Bear & Ragged Staff, Cumnor, Oxfordshire
Sebelum sampai kat tempat penginapan
kitaorang untuk 2 malam nih, consultants kata kalo tengok kat internet, kalo
tengok gambo-gambonya, guesthouse nih macam agak ngeri skit, macam a bit spooky
sebab macam dah lama. Dah den risau kot-kot ada momok nanti camne la plak kan.
Tapi tuh la kan maybe photos dalam internet
yang consultants tengok tuh don’t really do justice for this place sebab
seriously guesthouse nih chantek ala-ala medieval dan cosy sangat.
I truly love every bit of this guesthouse
daripada persekitaran dia, lobi, ruang rehat, ruang makan dan bilik dia.
Sampai je dari London tuh memang dah malam
dah. Kitaorang dinner kat Bear & Ragged Staff je.
Bilik den kat tingkat 2. Tangga dia adalah tangga
yang berpusing dan step dia agak curam. Jenuh ooo angkut beg nak naik tangga
nih. Mujoq takde adegan tergolek jatuh tangga tuh.
Heret bag besaq naik tangga nih memang bley tambah muscle |
Den paling suka bilik dia. Bilik dia sangat
awesome. Besaq gila dan lengkap dengan serba serbi. Ada sofa, meja tulis, tv, pelbagai
jenis teh untuk diminum sambil bersantai, etc. Katil dan bantal dia empuk
sangat-sangat. Kena plak dengan badan yang letih memang sedap sangat tidoq.
Katil empuk gila. Bantal sampai empat biji + 2 kusyen...heaven sangat bila landing lepas mandi ayaq panas lepas almost the whole day on foot |
Pelbagai teh. Den sempat minum 2, 3 jenis je. Cantik kalo dapat set nih buat souvenir kan tapi malangnya den tak terjumpa cari souvenir camnih |
Heater dalam bilik air tuh serious sangat
best. Den basuh seluaq jeans dan sidai kat heater tuh malam tuh. Esok paginya
seluaq jeans tuh dah kering dan boleh teruih pakai. Teruja den.
Paling berkenan dooh kat heater tuh |
Pintu bilik dua lapis pun design medieval.
Kunci dia pun klasik.
The first door dari luar bilik |
The second door |
Serious den seronok gila duduk kat sini.
Breakfast ada cereals, fruits, roti dan jam.
Untuk den dah cukup heaven dah breakfast camtuh. Ruang makan breakfast dia pun
best….terasa macam berlakon ceite Robin Hood pun ada hehehhehehee.
Tak sempat cari jem kecik2 nih nak buat souvenir |
My breakfast sepanjang dua pagi kat sana |
Berkenan betoi den dengan jams nih hehehehehee |
Ruang santai dia pun cozy cuma tak sempat pun
nak duduk pun sebab memang jadual adalah sangat padat. Just dapat amik gambo sekupang
dua je.
Kat Oxford nih lagi sejuk dari London. Memang
bernafas berasap-asap la. Masa den bangun pagi terawal on the second day tuh, sementara
nak tunggu breakfast, sempat la den berjalan-jalan la dalam 30 minit kat
sekitar kawasan guesthouse nih. Sejuknya tuh sampai ke tulang. Setiap kali den
kuarkan tangan dari poket baju sejuk sebab nak amik gambo dok ada perasaan
macam ‘oiiii…..pasai pa sejuk nak mampuih nih haih’.
Gambar-gambar kat sekitar guesthouse tuh je pun. Tak melangkah setapak keluaq pun dari compound depa tapi gambaq still berenyut |
Den rasa nih hotel tema kampong yang paling
best yang den pernah pergi dalam hidup den.
Bila ada rejki terdatang ke sini, in sya
Allah den nak bawa kiddos tidoq kat sini sebab ia adalah super awesome.
#kalo tak meletops bilik dia memang saja je
la kan dengan rege RM 672/malam……pitam….
0 Comments