Buku nih penuh dengan fakta yang tak pasti nak diringkaskan intipatinya macam mana. Harapnya den tidak tersalah tafsir la buku nih kan. Dah la heavy input kan, in English plak tuh, memang akan ada la maklumat yang den terlepas pandang dan terkurang faham.

Untuk buku ilmiah sebegini, ulasan den yang blur-blur nih akan dipecahkan kepada 3 bahagian kerana macam banyak pula nak diceritakan.

Buku nih pertama kali dicetak pada September 2014. Cetakan yang kelima adalah pada Mac 2016.

Mengikut pemahaman den, buku nih menceritakan tentang perkara berikut:

1. Terdapat perbezaan ketara di antara kaum di hampir pelbagai peringkat atau bidang seperti sector kerajaan, komersial, ekonomi, tahap kemiskinan, gaji, capital wealth, capital investment, perniagaan, tax payers, business establishment, hartanah, pekerjaan, share capital, graduates from universities, political representations, etc.

2. The issues on New Economic Policy (NEP) yang diperkenalkan pada 1971 di mana objektif utamanya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat. Ada yang kata polisi ini berjaya walaupun tidak mencapai KPI yang ditetapkan di dalam meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera. Ada yang kata polisi ini tidak adil kepada non-Bumi. 

3. Mukasurat 18. Wealth owners have different access to credit compared to non-wealthy

Ini adalah hakikat pahit yang perlu ditelah sebab bank akan lebih nak beri apa-apa perkhidmatan terutamanya pinjaman kepada mereka yang dijangka dapat membuat bayaran tanpa masalah. Sebab itu bank ketatkan syarat-syarat termasuk kena ada rekod yang cantik di CCRIS. Terdapat perbezaan tahap kelulusan loan termasuk interest @ kadar keuntungan bagi mereka yang bekerja di sector kerajaan dan swasta. Ada sesetengah bank yang menetapkan gaji kasar RM 3000 bagi pekerja swasta yang layak memohon pinjaman. Bagi pekerja kerajaan pula, terdapat perbezaan kelulusan loan bagi mereka yang berjawatan tetap dan kontrak.

4. Kepentingan untuk mengkaji dan menganalisis tentang kekayaan termasuk data yang berterusan dan fakta yang tepat adalah sangat penting berdasarkan penjelasan di mukasurat 17 hingga 19. Sehingga buku ini ditulis, tiada data lengkap tentang household net worth dan wealth ownership di Malaysia. 

5. Kepentingan studying wealth termasuklah kerana kekayaan:

i. mewujudkan lebih kuasa membeli;

ii. adalah sumber pendapatan yang significant;

iii. memberikan kuasa ekonomi; 

iv. provides security; dan

v. unequal distribution of wealth could create serious tensions that may lead to social and political conflicts terutamanya bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Contohnya peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang (27 Oktober 1987), etc.

Den rasa bila kita ada kekayaan, kita ada pelbagai pilihan dan lebih ketenangan minda. 

Contohnya di dalam pemilihan sekolah untuk anak-anak kita. Sekiranya kita ada kekayaan, kita boleh pilih untuk memasukkan anak-anak ke dalam sekolah antarabangsa atau sekolah swasta sekiranya kita merasakan pendidikan di sekolah yang disubsidi oleh Kerajaan seperti sekolah kebangsaan tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk lebih explore their potential, sangat rigid, menyebabkan kanak-kanak tidak kreatif, silibus membebankan, etc (which are all true for me).

Till next part yar.

0 Comments