Lawatan tapak kedua di dalam program 1 hari lawatan tapak pada 16 Jun 2016 nih terletak di daerah Mueang, Nakhon Nayok. Tanah seluas 6 ekar nih dibeli oleh Chaipattana Foundation pada tahun 1989. Kemudiannya Vajiravudh College Alumni Association di bawah Royal Patronage diberi kebenaran untuk menggunakan tanah ini bagi mempamerkan aktiviti-aktiviti di bawah Projek Pembangunan oleh Raja kepada orang awam (skema sangat ayat den nih coz ditranslate daripada pamphlet yang depa bagi).
Dekat pintu masuk
Pusat Pemuliharaan Alam Semulajadi nih dibangunkan dengan prinsip-prinsip berkaitan alam sekitar dan manusia yang dihasratkan oleh Raja. Antaranya: 

1. Komuniti setempat perlu disediakan dan dikuatkan sebelum didedahkan kepada dunia luar camtuh la;

2. Pendekatan bersepadu;

3. Public hearing - Raja mengamalkan konsep mengambilkira semua pendapat dan permintaan rakyat sebelum sebarang keputusan terakhir dibuat; dan

4. Self sufficiency, self supporting dan self economy - komuniti setempat mestilah mempunyai aktiviti yang boleh menjana ekonomi menggunapakai sumber alam secara sederhana bagi mereka survive camtuh.

Banyak lagi prinsipnya kena carik sendiri la kan coz den malaih baloq nak tulis hehehehhe.
Nih Pegawai Pemuliharaan yang bagi taklimat kat kitaorang
Gambar-gambar King yang ada kat sini
Ada 4 bahagian di dalam kawasan nih iaitu perkara berkaitan pengurusan air, tanah, hutan dan lagi satu den tak dengaq Pegawai Pemuliharaan tuh cakap ape hehehehehhe.

Pengurusan air termasuklah pembinaan terusan kecil (subcanal) bagi pengairan, check dam, kolam-kolam bagi penternakan ikan, etc.
Antara kolam ikan yang ada kat sini
Untuk pengudaraan
Antara kawasan istirehat yang ada kt sini
Bagi pengurusan tanah, ia melibatkan penggunaan tanah untuk pertanian seperti padi, pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kawasan penanaman padi
Pokok asparagus yang dah tertumbang. Sebenaqnya dia tumbuh menegak. Tak dan nak amik gambo asparagus tengah bertunas
Raja mencadangkan 4 jenis hutan dibangunkan iaitu hutan untuk pembalakan, hutan untuk kayu untuk kegunaan rumah, hutan untuk buah-buahan dan hutan untuk shade (perteduhan). Ideanya adalah macam ‘you go the trees in the people’s heart’ gittew.

Konsep yang digunapakai juga adalah 30% kawasan air, 30% penanaman padi, 30% penanaman pokok buah-buahan dan 10% untuk pembinaan rumah kediaman.

Ilmiah sangat kan entry den nih hehehheehehe. Banyak lagi info sebenaqnya tapi disebabkan den malaih baloq, nih je la yang den sempat coretkan. Kalo sapa-sapa nak tau lebih lanjut pasal tempat nih boleh la tengok info kat web dia http://www.bhumirak.com.

Masa melawat kawasan tuh dalam sejam jugak la, kitaorang dapat tengok produk-produk yang dihasilkan oleh komuniti setempat daripada bahan semulajadi macam DIY lotion, syampoo dan conditioner, ada jugak jualan jeruk macam Jeruk Pak Ali tuh, kerepek-kerepek macam kerepek kat Malaysia, sayur-sayuran macam limau purut, etc.
Beras dari padi yang ditanam dalam kawasan nih
DIY syampoo, losyen, sabun, etc
Kerepek
Proses penyulingan semulajadi. Botol berisi air dibiarkan terdedah pada cahaya matahari dari 8 am - 5 pm.
Ala-ala jeruk Pak Ali
Antara produk yang dijual
Kitaorang jugak ditunjukkan contoh penanaman padi di kawasan yang kecik, pelbagai jenis sayuran termasuk asparagus (first time k den tengok pokok asparagus), kawasan pembuatan baja asli menggunakan tahi lembu, pembuatan biodiesel menggunakan batang pokok, pembuatan effective microorganism (EM), basikal yang diubahsuai di mana bila kita kayuh basikal tuh, air akan terpercik dari sprinkler system (ala-ala bersenam sambil menyiram pokok gittew…tak sempat nak amik gambo), penyulingan air secara semulajadi, etc.
Tempat pembuatan baja asli
Kawasan pembuatan biodiesel
Bahan untuk buat effective microorganism
Serious menarik k.

Cam den nih ha bukan la orang yang suka nature sangat walopun jawatan den dan keje den adalah berkaitan alam semulajadi. Bak kata sorang participant dari Cambodia tuh ‘kalo nak harap kita sendiri yang mai tempat-tempat nature camnih memang takdak harapan la kan. So bila ada technical site visit camnih yang memaksa kita melawat tempat-tempat camnih, moh la kita joint dengan berlapang dada gittew’ ala-ala ‘if you don’t go to the nature, we will bring the nature to you’ la agaknya.
Sepanjang jalan ada je la info yang diletakkan pada setiap pokok
Den suka je la joint nih coz bukan selalu kot mai kat tempat-tempat camnih. Dari Khun Dan Prakan Chon Dam tuh dalam 10 minit je la ke tempat nih.

Kat Malaysia banyak je kot tempat camnih (bertemakan alam semulajadi) cuma kita nak pi dengan tak je la kan. Last sekali den pergi Taman Alam Kuala Selangor pun dalam 6 tahun sudah rasanya. Memang bukan nature at heart betoi la den nih kan. Nak kena buat checklist jugak nih melawat tempat-tempat camnih dengan kiddos supaya depa lebih menghargai alam sekitar.

0 Comments