Aidilfitri 2017
Selamat Hari
Raya.
Maaf Zahir
Batin.
Aidilfitri
tahun nih disambut bersederhana dan biasa-biasa sahaja.
Malam Raya (24 Jun)
Malam raya
tuh dok layan takbir raya kat tv sambil dok mengemas apa yang patut. Disebabkan
umah den memang takde astro, so dok layan takbir kat tv1 & tv2. Walopun tv1
kat tv den tuh dok bersemut-semut gambonya, layankan je la sebab channels lain
tuh takbir raya nya sekupang dua je.
#1 kalo
setiap jabatan kerajaan di Kerajaan Persekutuan alunkan takbir dan ditayangkan
sepanjang malam raya sampai la ke pagi nak solat raya tuh pun macam best kan.
Takpe je la takbir tuh berulang-ulang. At least bley teman kita yang dok sibuk
buat persiapan, etc.
#2 mantop
Ketua Pesuruhjaya SPRM mengetuai takbir raya. Kalo PM or TPM dapat mengetuai
takbir raya lagi best.
#3 den masih
raya takbir raya yang paling menusuk kalbu setakat yang den pernah dengar
adalah yang diketuai oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.
Petangnya
tuh buong potong rambut kiddos dan den sekali. Disebabkan ada adegan mata
shaver tuh terlompat makanya si F tuh ada la spot yang terbotak. Rambut den
plak dah terjadi macam penyanyi hip hop zaman 90an kumpulan Nico tuh….haish….
Raya Day 1 (25 Jun)
Den, buong
& kiddos just melepak kat umah di Shah Alam. Tak pakai baju raya pun ye.
Pakai baju basahan je. Tak beraya ke mana pun. Makan ketupat palas, lemang,
rendang ayam dan rendang daging yang kesemuanya ditempah kat jiran-jiran di
apartment den.
Dalam dok
melepak menengok rancangan tv dan mengumpat penyanyi zaman sekarang yang
menyanyi lagu raya lama pun rasa nak dilempang sebab bingit telinga, baru la
den tergedik-gedik nak memasukkan duit raya. Baru la perasan sampul duit raya
tak cukup.
Makanya lepas
zuhur tuh, kitaorang pergi ke Aeon Mall untuk misi mencari sampul duit raya.
Sampul raya sold out. Sudahnya tersangkut kat playground kat situ. Budak-budak
tuh suka sangat melompat sana sini kat situ. Almost 2 jam melayan depa kat
situ.
Akhirnya
jumpa sampul raya di Giant.
Balik umah
lepas makan lemang dan rendang buat sekian kalinya, baru la buong gosok baju
melayu budak-budak tuh. Den plak packing bag dan kuih raya untuk dibawa balik
kampong.
# Tak paham
kenapa nak nyanyi lagu raya terjerit-jerit bagai nak tercabut anak tekak
bajet-bajet Adam Maroon 5. Lagu raya nih mostly mendayu-dayu kot melodinya.
Orang lama menyanyi jugak yang best.
Raya Day 2 (26 Jun)
Lepas
breakfasat lemang dan rendang, baru tengok baju kurung apa yang ada dalam
almari tuh yang agak sedondon dengan budak-budak. Buong end up with baju melayu
5 tahun lepas. Den plak baju kurung raya 3 tahun lepas. Luckily baju den tuh
masih termuat walopun ngam-ngam sangat.
Ingatkan nak
bawa balik rendang tuh kat kampong tapi by pagi tuh, dah ada bau yang kurang
best. Next year kena beli lemang, ketupat dan rendang di PKNS je serba sedikit
sebab den & buong je pun yang makan. Nih beli sampai 2 batang lemang, 1
ekor rendang ayam + 1 kg rendang daging + 10 biji ketupat palas. Sudahnya half
of them terpaksa dibuang. Membaziaq sungguh.
Disebabkan
takde sape nak amik gambo raya kitaorang, makanye berselfie je la sekupang dua
untuk kenangan.
Sampai
kampong singgah dulu breakfast kat kedai mamak. 3 kedai mamak kitaorang pergi
penuh gila dengan orang.
Sampai umah
parents in law, masak rendang dengan omak mentua dulu.
Lepas beraya
dan makan dengan sakannya kat umah parents in law, kitaorang beraya kat umah
Pak Andak dan Pak Uda.
Dalam pukul
530 petang, kitaorang ikut pak mentua pergi servis kete. Lepas tuh, depa
melepak minum kat kedai mamak. Den tak dapat joint sebab si A tidoq atas den.
Makanya bertabah lah den dengo radio yang dok mendengarkan drama yang bertajuk
Di Sebalik Sampah yang mana heroinnya tipikal lemah nak mampuih rasa nak
penampo je.
Terus je
beraya kat umah Mak Long dan lepak kat umah Mak Long tuh sampai pukul 12 tengah
malam. Bergossip bagai, etc siap ada cerita misteri nusantara bagai.
Balik rumah
tido pengsan semua orang.
#si A suka
sungguh beraya. Sakan dia dok makan kuih raya dengan jayanya.
Raya Day 3 (27 Jun)
Paginya
beraya or lebih pada menziarah mak & pak sedara yang dah tak sihat.
Abis sebalang kerepek tuh si A makan |
Tengaharinya
berhari raya dengan abah sekeluarga di R&R Sungai Buloh as usual (dah jadi
port plak beraya dengan abah kat situ. Haishhh).
Balik Shah
Alam. Buong ajak tido hotel bajet kat PD untuk event berhari raya di PD plak.
Booking hotel
bajet yang paling murah dok ada (RM 99 + breakfast utk 4 orang + pool). Packing
baju sekupang dua. Terus gerak ke PD.
Sampai kat
hotel dalam 7 pm. Lepas dinner, semua tido pengsan kat atas katil yang
sebenaqnya tak muat untuk 4 orang hehehehehe.
Raya Day 4 (28 Jun)
Lepas
breakfast, layan kiddos mandi pool sampai lebam.
Lepas check
out, layan kiddos mandi laut sampai rentung plak.
Then berhari
raya kat umah Allahyarham atok, Ummi dan Pak Long. Semua pun dah nampak makin
tak sihat. Sedih plak.
Kita dok beraya,
budak-budak tuh sakan la dok main ke hulu ke hilir dengan sepupu-sepupu yang
dok ada.
Almost
maghrib baru gerak balik ke Shah Alam.
Budak-budak
pengsan dalam kete sebelum tol PD lagi sampai la ke umah. Penangan penat
melompatan kat pool hotel, laut + main dengan sedara.
Raya Day 5 (29 Jun)
Den dah
start keje huhuhuhuhu.
Camtuh je la
pun raya kitaorang. Takde la celebrate or beraya sakan pun. Pergi beraya pun
kat umah the usual suspects je.
0 Comments