Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

 

Den hendak berkongsi cerita tentang Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang.

Masjid yang menjadi tempat persinggahan pertama.

Bagi Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung pada pertengahan Januari 2024.

 

Latar Belakang

Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah bermula dengan surau al-Taqwa pada 1998.

Pada tahun 2007 ianya dinaiktaraf menjadi Masjid At-Taqwa.

Masjid seusai kami sampai pada 5 am. Gambar sebelahnya masa 9.15 am.

Masjid ini menerima 10 kali lawatan sebulan oleh pelbagai jawatankuasa dan komuniti.

Masjid ini bertindak sebagai pusat kebajikan, ekonomi dan sosial.

Berfungsi sebagai masjid, KAFA, koperasi dan pusat dialisis.

Disebabkan mengejar masa, tidak sempat hendak ke tempat-tempat di atas.

 

Pada tahun 2014, Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah diberi Anugerah Masjid Kariah Ketiga Terbaik Peringkat Kebangsaan 2014.

Tempat pertama adalah Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tempat kedua adalah Masjid Saidina Abu Bakar Bangsar.

Macam hendak kena lawat ye 2 masjid ni satu hari nanti.

Pada 2015, masjid ini mendapat pengiktirafan Masjid Lima Bintang.

 

Aktiviti Masjid

Selain daripada solat Jemaah dan ceramah agama, disediakan pelbagai kursus termasuk kursus pengurusan haji.

Masjid menyediakan pusat dialisis yang terbuka kepada semua termasuk bukan muslim sejak 2017.

Masjid mempunyai koperasinya yang menjalankan pelbagai aktiviti.

Tanggungjawab memasjidkan masyarakat adalah tugas yang besar.

Terdapat gerakan anak muda melalui SHABAB.

Ada program 1 juta anak remaja ke masjid.

Misi solat Subuh berjemaah sama ramai seperti solat Jumaat.

Kita perlu beri sokongan dan dokongan pada anak muda.

Supaya mereka rasa masjid adalah hak mereka juga.

Masjid adalah hak remaja juga.

Remaja adalah aset agama.

 

Begitu kata tuan yang bagi taklimat dok terngiang-ngiang di telinga den.

Dia bila pergi masjid kebiasaannya automatik akan jadi sopan dan berhemah.

Sebab persekitaran masjid tuh sendiri.

Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Rombongan Cik Kiah 63 orang

Untuk maklumat lanjut tentang Masjid At-Taqwa boleh layari

https://www.facebook.com/masjidattaqwatamanbertamindahkepalabatas/?locale=ms_MY

Boleh juga hubungi Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah di masjid.attaqwa.pp@gmail.com atau 011-36669406.

Semoga ada rezeki untuk pergi ke masjid-masjid lain yang awesome nanti.

In sya Allah.

 

Kalau kome ada di Seberang Perai, kalau ada masa singgah sini ye.

Di sekitar masjid ada kedai makan, kedai dobi, kedai basuh kereta, kedai gunting rambut dan kedai runcit.

Semua ini di bawah pengurusan koperasi Masjid At-Taqwa.

In sya Allah den akan cerita dalam post akan datang ye.

Moh kita.

0 Comments