Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

In sya Allah hari ini hari ke 21 ye kita berpuasa.

 

Awesome April sebab kita di dalam 10 Ramadhan terakhir.

In sya Allah semoga kita semua Allah izinkan bertemu dengan malam Lailatulqadar.

 

Awesome April juga sebab in sya Allah kita akan menyambut Aidilfitri pada pertengahan April ini.

Lepas tuh in sya Allah berjujuk-jujuk jamuan raya, potluck raya, etc ye.

 

Semoga kita ada rezeki untuk berpuasa enam ye.

Kepada mereka yang kena menggantikan puasa berenyut-renyut macam den nih.

Moh la kita tetap bersemangat mula menggantikan puasa.

Semoga kita sempat ganti semua puasa agar tidak perlu membayar fidyah pada Ramadhan akan datang.

 

Pejabat kome udah ada semangat raya ke?

Pejabat den udah meriah dengan lagu Selamat Hari Raya ni.

Untuk den lagu-lagu raya klasik juga yang menjadi pilihan hati.

Orang tua begitu lah ye.

Lagu-lagu baru ni dengar sepintas lalu boleh la.

Dia macam kurang jiwa begitu.

Tapi ni untuk telinga den aje la ye.

Mungkin untuk orang lain memang ngam lagu-lagu raya yang baru ni.

 

Macam mana persiapan raya kome?

Baju raya warna sedondon udah ada?

Udah osom hendak balik beraya ke mana ke?

Duit raya udah masuk dalam sampul?

Udah ditentukan hendak masak juadah Aidilfitri?

 

Kuih raya den ada yang tidak sempat survive menjelang raya.

Kuih cornflakes belum lagi habis hari Ramadhan sudah tinggal separuh balang.

Semalam udah habis den makan huhuhuhuhu.

Langsung tidak melaksanakan konsep save the best for the last begitu.

Jadinya in sya Allah den beraya dengan kuih apa yang ada sahajalah yang tidak sampai 7 balang tuh.

 

Bulan April ni pejabat den kalut dengan persiapan Sambutan Hari Air Sedunia 2024 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan pada awal Mei 2024 nanti.

Programnya memang 1 hari.

Tapi persiapannya ala-ala macam hendak buat kerja kahwin.

Dari pertengahan Mac 2024 hari tuh telah dimulakan gerak kerja.

 

Pasukan den terlibat bahagian pameran.

Hendak menyediakan bahan pameran tanpa bajet ni memang daebak sangat😊

Tak tau apa hasil kejadiannya nanti.

Kita tengok nanti ada adegan rasukan abalasa tak😊

 

Ada banyak lawatan tapak menanti selepas Aidilfitri ni.

Berenyut-renyut begitu.

Kita layankan ye sebab itu skop kerja kita.

Teringat Saidina Umar cakap dalam buku apa den tidak ingat.

Aku risau sekiranya Allah tanya aku tentang tanggungjawab aku yang tidak tahu tentang kematian seekor unta di Sungai Furat

Macam tuh la lebih kurang ayatnya.

Begitulah beratnya kisah tanggungjawab dan amanah nih ye.

So kita semangat terus membuat kerja ye.

 

In sya Allah kalau ada kerajinan den hendak singgah di bangunan PKNS Shah Alam di hari-hari terakhir Ramadhan.

Saja hendak bersama-sama bersesak-sesak di situ😊

Bangunan PKNS ni bangunan legend.

Tapi itu la ada rancangan untuk dirobohkan untuk dibuat pembangunan baru katanya ye.

Malaysia ni semangat untuk memulihara dan memelihara bangunan yang ada nilai sejarah, dsb memang kurang banget ye.

 

Semoga April 2024 adalah April yang terbaik untuk kita semua.

Terus semangat yar.

Semoga April 2024 meletop kebabom awesome nya yer

 

 

 

 

0 Comments