100 Perkara Untuk Disyukuri
Ada tertengok rancangan tv apa tak ingat dah
penceramah tuh ada sebut sekali sekala kita kena coba senaraikan perkara yang
bukan material untuk kita bersyukur. Ada satu buku yang den pernah baca yang
den terlupa jugak tajuknya menyarankan pembaca menyenaraikan 100 perkara yang
disyukuri dalam hidup.
So sempena Ramadhan yang barakah nih, meh la
kita coba senaraikan 100 perkara yang disyukuri dalam hidup nih. Den coba
senaraikan 100 perkara yang den patut bersyukur yang den rasa tak berkaitan
dengan material:
1. Masih hidup. Masih bernafas. Nih yang
paling terutamanya den rasa.
2. So far masih sihat dan harap-harapnya
kekal camtuh.
3. Spending time with my small family (den,
buong and kiddos).
4. Udara segar….Alhamdulillah dah lama tak
jerubu.
5. My partner in crime, buong.
6. 2 orang anak-anak den yang sihat.
7. Abah yang sangat baik hati.
8. Anak-anak yang menggelinjang dan masih
manja dengan den walopun den selalu tak cukup ruang nak tido atas tilam sebab
depa suka tidoq kat celah ketiak den.
9. Clean water. Buka paip je ada air bersih. Bukan semua orang di
dunia nih ada akses pada air bersih.
10. Tak payah drive bila nak ke mana-mana
sebab buong sudi je anto.
11. Peace of mind. Payah nak dapat nih. Kalo
kepala serabut memang la tak best sangat.
12. Boleh membaca dalam kenderaan bergerak.
13. Finally dapat Pengarah selepas 2 tahun
Pengarah lama berpindah.
14. Able to sleep at night…safe & sound…dah
39 tahun tak pernah ada problem nak tido.
15. Nursery jaga budak-budak dengan baik.
Setakat sekali sekala calaq balaq sekupang dua depa dok bertokak dengan
budak-budak lain kat nursery tuh biasa la.
16. Electricity. Dah lama elektrik kat opis
dan umah tak trip.
17. Makan free kat opis almost every
week….hahhahaha. Pastuh gaduh seluaq tak muat kan.
18. Kakak cleaner yang selalu amik sampah kat
bilik den.
19. Bleh minum air kosong free anytime kat
opis.
20. Dah lama takde catuan bekalan air dan
harapnya ia masih berkekalan.
21. Online banking…maybank2u, cimbclicks, pbe,
etc.
22. Easy access to internet kat opis walopun
dah banyak benda yang diblocknye. Nampak sangat membaca gossips waktu opis ye.
23. My expenses records in Excel walopun akaun
sokmo deficit setiap bulan.
24. Panel klinik opis.
25. Boleh deposit or check balance Akaun
Tabung Haji through Bank Islam & Maybank.
26. Punch card opis yang jarang merah…hehehhheeeehe.
27. Kuku yang pendek & bersih.
28. Masih boleh baca Quran walopun merangkak-rangkak walopun dah
tinggai lama. It’s the magical of the Quran tuh itself rasanya. Selama mana pun
kita tinggai dia but we still could recite it whenever we come back to it.
29. Opis anjurkan bacaan Yassin & ceramah
agama at least 2 bulan sekali.
30. Bilik kat opis ngadap masjid & tasik
Shah Alam. A very breathtaking view.
31. Sepit kuku yg comel & sangat
practical.
32. Ada seorang jiran satu apartment yang
jual masakan lauk pauk dengan harga dan portion berpatutan serta sedap (dasar
malas nak masak).
33. Ada 6 jenis akhbar free kt opis almost
everyday (star, nst, berita harian, kosmo, metro & sinar) walopun dah lama
gila den tak baca papers.
34. Mandi ayaq panas di kala sejuk gedi di
pagi hari.
35. Weekends….best ooo dapat coti hari sabtu dan ahad.
36. Jarak opis ke umah cuma dalam 10 minit
driving.
37. Jumpa orang baik-baik sepanjang hidup den.
38. Ofis anjurkan program tadarus semasa
Ramadhan setiap tahun without fail sejak almost 8,9 tahun lepas.
39. Mak dan pak mentua yang sangat baik hati
dan sempoi.
40. Dapat dengar azan dengan jelas dari surau
apabila duduk di umah.
41. Dapat dengar azan dengan jelas dari
Masjid Negeri during working hours.
42. Anak-anak buah kat opis yang semuanya
bley bekerjasama dengan baik.
43. Berjaya berzumba hampir 10 bulan walopun
terpleot dan terponteng here & there…heheheheheehehe.
44. Dapat berkursus di sana sini atas urusan
kerja.
45. Hampir kesemua paras empangan di Negeri
Selangor melebihi 90% dan ada yang dah mencapai 100%.
46. My very kind hearted mentor.
47. Masih
ada kerja. There are lots of people out there are still looking for jobs.
48. Malaysia
mempunyai kadar natural disasters yang sangat rendah.
49. Nice and
great dreams. Den memang kaki mimpi bila tidoq.
50. Masih
dapat melihat dengan jelas walopun pakai spec mata. Masih dok kumpul duit +
mencari keberanian nak buat lasik nih.
51. Masih
diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.
52. Some
people comes asking advices from you eventhough you didn’t really sure you are
capable of giving sound advices.
53. In sya
Allah tak pernah terlepas mengundi lagi sepanjang dah layak mengundi.
54. Taking a
hot long shower in peace. Jarang dapat peluang nih. Selalunya mandi sambil
menjawab soalan budak-budak di sebalik pintu bilik air, etc.
55. Takde
masalah sembelit.
56. Nice
sunny weather.
57. Ability
to put food on the table.
