: The New Empire boleh menjadi perkara yang bisa mencipta kenangan manis bersama mereka yang tersayang, moh la bawa mereka tengok cerita ni ye.

 

0 Comments