Buku ini mengisahkan tentang siasatan pembunuhan Vivek Vicky Rai yang merupakan seorang playboy yang selalu mencetuskan masalah. Beliau merupakan anak kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Uttar Pradesh.

Vivek Vicky Rai ditembak mati semasa di dalam satu party bagi meraikan kejayaan dia dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang pelayan bar.

Terdapat enam (6) orang suspek yang ditemui di dalam party tersebut yang mempunyai senjata api yang mungkin menyebabkan kematian Vivek Vicky Rai.

Setiap seorang suspek mempunyai cerita dan motif tersendiri mengapa mereka terkait dengan Vivek Vicky Rai.
Buku yang habis dibaca masa menemankan F yang kurang sihat

Enam (6) orang suspek tersebut adalah:

1. bapa Vivek Vicky Rai sendiri iaitu Uttar Pradesh, seorang menteri yang sangat korup. Pelbagai masalah yang telah dicetuskan oleh Vivek Vicky Rai telah mempengaruhi sokongan daripada menteri lain terutamanya Ketua Menteri yang selalu tidak bersependapat dengan beliau;

2. Mohan Kumar, seorang bekas pegawai tertinggi Kerajaan yang sangat korup dan kejam. Setelah mengalami satu kemalangan, beliau tiba-tiba mengalami isu multiple personality di mana pada satu-satu ketika, beliau mengatakan beliau adalah Mahatma Gandhi yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan cuba mencari keadilan;

3. Muna, seorang pencuri telefon yang bercita-cita besar dan secara tak sengaja terjatuh cinta kepada adik Vivek Vicky Rai tetapi cinta mereka terhalang kerana perbezaan kasta;

4. Eketi, seorang ahli daripada ancient tribe yang sedang berusaha mencari semula batu sakti @ ajaib kaum beliau yang telah dicuri oleh seorang pekerja Kerajaan. Dikhabarkan batu sakti itu akhirnya dibeli oleh Vivek Vicky Rai;

5. Shabnax Saxena, seorang artis Bollywood yang sangat terkenal setanding dengan Priyanka Chopra dan Kareena Kapoor yang dibuang keluarga kerana mahu mengejar cita-cita sebagai bintang. Dia dikhianati oleh pembantu beliau dan seorang gadis menyerupai beliau sehingga jatuh miskin dan dalam keadaan keberhutangan serius. Vivek Vicky Rai telah beberapa kali cuba mengorat beliau tetapi ditolak mentah-mentah; dan

6. Larry Page, seorang lelaki berasal dari Texas, Amerika yang telah ditipu oleh seorang gadis dari India yang kononnya hendak berkahwin dengan beliau. 

Buku ini merungkaikan kehidupan setiap suspek yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Ada beberapa tragedi, salah guna kuasa yang sangat berleluasa, penindasan terhadap orang miskin dan wanita, etc yang diceritakan di dalam buku ini.

Sampai ke beberapa mukasurat terakhir barulah kita akan ketahui pembunuh Vivek Vicky Rai yang sebenar yang memanglah tidak disangka-sangka orangnya. Twisted ending betul.

Bagi enam orang suspects tersebut, mereka mendapat pengakhiran yang berbeza-beza, ada yang tragis dan ada yang bitter sweet ending.

Apa yang buat buku ini sangat menarik adalah ianya mengolah sekali budaya masyarakat tempatan di dalam bentuk santai yang mudah kita fahami di dalam jalan cerita yang mendebarkan ini.

Den selesai baca buku setebal 480 mukasurat ini dalam masa tak sampai satu hari penangan menguruskan hal berkaitan si F yang demam yang berakhir dengan dia warded di Hospital Shah Alam.

Den mula baca buku nih masa pukul 10 pagi, 12 Februari semasa menunggu giliran untuk pendaftaran di Klinik Kesihatan Seksyen 19 dan berjaya menghabiskan membaca buku ini pada pukul 1.45 pagi di Hospital Shah Alam sambil memegang tangan si F yang telah tidur pengsan di atas katil tambahan di wad kanak-kanak selepas dimasukkan drip dan diberikan ubat oleh nurse.

Vikas Swarup ini merupakan penulis buku Slumdog Millionaire yang mana telah diadaptasi menjadi sebuah movie yang sangat meletops dan memenangi Oscar pada 2008. Den ada juga beli buku Slumdog Millionaire nih tapi tak ingat di mana pula den letakkan buku nih…..huhuhuhuhu.

Six Suspects ini juga dikatakan akan diadaptasi ke layar perak pada 2012 tapi den tak jumpa cari pula pasal movie nih di internet. Tak pasti la movie ini telah dibuat atau masih dalam perbincangan, etc.

4 star untuk buku ini. Antara buku terbaik yang den pernah baca.

0 Comments