Ini bukan kisah lama tak boleh move on dengan chenta lama ke ape.

Nih nak cerita tentang diri den yang tak boleh move on dengan movie Black Panther hehehehe.

Rasanya dah lama kot African-American kat Amerika Syarikat masih ada rasa tidak best dalam situasi tertentu eventhough Barrack Obama pernah menjadi President USA. Perasaan sebegini turut dirasai oleh mereka yang ada di persada Hollywood.

Black Panther movie nih sebenarnya ala-ala underdog di antara semua superheroes movies oleh Marvel Studios. Orang dah memang aware dah yang mana-mana superheroes movies memang akan buat kutipan meletops tak kisah la jalan ceritanya terpleot macam mana pun tapi yang orang tak sangka adalah sambutan untuk Black Panther movie ni adalah sangat gegak gempita.

Den seperti biasa memang ada soft spot sedikit tak pasti kenapa untuk perkara yang berkaitan dengan tema underdog nih baik dalam bidang sukan, filem, muzik, etc.

Even until today, den spend time dok baca review, interview, etc berkaitan Black Panther movie nih. 

Walaupun takde kena mengena langsung dengan den, den tetap teruja baca the positive vibes about this movie termasuklah kutipan terkini yang telah mencecah $700 juta walaupun masih belum ditayang di 2 negara di Asia yang merupakan market besar Hollywood iaitu China dan Jepun. Den rasa Black Panther movie nih akan berjaya joint other movies yang berjaya mendapat kutipan lebih $1 billion by the time habis tayangan di pawagam.

Tak sangka jua King T’Challa iaitu Chadwick Boseman mempunyai suara yang sangat lunak oiiii…..boleh jadi penyanyi mamat sorang nih.

Of course Chadwick Boseman, Daniel Kaluuya dan Winston Duke adalah tambahan kepada senarai actor African-American yang pernah den cerita di dalam post Hitam-hitam Si Tampuk Manggis yang mana si Michael B. Jordan telah lama den minat termasuk dalam senarai nih hhehehehehe.

Walaupun den telah tengok movie ni sebanyak dua kali (kali pertama dengan buong dan kiddos, kali kedua dengan konco-konco pejabat), ada terdetik di hati nak tengok movie ni buat kali yang ketiga huhuhuhuhu. Rasanya macam kena pergi seorang diri nih sebab takde siapa nak layan den tengok movie ni dah hehhehehehehe.

#Yup this is benda lagho but it make me happy kot. Kalau ada yang terkejut den nak tengok Black Panther movie buat kali ketiga, korang mesti tak faham kenapa den pernah tengok Titanic movie sebanyak 8 kali heheehehhehehehe.

Kepada sesiapa yang tak tengok lagi movie nih den sarankan untuk tengok sekali tak kisah la kat panggung wayang ke kat dvd ke, etc.

Wakanda forever!!!!! Eh tiba-tiba plak hehehehehehe.

0 Comments