Masa nak pergi naik Thames River Cruise tuh,
bila turun je kat stesen keretapi ape den dah tak ingat nama dia, keluaq-keluaq
je dari stesen tuh teruih bley nampak bangunan yang menempatkan Big Ben.
|
Big Ben dari atas jambatan |
|
Big Ben dari sebelah London Eye |
Kalo ikut
website depa, katanya The Houses of Parliament's iconic clock tower
is one of London's most famous landmarks. Makanya kalo sampai ke London tapi
tak amik gambo kat sini macam tak lengkap la trip ke London gittew gamaknya.
Padan la sakan orang ramai dok mengambik gambo jam tuh dengan jayanya masa den
ada kat sini.
Big Ben nih kalo tak salah pembacaan den
dibuat pada 1858 - 1859. Big Ben nih kira utuh la sebab masa ada bahagian dalam
bangunan nih musnah dalam letupan masa Perang Dunia Kedua, bangunan yang
menempatkan jam nih terselamat dan Big Ben tetap berdenting-denting berterusan
gittew.
Tahun 2012, Kerajaan UK putuskan untuk menamakan semula bangunan
yang menempatkan Big Ben nih sebagai Elizabeth Tower sempena sambutan Diamond
Jublee (eh camnih ke ejanye) pemerintahan ke birthday Queen Elizabeth (den dah
tak ingat).
#dimaklumkan dalam website depa, awal 2017 sehingga 2019,
kerja-kerja refurbishment akan dibuat pada Elizabeth Tower dan Big Ben. Makanya
memang akan masa-masa Big Ben tidak akan berfungsi termasuk berdenting semasa
kerja-kerja refurbishment nih dijalankan. Makanya sapa datang masa kerja-kerja
nih dok dilaksanakan, kebarangkalian adalah tinggi untuk tidak dapat dengaq jam
nih berdenting.
Dari stesen tuh kitaorang berjalan atas
jambatan merentasi Sungai Thames untuk pergi ke port untuk naik kapal cruise
tuh (tempat yang kitaorang tersalah tuh). Masa dok berjalan atas jambatan tuh
sempat la berhenti sekupang dua amik gambo dengan mamat yang tengah main
baxpipes dang ambo berlatar belakangkan London Eye tuh. Kat jambatan nih jugak
la lepas 2,3 hari kitaorang balik ke Malaysia, ada sorang mamat nih melanggar
pejalan kaki kat sini dan membunuh sorang anggota polis tuh.
|
London Eye dari jambatan |
Disebabkan kitaorang tatau kitaorang akan
tersalah port untuk naik cruise makanya memang agak sakan jugak dok mengambik
gambo.
Kitaorang lalu kat sebelah London Eye tuh.
Memang takde agenda untuk naik London Eye nih. So bergambo sebelah dia pun jadi
la.
Lepas selesai Thames River Cruise tuh,
kitaorang berjalan kat sekitar Tower of London tuh. Mula-mula berangan gak nak
masuk ke sini sebab macam menarik sangat k tapi bila tanya staff kat kaunter
tiket tuh katanya ambil masa at least 3 jam untuk abis round, makanya tak dapat
la kitaorang masuk sebab kitaorang ada satu tempat lagi nak lawat sebelum ambil
kereta sewa untuk pergi ke Oxford.
Tower of London nih kalo diikut sejarahnya
adalah istana yang dibina oleh William
Conqueror pada tahun 1066 untuk menghalang penduduk London yang mengganas
camtuh la lebih kurangnya.
Masa Perang
Dunia Pertama, Tower of London nih digunakan sebagai tempat
untuk melatih tentera, tempat untuk menghukum pengintip, etc.
Ada beberapa buah tower yang membentuk Tower
of London nih. Pi baca sendiri la kat website depa ada berapa banyak tower sebab
setiap satu tower ada kisahnya yang tersendiri. Setiap tower digunakan untuk
berbeza tujuan macam untuk stor, stor simpanan senjata, bilik baju, tapak persemadian beberapa orang
kerabat diraja dan bangsawan, private Watergate (sekarang dikenali sebagai
Traitors' Gate kalo den tak silap baca la), tempat hukuman, etc.
|
Penjara kalo tak silap |
|
Souvenir shop |
|
Sure bapak mahal mahkota nih |
|
Rasa macam nak shopping Christmas plak |
|
Antara souvenirs yang ada. Set chess nih macam menarik sebab ala-ala klasik. Tapi tak sempat fikir masa tuh nak beli ke tak sebab mengejar masa. |
Katanya kalo melawat Tower of London nih,
wajib pergi tengok The Crown Jewel, Ravens dan Fortress serta joint The White
Tour dan Yeoman Warders Tour.
Bangunan nih dipulihara dan dipelihara untuk
tujuan pelancongan. Memang klasik dan sangat ala-ala medieval. Kitaorang spend
masa dalam 20 minit jugak amik gambo kat kawasan luar Tower of London nih
sambil bergerak menghala ke stesen keretapi seterusnya (den dah lupa stesen
apa) untuk pergi ke Museum of London Docklands.
Dalam perjalanan nak ke stesen komuter tuh
pun banyak gak tempat yang menarik untuk diambik gambo. Berswafoto la den
seadanya.
|
Tower Bridge dari Tower of London |
|
Meriam kalo tak salah nih....dah lupa dah |
|
Laluan ke Tower Bridge |
|
Setiap satu hiasan nih ada cerita sejarahnye...tak sempat amik gambo semua |
|
Antara yang sempat den snap |
|
Boss tengah siasat jalan mana nak kena ikut |
|
Nko ingat alam sekitar je ada sustainable....fish and chips pun ada ye |
|
Di atas Tower Bridge masa nak melintas. Tak sempat nak jengah pun exhibition nye. |
|
Terasa terror amik gambo camnih hehehehehe |
|
Sisi lain Tower of London |
|
Bukan Hang Tuah |
Untuk
den, Tower of London nih adalah tempat wajib jugak dilawati bila melawat London
buat pertama kali.
0 Comments