Nih antara agenda penting dalam program external training nih sebab jabatan kitaorang dulu ditubuhkan lepas the then PM Tun Dr Mahathir melawat Thames River almost 20 years ago. Kata beliau perlu ada agensi yang menguruskan sumber air sebagaimana London uruskan Sungai Thames (lebih kurang camtuh la ayat Tun Dr M).

Kalo tengok kat internet banyak je la info pasai Sungai Thames nih sebab sungai nih memang terkenal dalam sejarah Eropah. Sungai Thames nih panjangnya 345 km (sungai terpanjang di England dan kedua terpanjang di United Kingdom). Antara kegunaan sungai nih adalah untuk tujuan bekalan air awam sebanyak lebih kurang 60% kepada London, cooling untuk stesen janakuasa, kegunaan perindustrian, pelancongan (river cruises), memancing, etc.

Sungai Thames nih terkenal dalam sejarah sebab dulunya ia pernah dikenali sebagai sumber ‘Great Stink’ London (1858) tetapi sungai berumur 2,000 tahun nih berjaya dibersihkan dan dikategorikan sebagai antara sungai terbersih di Eropah. Kejayaan besaq kot coz sungai dia besaq gila babi kalo nak dibandingkan dengan Sungai Klang. Lebaq Sungai Thames nih den rasa ada 6,7 kali ganda lebaq Sungai Langat.

Den excited nak tengok Sungai Thames yang dikatakan berkaca-kaca airnya tuh.

Lagi satu kitaorang nak tengok sistem navigasi vessel (kapal, bot, etc) di Sungai Thames sekali lalu.

Tapi tragedy hampir-hampir tak dapat naik cruise yang dibooking sebab kitaorang tersalah port nak naik cruise tuh. Bila sampai kat port yang betoi, tinggal dalam 5 minit camtuh sebelum kapal tuh bergerak, nasib baik sungguh. Memang ada la adegan berlari-lari anak nak menyampaikan ke kapal tuh hehehehehhe.
Cruise yang kitaorang hampir terlepas nak naik tuh

So pada sapa-sapa yang nak naik Thames River Cruise tuh kena pastikan betoi-betoi port untuk naik kapal tuh sebab ada beberapa tempat untuk naik kapal tuh k.

Kapal yang kitaorang naik tuh bersekali dengan pakej lunch. So semua orang dalam kapal tuh dapat set lunch yang sama. Ada bun keras + butter, sup labu + sayur-sayuran + kek comei.

Sepanjang dok lunch tuh, den seperti biasa focus makan bersungguh-sungguh siap cilok skit food boss den (pastuh complaint bulat kan) sementara boss den busy discussed dengan 2 orang consultants tuh pasal nak tambahbaik projek yang kitaorang buat, etc.

Masa kitaorang naik kapal nih, ujan masih renyai-renyai tapi den gagahkan diri jugak naik ke deck untuk amik gambo sebab tatau bila lagi nak dapat peluang nak naik Thames River Cruise kan (to be precise….tatau bila lagi pun nak datang ke London nih ha). Dalam 10% je penumpang yang naik atas deck nih untuk amik gambo.

Ayaq Sungai Thames tuh takde la yang den nampak berkaca-kaca (puas k den tengok ayaq sungai tuh sampai juling-juling mata) cumanya kita boleh nampak takde sampah sarap dalam sungai dan sungai tuh takde bau yang tak best. Still untuk depa uruskan sungai yang sangat besaq tuh sampai tahap takde bau & takde sampah adalah satu effort dan kejayaan yang sangat cemerlang.
Perangkap sampah
Cruise tuh amik masa masa dalam 2 jam lebih dan kita akan nampak beberapa landmarks kota London dari kapal tuh. Bley nampak Big Ben, London Eye, Houses of Parliament, etc. Kita jugak akan melalui bawah Tower Bridge yang chantek tuh (yang den mati-mati ingatkan jambatan tuh adalah London Bridge…..nampak sangat tatau sejarah).
Takde sape duduk kat atas nih sebab ujan renyai-renyai
London Eye
Big Ben
Tower Bridge
Terasa cam terror plak bila amik gambo camnih hehehehehe

Sayang sepanjang cruise hampir 2 jam tuh, takde sebarang penerangan diberikan dalam kapal tuh. Patutnya pengurusan kapal cruise tuh kena la lantik sorang tour guide yang akan ceite pasal sejarah Sungai Thames dan kepentingan Sungai Thames pada penduduk London. Lepas tuh setiap kali cruise tuh melalui kawasan atau bangunan yang penting, dia bley la explain ‘on your right is the building built in 1800 for…….’ camtuh la kan. Sayang k takde maklumat camnih.

Macam den yang masih gagah nak berswafoto di sana sini dan amik gambo macam-macam okay la tak boring sebab bley naik kat deck atas kapal untuk amik gambo walopun ujan renyai-renyai. Tapi bagi orang yang memang nak menghayati suasana macam pakcik makcik sebelah kitaorang tuh yang dah pencen, depa tak kuasa nak bergambo. Depa lebih focus nak lunch sambil tengok pemandangan dari dalam kapal. Depa pun complained kenapa takde tour guide terangkan apa-apa dalam cruise tuh. Depa pesara engineers dari US. Sempat la sembang sekupang dua sebab English den pun agak berteraboq. Sempat depa habaq depa undi Hillary Clinton hehehehhe.

Mungkin ada je kot company yang kapal dia sediakan tour guide untuk explain pasal setiap landmarks yang menarik bila kapal tuh melaluinya, so yang nih kena search kat internet la ye.

Thames River Cruise is a must untuk first timer ke London cam den nih ha ye.
Berangan ala-ala Kim K amik gambo selfie dalam toilet yang super bersih nih

0 Comments