Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar semua?
Moh kome kita minum Wonda Coffee.

Wonda Coffee kembali lagi.
Sempena ulang tahun ke 10 Wonda Coffee, mereka memberikan penampilan wajah baru untuk semua.
Baru-baru ini jenama kopi Wonda Coffee melancarkan pengalaman immersif baru di laluan LRT Kelana Jaya.
Menurut rakyat Malaysia yang berpeluang menyaksikan rupa baru mereka, pengalaman kali ini membuatkan mereka jatuh cinta dengan Wonda Coffee!

Beberapa penumpang LRT Kelana Jaya baru-baru ini berkongsi tentang kempen pemasaran jenama kopi ini untuk mempromosikan rangkaian kopi Wonda dengan rupa baru.

Apa yang dapat dilihat, didengar (atau juga dihidu) oleh rakyat Malaysia di dalam tren:

1. Tren yang berkonsepkan Wonda Coffee yang akan merangsang 5 deria kome. Bermula dengan imej Wonda Coffee di sepanjang tren.

2. Kome juga boleh menghidu aroma kopi yang baru dibru - mampu mengejutkan kome di waktu pagi terutamanya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

3. Tren dilengkapi dengan dispenser aroma automatik yang memenuhi seluruh gerabak dengan aroma kopi yang baru dibru.

4. Dispenser aroma automatik Wonda Coffee telah dipasang secara strategik di sepanjang laluan untuk meningkatkan perjalanan anda dengan rangsangan deria, memberikan pengalaman yang unik.

5. Sepanjang perjalanan dengan tren, rakyat Malaysia dapat mendengar melodi Wonda Coffee yang terkenal sebelum tiba di setiap hentian. Ia pasti membuat kome ingin menikmati Wonda Coffee.

6. Kome boleh mendapatkan satu tin Wonda Coffee. Bagaimana? Lihat handrail yang kome pegang di dalam tren.

7. Hanya perlu imbas kos QR di dalam tren untuk menebus kopi percuma kome, membolehkan kome menikmati rasa Wonda Coffee selepas kome turun dari tren!

Keseluruhan pengalaman menaiki tren Wonda Coffee ini pastinya membuatkan rakyat Malaysia mengidam minuman Wonda Coffee yang sedap!

Jangan risau Wonda Coffee juga memberikan kopi percuma supaya penumpang LRT dapat merasai produk mereka.

Penumpang yang mengimbas kod QR yang terdapat pada handrail di dalam tren LRT boleh menggunakannya untuk menebus Wonda Coffee secara percuma.

Alami keajaiban WondeRide di laluan LRT Kelana Jaya terpilih.
Tren Wonda 5 Senses terpilih adalah seperti berikut:
Masjid Jamek
Wangsa Maju
Ampang Park
Taman Jaya
Ara Damansara

Jika kome ingin menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, kome cuma perlu mencari tren Set 60 di laluan LRT Kelana Jaya.

Jangan lupa ye kome untuk tebus kopi percuma kome.
Moh kome kita sertai misi menebus Wonda Coffee percuma.

Tahniah Wonda Coffee atas wajah barunya.

0 Comments