Banyak perkara berkaitan urusan kewangan di bank yang kadang-kadang den tak beberapa nak faham sebab den memang blur like that.

Den nak cerita pengalaman den berurusan dengan CIMB melalui Call Centre mereka dan CIMB Seksyen 9, Shah Alam untuk mengemaskini perkara-perkara berkaitan urusan kewangan peribadi daripada awal Januari sehingga la hari ini.

Tutup Akaun

Baru-baru ini den perlu untuk tutup akaun ABC. Bila den pergi berurusan di cawangan CIMB Seksyen 9, pegawainya cakap perlu buat isi borang sekian, etc. Lalu den selesaikan semua perkara seperti arahan pegawai tersebut.

2,3 hari selepas itu, den terima panggilan telefon daripada Call Center CIMB. Perbualan adalah seperti berikut:

Call Center CIMB : Puan perlu buat surat kepada CIMB untuk tutup akaun ABC tersebut dan dapatkan cop pengesahan CIMB Seksyen 9 yang mengatakan mereka menerima surat tersebut. 

Masa nih den dah terasa nak berangin walaupun masih sepoi-sepoi bahasa. 

Den : Kenapa pegawai di cawangan tak jelaskan kepada saya yang saya perlu buat surat permohonan untuk tutup akaun tuh. Dia kata isi borang je.

Call Center CIMB :  Saya tak pasti puan tapi sepatutnya pegawai memang jelaskan kepada Puan yang CIMB perlukan surat permohonan untuk tutup akaun tersebut.

Den : You all nih kan antara bank besar kat Malaysia nih. Macam mana SOP you all tentang urusan untuk tutup akaun nih. Macam mana staff you all tak pasti tentang SOP yang ada?

Masa nih angin dah bertiup agak kencang walaupun masih ditahan-tahan. Langsung la keluar perkataan you all gittew hehehehehe.

Call Center CIMB :  Minta maaf puan tapi ini adalah prosedur. Nanti lepas puan dapatkan cop terima pengesahan di CIMB Seksyen 9, puan emailkan kepada saya surat tersebut ye. Email saya adalah xxxxxxx.

Makanya dengan hati yang masih panas, den karang la surat permohonan menutup akaun ABC. Bila den pergi ke CIMB Seksyen 9 untuk menghantar surat tersebut serta mendapatkan cop pengesahan terima, perbualan berikut berlaku:

Pegawai CIMB Seksyen 9 : Puan, kita tak perlukan surat permohonan tutup akaun ABC nih. Prosedur kita adalah Puan isi borang yang telah Puan isi hari tu.

Den : Call Center CIMB yang minta saya buat surat permohonan tutup akaun ABC nih. Saya tak pasti you all punya prosedur sebenar macam mana tapi boleh tak cop terima surat saya ni supaya saya boleh emailkan kepada pegawai terlibat di Call Center CIMB.

Pegawai CIMB Seksyen 9 : Puan, kita dah tutup beribu-ribu akaun, tak pernah pun kita request surat permohonan tutup akaun tau.

Den : Saya pun tak pasti la puan tapi inilah yang diminta oleh Call Center CIMB.

Makanya lepas dapatkan cop pengesahan, den pun email la kepada pegawai di Call Center CIMB.

Persoalan den : Kenapa tiada penyelarasan antara ibu pejabat, call centre CIMB dan cawangan CIMB. Prosedur sepatutnya standard kot. CIMB ni antara bank terbesar kot kat Malaysia, SOP masih tidak teraturkah?

SOP CIMB perlu dikemaskini dan ditambahbaik untuk memudahkan urusan pelanggan mereka tak kisah la pelanggan tu ada simpanan RM 20 je pun di CIMB. Untuk kes den di atas, dah den terpaksa ke CIMB Seksyen 9 sampai dua kali. Ini melibatkan masa den kena keluar pejabat, masa nak cari tempat letak kereta, etc. Kalau SOP nya jelas, kan mudah den berurusan sekali je di CIMB Seksyen 9 CIMB Seksyen 9 tuh.

Den akan cerita dalam next entry tentang release letter daripada CIMB yang tidak kunjung tiba sampai ke sudah.

Till then, have a nice day peeps.

2 Comments

  1. Cimb sejak dua menjak ni dah cerwet..kak shaz pun dah close akaun dgn CIMB...isi boramg je..then akaun close..takde buat surat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang pelik tuh kenapa prosedur tutup akaun di cawangan tak sama dengan call centre. CIMB dah tak mesra pelanggan macam dulu huhuhuhuhu

      Delete