Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Kita sambung semula cerita tentang Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis) yang den tanpa sengaja tersertai tuh ye.

Selepas taklimat tentang Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang, kami diberi taklimat oleh wakil Koperasi Qaryah Masjid At-Taqwa atau kotaqwabertam.

Sumpah den terkesima dengar taklimat pasal koperasi ni ye.

 

Latar Belakang Koperasi

Cemerlang banget koperasi masjid ni.

Koperasi ditubuhkan pada 2006.

60 orang ahli yang mendaftar pada ketika itu.

Pada 2023, ahli koperasi adalah seramai 400 orang.

Matlamat koperasi adalah sebagai one stop centre kepada semua.

 

Perniagaan dan Perkhidmatan Koperasi

Koperasi menjalankan perniagaan gunting rambut, dobi layan diri, hotel (6 bilik), pusat cucian kereta, kedai makan, kedai runcit, projek kitar semula, solar panel, bazar Ramadhan, etc.

Penganjuran Kursus Perdana Haji Tabung Haji (400 orang).

Semua aktiviti dijalankan dalam perkarangan masjid.

 

Produk air mineral At-Taqwa telah dipasarkan ke semua masjid dan surau di Pulau Pinang dan di semua RnR Plus.

Projek solar di bumbung parking kereta.

20kw modal RM140K.

Pulangan RM2K sebulan.

 

Dobi layan diri 24 jam.

Pulangan pelaburan (ROI) dalam 6 tahun.

Barisan AJK Koperasi At-Taqwa memang bukan calang-calang ye.

Ada bekas boss korporat Telekom, PLUS, etc.

Koperasi At-Taqwa mempunyai pelapis muda - ikon Imam Muda, etc.

Terdapat 3 perniagaan koperasi di luar kawasan masjid.

Penternakan lembu fidlot.

Projek penternakan ayam probiotik kolaborasi dengan Pusat Zakat.

Kandang ayam dibina di rumah asnaf-asnaf.

500 ekor ayam diberi kepada setiap asnaf untuk diternak.

 

Aset Koperasi Rumah Kedai 2 Tingkat Bertam Walk yang disewakan.

Koperasi mempunyai perniagaan kontraktor pembinaan.

Dewan dan bangunan pusat dialisis dibina oleh kontraktor koperasi sendiri.

Perasmian koperasi dan pusat dialisis adalah pada 2017.

Satu-satunya koperasi masjid yang turn over nya RM1 juta +++

Setiap tahun koperasi sumbangkan 10% daripada keuntungan tahunan kepada Masjid At-Taqwa.

 

Mantap kan koperasi ni?

Memang den teruja dengar pembentangan projek-projek koperasi masjid ni.

 

Sokongan Agensi Kerajaan

 

Semua projek dan program koperasi mendapat sokongan 4 agensi utama.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Institut Koperasi Malaysia (IKMA).

 

Kome kalau hendak dapatkan maklumat lanjut boleh hubungi koperasi di:

 

Webiste: http://kotaqwabertam.com/

Facebook: https://www.facebook.com/CoopmartTBI/

Email: cooptaqwa@gmail.com

Telefon: 04-5750780 / 04-5766390

 

Den sertai Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis) ni atas kapasiti ahli koperasi Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam.

 

2002 - surau dalam kabin

2010 - mula pembinaan surau

2011 - surau mula beroperasi

2021 - koperasi mula digerakkan. Setakat ini ahli 70 orang.

 

Didoakan semoga Koperasi Surau Al-Husna juga bisa sukses seperti Koperasi Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah.

 

In sya Allah.

 

Kome kalau ke Seberang Perai, boleh datang ke Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah ini ye.

Memang one stop centre yang awesome.

Moh kita.

 

0 Comments