Lawatan tapak terakhir dalam sesi lawatan tapak nih. Dalam 10 minit dari The Bhumirak Dhamachart Project (The Royal Nature Conservation Center). Kawasan pertanian dalam 2 ekar lebih yang diusahakan oleh Pakcik yang den bajet umoq dekat-dekat 70 tahun bersama anak-anaknya.

Masuk je kawasan pertanian nih kiri kanan nya ada pelbagai jenis jualan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih kurang macam tanaman kat Malaysia jugak. Ada jantung pisang, pisang, pucuk paku, rebung, etc. Ada jugak dijual kerepek pisang. 
Kerepek ala-ala 3 bungkus RM 10 camtuh la
Rebung
Pisang dan nanas
Kerepek pisang panas dari kuali. Yang kale merah tuh yang diletak gula katanya
Pucuk paku dan jantung pisang
Cendawan, limau nipis, lepat pisang, pisang salai, etc

Ada kedai kecik yang jual madu dan produk minyak balm. Termenyesal plak sekarang tak beli balm tuh coz macam menarik sebenaqnya.

Kawasan pertanian nih antara kawasan pertanian yang menerima air dari Empangan Khun Dan Prakan Chon.

Dalam taklimat ringkas oleh Pakcik nih dalam bahasa Thailand yang diterjemah ke Bahasa Inggeris yang mana sempat dan sesuai sebab banyak sangat lawak yang Pakcik nih cakap yang menyebabkan penterjemah segan nak translate ke dia tak pasti nak translate camne.

Pakcik nih kata dia tanam pelbagai jenis pokok buah dan tumbuhan (integrated fruit trees and plants) supaya ada hasil yang boleh dijual sepanjang tahun.
Pakcik tengah ceite pasal buah jambu dalam botol
Pakcik nih cakap anggaran pendapatan dia adalah 100,000 bath atau RM 11,750 sehari. Ye kengkawan, itu pendapatan SEHARI k, bukan sebulan. So nih la antara contoh hasil berbudi kepada tanah yang cemerlang gittew. 

Den paling ingat Pakcik tuh cakap (of coz la diterjemahkan oleh penterjemah), sorang anak perempuannya dapat beli kereta Mercedes dengan tanam pokok pisang je camtuh la lebih kurang ayatnya.

Pakcik juga cakap dia memang bersedia mengajar dan memberi khidmat nasihat kepada mana-mana pihak dan petani yang berminat nak belajar kaedah penanaman yang dia dah buat dan terbukti berjaya sebab kekayaan perlu dikongsi bersama dan supaya takde sapa yang datang merompak kawasan pertanian dia.

Lepas bagi taklimat sedikit sebanyak, kami dibawa melawat kawasan pertanian dia. Sepanjang perjalanan tuh memang dia ada cerita pasal kaedah penanaman pokok buah, sayur semua tuh cumanya sebab banyak sangat peserta Thailand bergelak ketawa sebab lawak gamaknya, tak beberapa dapat la den nak menangkap butir bicaranya sangat. Puan penterjemah pun ikut gelak, so den dapat info sekupang dua je la. 

Antara kaedah penanaman yang den sempat tangkap adalah:

1. Masukkan putik buah jambu masa dalam botol (satu atau dua putik dalam satu botol). So biarkan putik tuh jadi buah yang besar dalam botol tuh. Dah masak nanti, dipotong tangkai buah tuh. Jadi la buah jambu dalam botol. Kata Pakcik dia jual sebiji jambu dalam botol tuh dengan rege 400 bath (RM 47) kepada pelancong yang mai melawat kawasan dia nih. Of coz kalo nak makan jambu tuh kena pecahkan botol tuh.

