Alhamdullillah pagi tadi den ada rejki dan berkesempatan untuk hadir ke Seminar Hartanah Percuma oleh Naza Baharom Group Hartanah daripada 9 pagi hingga 1 petang di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Sebenonya nih kali kedua den pergi seminar nih. The first time den pegi seminar nih adalah pada 10 Januari 2016.

Den tertau pasal seminar nih buat pertama kali tuh masa tertengok iklan seminar nih kat FB. Mula-mula den ingat NAZA Group tuh yang nak bagi talk pasal hartanah nih. Den dah macam ‘eh pasai pa NAZA Group yang besaq tuh nak bagi talk secara percuma nih’. Ha...den nih kan memang la sangat blurr camtuh. Masa tengok iklan SifuFBAds dulu pun blurr jugak. Yang tuh lagi haru blurnya hahahhaahhaa.

Bila pi seminar yang pertama kali tuh baru la den sedaq yang Naza Baharom Group tak dak kaitan langsung dengan NAZA Group hehehehhehehe.

Seminar nih jugak salah satu entry berkaitan ‘kursus/bengkel/seminar percuma’ yang den nak ceite dan bercadang nak share dalam blog nih dengan semua yang dok tertangguh-tangguh dengan sakannya.

Ampunkan lah den nih ha yang memang terkelembap nak share pasal seminar yang memang bermanfaat nih. Bertangguh dari 10 Jan 2016 kot. Adoi la 2 bulan punye bertangguhnya.

Nih pun gagah jugak buat entry pasal seminar percuma nih coz den dah terpegi kali kedua semalam. Dah terasa macam terbersalah plak kalo masih tak share perkara yang baik nih. Dah katanya sharing is caring kan.

Sampai je kat kawasan perniagaan Seksyen 13 (dekat Celcom, Lebai Dolah, etc), ada beberapa orang staff NBG akan memberi tunjuk arah kepada peserta untuk sampai ke tempat seminar. In sya Allah tak akan sesat.

Den cadangkan supaya peserta datang awai skit dalam 830 am dan breakfast kat Lebai Dolah ke mana-mana kedai makan lain sebelum mula seminar sebab takut kelaparan & tak boleh pokos masa seminar nanti.

Untuk kedua-dua seminar yang den dah pergi pada 10 Januari dan pagi tadi, den memang tak sempat nak breakfast dulu coz sampai Seksyen 13 tuh pun dah 915 am camtuh. Biasa la kan orang ada anak-anak kecik memang kalut skit pengurusan masanya (eh ke den sorang je macam nih hahaahahaha).

So memang la den menahan lapo je la kan sepanjang seminar tuh.

Masa den pergi seminar tuh masa 10 Januari tuh, tak perasan plak ada disediakan nursery untuk parents letakkan anak-anak semasa depa pi seminar tuh tapi pagi tadi memang ada disediakan nursery. Maybe nih salah satu penambahbaikan yang dibuat oleh NBG bagi memastikan husband & wife sama-sama dapat menghadiri seminar nih.

So kalo alasan tak boleh pergi seminar nih sebab takde sapa nak jaga anak-anak macam dah tak valid la kot kan sebab dah disediakan nursery kat situ.

Masa pendaftaran kita akan diminta untuk sign satu surat akujanji yang menyatakan kita tidak boleh merakam, merekod, etc perjalanan seminar tuh. Then kita akan diberikan sebotol air mineral & gula-gula. Then kita boleh ambil tempat masing-masing (free sitting). Tempat duduk dibahagikan kepada bahagian lelaki dan perempuan.

Memang banyak info yang nak dikongsikan oleh Tuan Naza Baharom yang mempunyai pengalaman 23 tahun di dalam pelaburan hartanah, mempunyai 300 buah rumah termasuk 8 penthouse di kawasan prime dan mempunyai 500 orang penyewa.

Misi NGB adalah melahirkan 100,000 orang pelabur hartanah dalam masa 5 tahun. Pernyataan misi nih dibuat pada 29 Mei 2015 (kalo tak silap den).

So dalam masa 4 jam yang sangat singkat tuh, Tuan Naza akan menceritakan tentang pengalaman hidup beliau daripada mula bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di SIRIM selama 6 tahun sambil membuat part time menjadi Pensyarah di UiTM Shah Alam. Kemudiannya beliau menjadi menjadi agen insurans dan seterusnya menjadi Ketua Cawangan Agensi apabila beliau mula jatuh cinta dengan hartanah.

Tuan Naza sempat berkongsi dua (2) strategi untuk mendapatkan sumber kewangan melalui teknik pembiayaan/pinjaman semula (refinance) dan pembelian rumah semasa dalam fasa pembinaan daripada pemaju dan menjual semula rumah tersebut selepas ianya siap dibina (teknik beli dan jual semula atau flipping).

Di akhir seminar, Tuan Naza memaklumkan bahawa peserta yang ingin mengikuti semua seminar yang lebih terperinci (2 hari 1 malam) dan group coaching minimum 7 kali dan mendapatkan pelbagai info seperti:

1. mendapatkan rumah di bawah harga pasaran;
2. menyediakan profil dokumen kewangan yang lengkap untuk mendapatkan loan bank;
3. pelbagai cara untuk meningkatkan nilai hartanah;
4. pengurusan penyewa daripada Property Manager yang berpengalaman menguruskan 500 5. orang penyewa;
6. teknik Return of Investment (ROI) yang tinggi;
7. 20 strategi di dalam hartanah;
8. bergerak secara berjemaah,etc

dikehendaki membayar satu (1) yuran keahlian sekali seumur hidup. Lepas bayar yuran keahlian nih sekali sahaja, kita boleh terus mengikuti semua seminar dan group coaching selama seumur hidup kita. 

