In sya Allah den coba ringkaskan apa yang den dah blajo masa hari kedua tuh ye. Den pun dah lemau nak menaip coz banyak sangat perkara yang nak dishare tapi ala-ala malas dan otak terpleot coz nih semua hal-hal ilmiah. Split personality sungguh den nih. Haish....

Hari Kedua (2 Mac 2016, Rabu)

Tanggungjawab Majikan dan Hak Pekerja

1. Perlu inform Pejabat Buruh 90 hari in advance secara bertulis untuk mengambil pekerja.

2. Daftar pekerja perlu disimpan tidak kurang 6 tahun.

3. Akta Kerja 1955 terpakai kepada:

a. Pekerja gaji tidak lebih RM 2000.00;
b. Pekerja manual tanpa kira gaji;
c. Pekerja kendalikan kenderaan untuk angkut barang atau penumpang (tidak termasuk personal driver);
d. Pembantu rumah;
e. Pekerja atas kapal (kecuali pegawai bertauliah), etc.

4. Kontrak perkhidmatan perlu disediakan di antara majikan dan pekerja.

5. The right people/staff is the asset.

6. Mesti perincikan skop kerja sesuatu jawatan di dalam surat pelantikan.

7. Tempoh percubaan diberikan berdasarkan jawatan (contoh kerani 1 bulan, CEO 3 atau 6 bulan).

8. Gaji mesti dibayar dalam tempoh 7 hari selepas tarikh pembayaran gaji.

9. Mati setem perjanjian kontrak perkhidmatan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh perjanjian ditandatangani. Selepas 30 hari dari tarikh perjanjian ditandatangani, masih boleh dimatikan tetapi akan kena denda.

10. Jenis cuti yang dibenarkan kepada pekerja (cuti rehat, cuti umum, cuti sakit, cuti bersalin dan cuti tahunan).

11. Panel klinik adalah lebih baik bagi majikan untuk memantau cuti sakit pekerja.

12. EPF adalah wajib. Majikan memang kena potong caruman pekerja untuk EPF, tak perlu tanya pekerja.

Dokumen Pinjaman Kewangan

1. Ada bank yang kenakan yuran pemprosesan pembiayaan/pinjaman. Lulus atau tak lulus, yuran pemprosesan nih memang diambil oleh bank.

2. Lepas tandatangan perjanjian pinjaman, biasanya akan ambil masa paling kurang 2 bulan untuk loan dikeluarkan (disimbursement).

3. Pinjaman adalah terma bagi konvensional. Pembiayaan adalah terma bagi islamik.

4. Kita boleh berunding dengan bank untuk pendekkan tempoh pinjaman atau kurangkan jumlah pinjaman.

5. Cagaran atau kolateral termasuklah rumah, tanah, kereta, asset syarikat, etc.

6. Bila hartanah ada geran individu, kita akan tandatangan perjanjian gadaian.

7. Bila hartanah ada master tittle (bagi apartment, kondo, flat yang melibatkan hak milik strata yang belum dikeluarkan), kita akan tandatangan Deed of Assignment (DOA) atau SuratIkatan Penyerahan Hak.

8. Terdapat empat jenis yuran yang perlu pembeli hartanah sediakan:

a. Yuran guaman perjanjian jual beli (sale and purchase aggrement, s&p).
b. Duti setem ke atas nilai pinjaman (RM 5 bagi setiap RM1000 pinjaman).
c. Duti setem untuk pindahkan hartanah nama pemaju kepada nama pembeli.
d. Yuran guaman perjanjian pinjaman bank.

9. Yuran guaman dan duti setem pindah nama dikira mengikut jumlah pinjaman (boleh check sendiri yek).

10. CITOS – pengkalan data (database) orang yang telah disiasat kesnya di mahkamah.

11. CRISS – pengkalan data (database) yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank lain di bawah BNM bagi melihat track record sebarang transaksi pinjaman, kad kredit, etc.

Prosiding Tuntutan Mahkamah

1. Tindakan sivil tidak akan masuk penjara. Kena b ayar ganti rugi atau the worst akan jadi bangkrupt.

Contoh:

Melanggar kontrak atau berhutang – kena bayar balik duit – gagal bayar hutang/duit – bangkrupt.

2. Bidang kuasa mahkamah:

a. Tuntuan kurang RM 100 K - Mahkamah Majisterit.
b. Tuntuan kurang RM 1 juta - Mahkamah Sesyen.
c. Tuntuan lebih RM 1 juta - Mahkamah Tinggi.

3. Apabila dapat surat tuntutan, sila telefon bank untuk penjelasan, tanya soalan, etc. Sila beri maklumbalas segera.

4. Antara perkara yang tidak boleh dibuat apabila masuk ke mahkamah adalah memakai cermin mata hitam dan duduk bersilang kaki.

Hari kedua memang padat dengan info. Apa yang den tulihkan nih hanya sebahagian kecil daripada nota yang dok ada.

Setiap topic notanya memang berhelai-helai.

Nak memahamkan perkara especially yang berkaitan dengan perundangan, memang la kita kena belajaq daripada orang yang berkelayakan dan memang ada pengetahuan tinggi dalam perkara yang dibincangkan macam Dato Azlin.

Menulis entry pasal perkara yang ilmiah cam intipati kursus nih memang menguji kesabaran dan nak kena pastikan fakta tuh tepat.

So kalo dalam mana-mana entry den pasal kursus nih kalo ada yang kurang tepat tuh mohon dimaafkan dan diberi teguran. Kadang-kadang tuh, pemahaman den yang otak ala-ala sangat cemerlang nih memang agak terpleot skit.

0 Comments