Dari Kinta Riverfront Hotel tuh memang sepelaung je la coz lintas je jalan dah sampai dah sini. Memang dekat sangat-sangat.

Den pernah mai sini Disember tahun lepas dengan buong dan kiddos waktu malam coz nak tengok lampu-lampu LED kat pokok-pokok tuh. Masa tuh ada a few kedai makan yang dok beroperasi. Kali nih den datang, nampak banyak kedai dah bungkus even kedai mamak sebaris dengan Kinta Riverfront Hotel tuh.

Kalo kedai mamak pun terpaksa bungkus, memang maknanya crowd tak ramai la. Kedai yang pernah masuk paper sebab jual burger paling besar kat Ipoh pun dah tutup jugak. Kedai gunting rambut tak bukak walopun barang-barangnya ada lagi dalam kedai. Ada 2 buah kedai makan dan 1 stall burger je beroperasi.

Lepas menyeberangi sungai naik jambatan yang jugak ada lampu tuh, ada beberapa kedai untuk riadah beroperasi.

Palong Tin Mining Gallery Museum masih ada tapi still takde orang. So tak berani nak masuk.
mini muzium sejarah perlombongan
Ada kedai sewa basikal dibuka. So ada pelbagai jenis basikal yang untuk naik sorang, couple, 3 orang dan family. Ada jugak roller blades untuk disewa.

Disebabkan den mai masa hari bekerja tak ramai la orang dok melepak dan beriadah kat kawasan nih. Tapi still ada dalam 2 families naik basikal, 2, 3 orang budak remaja dok main roller blade. So tak risau sangat la nak jalan coz ada je orang.
basikal untuk disewa


Ada juga disediakan cafe ala-ala tema basikal. Setakat nih yang hanya minuman ringan, air mineral dan aiskrim disediakan kat cafe tuh.
cafe tema basikal
Ada kedai game 3D dekat kedai sebelah hujung. Macam ramai orang skit kat dalam kedai nih tapi den tengok dari luar je la.

Sebelum sampai ke jambatan kedua yang ada kat sini di sebelah hujung ada kawasan untuk main roller blade sebenarnya tapi macam terbiar. Ada satu kedai jual barangan basikal ke barangan muzik yek dah out of business.

Bila den jalan-jalan kat sini waktu siang, baru perasan Sungai Kinta nih jernih airnya dan takde bau sangat. Boleh nampak ikan berenang-berenang kat Sungai Kinta nih. Masuk jugak kat dalam Palong Tin Mining Gallery Museum tapi takde sape-sape yang jaga kat sini so just jalan-jalan camtuh je la. Kalo nak diikutkan boleh lawat ke kawasan melombong mini tapi takde sape nak bawak tak reti la nak jalan ke mana sebenaqnya.
Sungai Kinta waktu siang
the info
Siang baru perasan ada mangga ala-ala di korea gittew
Tapi mangga-mangganya banyak yang dah berkarat. So adakah cinta mereka telah berkarat?
kedai nasi arab berdekatan hotel dan river front
Kawasan nih sebenaqnya menarik coz ada kombinasi riadah (jalan-jalan tengok lampu, naik basikal dan roller blades) + makan-makan (restoran) + sejarah (muzium mini) tapi tapi surrounding nye takde ada skit je kawasan perumahan + takde giant/tesco/aeon + takde institusi, so maybe tuh la sebabnya kawasan nih macam tak happening sangat. Tapi mungkin masa weekend, kawasan nih happening kot.

Harapnye kawasan nih dapat dikekalkan dan dapat terus survive coz bagi dia antara satu unique point kat sini.

Den rasa mungkin pengurusan Kinta Riverfront Hotel tuh mengambil pendekatan untuk sama-sama menjaga sumber air iaitu Sungai Kinta. Mungkin la sebab tuh dia bangunkan Kinta Riverfront nih. Salah satu usaha yang patut dihargai sebab semua orang termasuklah kita sebagai orang awam sebenaqnya bersama-sama bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber air sebab we are all the interested stakeholders gittew.

Ceite pasal jalan-jalan diakhiri dengan pesanan ala-ala gomen gittew hehehheheehe.

0 Comments