Tuan Naza jugak ada cakap money back guarantee sekiranya selepas kita pergi semua seminar & group coaching, kita rasa ilmu yang dikongsikan tidak bermanfaat kepada kita.

Tapi kalo tak nak joint jadi ahli pun takpe je. Tuan Naza tak paksa pun. Dia cuma offer an opportunity dan terpulang kepada kita untuk menerimanya tau tak.

Untuk den, macam berbaloi la rasanya bayar 1 kali yuran seumur hidup untuk dapatkan ilmu pasal pelaburan hartanah sepanjang hayat. Its like a commitment fee that we are serious about learning coz kadang-kadang orang Melayu nih tak menghargai apa yang diberi secara percuma.

One off investment camtuh.

Antara kata-kata hikmah Tuan Naza tentang pelaburan hartanah adalah:

1. dalam apa-apa perniagaan, jangan menjual. Kongsi maklumat dan manfaat kepada orang ramai;

2. kawal our negative mind;

3. dream big, do big & get big;

4. the more you give, the more you get;

5. fast action, fast result;

6. mesti ada mentor yang betoi dalam apa juga perkara yang kita buat;

7. belajar kena gembira baru ilmu boleh masuk dalam kepala;

8. 90% jutawan di dalam dunia melabur dalam bidang hartanah;

9. hartanah adalah bidang yang slowly but surely; dan

10. kaya, berjaya dan beriman.

So den sangat mengalakkan kepada semua untuk menghadiri seminar nih walopun kita tak pernah terasa nak beli, kita memang berangan nak beli tapi rasa tak mampu, kita rasa dah cukup dengan satu rumah, kita rasa nak beli rumah nih proses sangat susah dan rumit, etc sebab:

1. PERCUMA kot. Perkongsian ilmu hartanah secara percuma. Memang takde kos apa-apa.

2. 4 jam je kot. Kalo kita bley spend 4 jam untuk tengok movies, window shopping, tengok perlawanan bola kat stadium, macam-macam aktiviti lagi, kita kena at least bagi peluang kepada diri kita untuk dengar pasal ceite hartanah.

3. Kalo pun akhirnya kita tak dapat nak bayar yuran sekali seumur hidup untuk joint seminar-seminar, group coaching, etc pada masa akan datang, in sya Allah kita tetap akan dapat sedikit sebanyak tips untuk pelaburan hartanah nih.

4. Kita akan dapat souvenir buku ‘22 Sebab Pelaburan Dalam Hartanah Sangat Menguntungkan’ (while stock last gamaknya).

5. Disediakan nursery untuk kita letakkan anak-anak kita sementara kita & pasangan menghadiri seminar nih.

So once in your lifetime, tolonglah berikan peluang kepada diri anda untuk mendengar cerita dan tips tentang pelaburan hartanah.

This free seminar is totally worth it. Tolong lah pergi.

So nasihat den, pergi dulu dengar seminar percuma yang diadakan setiap bulan sebelum buat kesimpulan/ulasan apa-apa. Tak joint keahlian pun takpe, yang penting pergi dulu seminar percuma tuh k.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengikuti seminar ilmu hartanah secara percuma nih boleh tengok senarai tarikh seminar percuma tersebut dan cara pendaftaran di www.facebook.com/nazabaharomgroup  atau www.facebook.com/nazabaharom.

Masa den pergi Seminar Percuma Hartanah nih buat pertama kali pada 10 Januari 2016, den bayo RM 1190 untuk jadi ahli seumur hidup tuh. Semalam masa pergi seminar tuh buat kali kedua, yuran keahlian dah jadi RM 2190. Tuan Naza kata yuran keahlian nih akan dinaikkan setiap bulan sehingga sampai satu masa ianya mungkin akan mencecah RM 10K. The first batch yang joint keahlian Naza Baharom Group nih dikenakan bayaran RM 190 (pasai pa la kan den tatau pasal NBG nih masa tuh. Kalo tak save la duit den RM 1000 huhuhuhu). 

Macam den ceite dalam entry sebelum nih, den pernah ada pengalaman 2 tahun jadi broker hartanah. Tapi bila pergi Seminar Hartanah Percuma nih, sangat serious den rasa banyak gila info yang den tatau dan seminar nih bermanfaat walopun kita tak joint keahliannya.

In a nutshell, tolonglah pergi ke Seminar Hartanah Percuma oleh Naza Baharom Group nih k coz seriously ianya sangat berbaloi-baloi walaupun kita tak dapat/tak mampu/tidak berminat untuk menjadi ahli dengan sekali bayaran seumur hidup tuh. Just open up your heart and your mind and listen to it.
masa seminar 10 Jan tuh. sumber gambo fb naza baharom group
Pagi tadi dapat calendar
Buku yang den dah ada 2 buah sebab pegi seminar 2 kali hehehehehehe






3 Comments

  1. Info yg sangat menarik...tq admin..😄😄😄

    ReplyDelete
  2. Salam TT, perkongsian yang menarik. sy berminat, bagaimana nak berhubung dgn NBG dan apa perkembangan NBG? thanks

    ReplyDelete