58. Good and
sweet memories especially masa zaman kanak-kanak dolu-dolu.
59. Anak-anak
den excited jumpa den lepas waktu kerja.
60. Si A
terkinja-kinja depan grill di taska setiap kali den fetch dia.
61. Dapat
pergi kursus berkaitan keusahawanan walopun dah lama gila tak pergi sebab
kemalasan tahap gaban.
62. Surau dan toilet yang sangat selesa kat opis.
63. Clothes & tudung yang tak payah di
iron (dasar pemalas memang camnih).
64.
Ikan-ikan gupi yang dok membiak berenyut-renyut dalam 2 pasu kat umah tuh
walopun tak ditengok sangat.
65.
Pokok-pokok kiambang yang berkembang dengan jayanya walopun hari tuh den
ingatkan depa dah nak mampuih sebab dah kering sebab cuaca panas.
66. Karaoke dengan buong walopun dia suka
pedajal den dengan pilih lagu yang ntah apa-apa. Still this is lagho but to
have a partner who willing to sing with you sambil gelak-gelak membahan is
still something.
65. Great books. My favourites are Harry Potter series by JK Rowling,
The Da Vincci Code and Angel and Demon by Dan Brown, books by John Grisham and
book series According to Humprey (buku budak-budak tapi den suka baca).
66. Feel
good books. I have lots of feel good books. My favourites are The Undomestic
Goddess by Sophie Kinsella, The Summerhouse by Jude Deveraux dan Sushi For
Beginners by Marian Keyes.
67. Great
music. The feel good songs.
68.
Favourite songs. Buat masa nih dok melayan lagu Bruno Mars dengan jayanya.
69. When your favorite song comes on the radio at
the perfect moment. Terjadi kat den a few times.
70. Great
movies. Untuk kaki tengok movie macam den banyak je movie yang den suka.
71. The feel
good movies. Banyak feel good movies nih. The latest is Sing. Ceite budak-budak
tapi den suka. Kalo tiba-tiba berperasaan nak romantika den suka tengok ceite
13 Going 30 (I have a soft spot on Mark Ruffalo, the Hulk sejak tengok movie
nih) atau Sweet Home Alabama.
72.
Favourite comfort food….hmmm….must be chocolate.
73. Old
school songs. Lets dance to Backstreet Boys and NSYC’ songs.
74. TV
series yang awesome yang den pernah tengok macam Jewel In The Palace. I will
keep on repeating the cooking scenes, they are super interesting.
75. Mini
kedai makan kat bawah apartment yang juai macam-macam.
76. Kedai
runcit yang sepelaung dari umah den.
77. View
dari balkoni apartment den. Setiap malam chantek je tengok lampu-lampu yang dok
ada kat a few buildings yang ternampak dari apartment den tuh.
78. Selalu
kalo ada event yang melibatkan bunga api, just tengok dari balkoni je.
79. Aktiviti
pengutipan sampah yang mengikut jadual di apartment den.
80. The kids
are not too addicted with the gadjets. Depa masih dok jadi dinosaur, ultraman,
etc.
81. My calendar kuda. Tak perlu calendar mahai yang kertas keras
bagai. Kalendar kuda nih adalah pujaan hati den dari dulu sampai sekarang.
82. Having the just nice and
comfortable pillow. Not too soft and not too hard. Just nice.
83. Chances
to lepaking at the beach sambil dengaq bunyi ombak.
84. Meja kat
ofis yang jarang berserabut.
85. Mampu
bayar zakat pendapatan.
86. Bila
kucing datang kat den masa den dok makan kat kedai, ada food yang den bley bagi
kat kucing tuh.
87. The
feeling lepas siap lipat 4 bakul baju sekali harung.
88. The
comfortable shoes. Kasut keje den nih dah almost 6 tahun rasanya. Tak
bertukar-tukar sebab masih elok dan sangat selesa.
89. Lif kat
apartment dan opis yang jarang rosak.
90. Tak
perlu berebut parking bila pergi kerja sebab setiap hari buong hantar atau ada
rezeki tumpang member.
91. Ramai
gila jiran kat apartment tuh yang meniaga daripada berjenis-jenis makanan
sampai la ke insurans, real estate, etc. Senang idup den kalo perlu apa-apa.
92. Handphone
walopun tak canggih tapi still berfungsi dengan jayanya.
93.
Gambo-gambo chantek yang diamik sepanjang pergi berjimbaan.
94. Chances
to go berjimbaan with friends.
95. Bila masih
ada beberapa orang kawan lama zaman sekolah menengah rendah yang masih panggil
den dengan nick name yang den sendiri dah almost terlupa. This never fail to
make me smile. The nick name is Luke. Den peminat tegar Return of The Jedi
dulu. Period.
96. Ada kesempatan untuk membaca buku, paper,
magazines, etc walopun sekarang dah jarang dapat buat sebab dok kalut main game
Candy Crush Saga.
97. Bila tiba-tiba terjumpa duit secara tak
tersangka-sangka macam di antara celah helaian buku, dalam jeans yang baru
dibasuh tapi duit masih elok, etc.
98. Some
extra money even lose coins.
99. Masih
berkesempatan menulis blog.
100. The
unexpected texts. Like when your crazy friend suddenly whatsapp and said if
Bruno Mars is performing in Singapore, dia bley teman den tengok consert tuh
walopun dia tak minat pun Bruno Mars (nak jugak melagho).
Alhamdulillah…..banyak
happiness dan blessing yang tidak terkira sebenaqnya. Sebenarnya banyak rahmat
dan nikmat Allah bagi yang tak terkira macam kesihatan akal, sihat tubun badan,
pancaindera, etc. That’s why surah Ar Rahman banyak kali dok ulang “Nikmat
Tuhan yang mana yang kamu dustakan”.
0 Comments