2. Tanam biji benih apa-apa jenis pokok pada batang pisang. So boleh jimat baja coz dekat batang pisang tuh sendiri dah ada nutrient. Masa lawatan tuh, den nampak ada pokok buah naga yang dah bercambah dari batang pisang tuh. Pakcik tanam macam-macam biji benih pada batang pisang tuh.
Macam-macam pokok dok bercambah dari batang pisang nih
3. Bila tanam tebu, masukkan tebu tuh dalam paip yang tinggi. So disebabkan pucuk dan daun tebu tuh perlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis, dia akan terpaksa tumbuh meninggi supaya pucuk dia dapat keluar dari hujung paip. Akhirnya kita akan dapat batang tebu yang lebih panjang.
Pakcik bersemangat bercerita
Tebu dalam batang paip biru tuh
4. Pakcik tanam benih cili dalam pasu. Lepas tuh dia letakkan botol yang berisi air secara terbalik ke atas tanah yang dah tanam benih cili tuh. Hasilnya cili tumbuh secara terbalik (keluar di bawah pasu). Tak pasti apa motif buat macam nih coz peserta Thailand dok bergelak sakan masa dia explained pasal nih.
cili tumbuh terbalik
Pokok-pokok lain yang ditanam secara terbalik
5. Pakcik tanam benih cili bersekali dengan pokok pandan dalam satu pasu. Hasilnya cili yang dihasilkan berbau wangi pokok pandan.
Pokok cili dan pandan dalam satu pasu yang sama dekat pasu tengah-tengah tuh
6. Pokok limau bali di’tut’kan bersama dengan pokok limau nipis, limau purut dan limau-limau lain yang den tatau apa jenisnya. Hasilnya adalah satu induk pokok limau mengeluarkan pelbagai jenis spesies limau pada dahan-dahannya.
Sepohon limau yang mempunyai pelbagai jenis limau
7. Pakcik cantas dahan pokok nangka yang tumbuh. Kemudian dia masukkan kayu lain dalam bahagian pokok yang dah dicantas tuh. Katanya ini mengelakkan buah nangka berbuah di bahagian atas. So pokok nangka yang kitaorang tengok tuh berbuah di bahagian pangkal pokok je.
Buah nangka tumbuh di pangkal

8. Tanah yang sikit pun boleh je tanam apa-apa yang kita nak. Dia tunjuk pokok limau kot yang ditanam dalam tanah dalam tayar terpakai.
Pokok limau ditanam pada tanah dalam tayar
Tips yang terutama katanya untuk pastikan pokok dan sayuran sihat dan mengeluarkan hasil adalah menambahkan ajinomoto pada air siraman pokok-pokok tuh. So bukan kita je suka makan MSG walopun tidak menyihatkan tapi pokok pun lebih gumbira untuk mengeluarkan hasil jika disiram dengan air yang mengandungi MSG.

Pakcik ada mengeluarkan buku yang dia kongsi tips untuk menanam pokok buah dan sayur tapi dalam bahasa Thai la kan.
Telaga untuk siraman agaknya
Tatau kenapa tiba-tiba ada pondok telefon London nih

Lepas dah abis sesi jalan-jalan di dalam dusun nih, kitaorang jalan-jalan la tengok kedai jualan sayuran dan buah-buahan. Disebabkan hampir 90% sayuran dan buah-buahan boleh didapati di Malaysia, den takde la terasa nak beli apa pun. Tapi sebagai menyokong produk tempatan camtuh, den beli 1 bungkus rozel dan 1 bungkus cili api yang dikeringkan. Sebungkus rege 20 bath (RM 2.35).
Souvenir cili kering kecik dan rozel
Kalo kat Malaysia nih, kalo Pakcik nih masuk pertandingan inovasi kategori pertanian, mungkin dia boleh menang. 

Disebabkan den sendiri tak pernah terdedah dengan projek-projek pertanian di Malaysia, so den pun tatau pasal inovasi pertanian nih. Mungkin kat Malaysia pun ada banyak je projek pertanian yang ngetop macam Pakcik nih. Den je yang tatau.

But still ianya pengalaman yang menarik untuk den melawat ke kebun Pakcik nih terutamanya bila dengaq income Pakcik nih sehari. Serious sangat teruja.

0 Comments