Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Marilah kita sambung cerita walaupun malasnya tuh bagai hendak pengsan.

Hari pertama lawatan mahabbah memang padat gila jadualnya.

Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang - Masjid al-Busyro, Merbok, Kedah - Tanjung Dawai, Merbok - Murtadza Dakwah Centre (MADAD), Kg Sg Layar Luar, Sg Petani, Kedah - Pondok Pak Man, Batu 12, Bukit Besar, Alor Setar - Hotel Brasmana, Kuala Perlis - Nipah Klasik

Ini pun idok semua ada dalam gambar

Rombongan 63 orang sampai di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang pada pukul 5 pagi.

Gambar Masjid At-Taqwa masa 5.00 pagi dan 9.15 pagi

Sakan ye macam dekat asrama kena beratur hendak mandi hehehhehehe.

6.30 am Solat Subuh berjemaah.

Den duduk je la di ruang untuk orang uzur sambil mendengar kuliah Subuh.

Kuliah Subuh bertajuk dosa besar mengakui orang yang bukan ayah kandung sebagai ayah sebenar.

Akan ada isu berkaitan nasab, pusaka, aurat, etc.

Den dengar Kuliah Subuh sambil tersengguk mengantuk + sambung baca buku The Cat Who Saved Books by Sosuke Natsukawa.

 

7.40 am Sarapan di masjid.

Breakfast nasi lemak, karipap, kuih kacang dan teh o panas.

Den ni mengenangkan takut tertidur masa taklimat.

Makanya makan dengan begitu berhemah sekali.

Tidak tambah pun walaupun nasi lemaknya sedap banget huhuhuhu.

Selepas sarapan, ada taklimat tentang pengurusan masjid dan koperasi masjid.

Ini den cerita nanti ye in sya Allah.

Mantap perniagaan koperasi Masjid At-Taqwa ni

9.20 am Kami bertolak ke Masjid al-Busyro, Merbok, Kedah.

10.20 am Sampai di Masjid Al-Busyro.

Sementara hendak tunggu taklimat, den sempat tapau apam lenggang depan masjid.

Walaupun tidak sama rasa macam apam lenggang di Seberang Jaya tapi bisa mengubat rindu den pada apam lenggang.

12.00 pm Bertolak ke Tanjung Dawai, Merbok.

Den tertidur dalam bas walaupun perjalanannya tak sampai 20 minit.

Makan tengahari ikan bakar di sini.

Sunbae Cik Lan belanja den belacan Tanjung Dawai.

Sakan tau sunbae shopping
Ikan bakar dekat meja sebelah, tak sempat ambil gambar

Sembang dengan Hj Roslan, roomate Cik Lan dan bendahari koperasi.

Ex-GM Panasonic, tamat SPM di Politeknik Ungku Omar terus dihantar ke Jepun dalam program teknikal Pandang ke Jepun.

2 tahun pertama belajar Bahasa Jepun + diploma Sains sebelum sambung degree Mechanical Engineering di universiti di Yokohama.

Graduated dan balik bekerja dengan Panasonic dan bersara pada umur 60 tahun selepas 30++ kerja di Panasonic.

Seronok dengar dia cerita pasal budaya belajar dan cara bekerja orang Jepun.

Sekarang dia fokus kepada aktiviti surau dan koperasi.

 

2.15 pm Bertolak ke Murtadza Dakwah Centre (MADAD), Kg Sg Layar Luar, Sg Petani, Kedah.

Tapi sayangnya tiada taklimat dekat sini.

Cuma singgah solat di sini.

Nampak banyak lagi pembangunan sedang dibuat di sini.

Den habis baca buku The Cat Who Saved Books by Sosuke Natsukawa sejurus sebelum sampai ke sini.

 

Den sempat sembang dengan ustazah yang memakai purdah.

Beliau merupakan pengasas dan pengajar di Maahad Tahfiz selama 13 tahun sebelum ianya ditutup semasa PKP.

Pelajar termuda 3 tahun.

Umur 6 tahun sudah boleh membaca Al Quran.

Menarik kan?

 

4.00 pm Bertolak ke Pondok Pak Man (Pondok Moden Nadbah), Batu 12, Bukit Besar, Alor Setar

5.00 pm Sampai di Pondok Pak Man.

Taklimat dan beramah mesra dengan penghuni pondok.

Nanti den cerita kemudian ye pasal ni.

In sya Allah.

7.00 pm Bertolak ke Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

Sakan den terlena di dalam bas.

8.30 pm Sampai di hotel.

 

Mandi bagai sebelum keluar dengan Cik Lan dan Haji Roslan pada 10 pm.

Sempat den baca coffee table book Wang Kelian Perlis The Forgotten Valley - Lembah Yang Kian Hilang sementara tunggu Cik Lan.

Junior Cik Lan (En Zainuddin) di UKM Sabah bawa dinner di Nyiru Klasik.

Makan ikan bakar sampai lebam.

En Zainuddin bekerja 20 tahun dengan syarikat Korea.

Seronok dengar cerita tentang cara bekerja Korea daripada En Zainuddin dan diskusi tentang budaya Jepun daripada Hj Roslan.

Den tumpang sampuk sekupang dua cerita deme.

En Zainuddin tauke ladang mangga Harum Manis dan kelapa.

Beliau pernah terlibat dengan perniagaan barangan lusuh, eksport EFB sawit ke Korea, etc sebelum balik bermastautin di Perlis kerana menjaga orang tua yang uzur.

En Zainuddin bawa kami pusing-pusing Kuala Perlis sebelum hantar kami balik hotel dalam 12.30 pagi.

 

Dasyat ke idok jadual Lawatan Mahabbah ni.

Balik dari lawatan ni yang den demam teruk tidak boleh bangun bagai.

Mungkin sebab udah lama tidak berjalan jauh naik bas.

Padahal bas 2 tingkatnya selesa teruk.

Mungkin juga sebab jadual padat jadi tidak cukup rehat.

Cuaca pun panas lit-lit amat.

Dengan terlupa bawa topinya.

Atau mungkin juga sebab den udah tua.

Jadinya cepat naw terpleot huhuhuhuhu.

 

Tetapi den gembira dapat sertai Lawatan Mahabbah ini.

Den dapat pergi ke tempat yang unik dan banyak berkongsi ilmu.

Tempat yang den tidak akan pergi sendiri kalau berjimba dengan keluarga dan kawan-kawan.

Alhamdulillah memang awesome trip ni.

 

In sya Allah den cuba sambung cerita pasal lawatan ini dalam post akan datang ye.

In sya Allah.

0 Comments