Nih bukan nak review movie The Notebook yang dikatakan antara movie chenta terbaik sepanjang zaman tuh. Den tak pernah rasa nak tengok movie nih coz den dengan movie chenta memang la tak beberapa nak click. Ada je movie chenta yang den suka tapi tak banyak. Den skeptikal skit kat movie nih sebab dia melibatkan chenta dua darjat, si kaya dan si miskin. Bagi den payah la kot movie dengan tema chenta dua darjat nih nak menandingi chenta dua darjat dalam Titanic atau ceite-ceite Hindustan yang banyak sungguh tema macam ni seperti Bobby.
 
Eh...den nak ceite pasal buku nota den je pun sebenaqnya hahahahhaha.

Sejak den dan buong decided nak buat bisnes dinosaur end of October last year, den dok catat macam-macam dalam buku nota yang satu nih.

Tapi bila ditengok-tengok balik buku nota den nih, macam-macam contengan dok ada.

Alphabets by F

Walopun den dah belikan berenyut-renyut buku kat dia, dia still la kan nak jugak menyelit tulih kat buku den nih ha. Tak dibagi karang merajuk plak. Den layankan je la.
Den nih bukan setakat melukih fail. Amik gambaq pun nan hado.
Kira-kira Emas

Masa den baca blog sapa ntah ke tengok dekat FB (tak ingat dah) pasal cadangan membeli emas dan menggadaikannya di ArRahnu bagi mendapatkan cash untuk buat bayar bayaran bulanan loan kete, den dengan buong coba buat kira-kira nih samada ianya berbaloi untuk dilaksanakan. Setakat sampai hari nih, kitaorang tak sure kiraan yang kitaorang buat betoi ke tak so kitaorang tak buat apa-apa pasal perkara nih.
Buong the ceti paling suka kira-kira macam nih
Notes Kursus Lelong.my

Den ada catatkan nota-nota daripada 2 kursus online business anjuran Lelong.my yang den pernah pergi ujung tahun lepas. 

Ada satu kursus percuma oleh Lelong.my yang den tak berkesempatan lagi nak share kat blog nih.
Notes masa den attended kelas pertama yang free oleh Lelong.my
Notes masa den attended kelas kedua oleh Lelong.my
Design Logo DinoHauz

Ada empat logo DinoHauz yang dilukih dek buong. Buong memang ada la jugak skill melukih nih. Nak harap den yang lukih orang lidi pun ke laut memang nan hado la kan. Reja buong melukih. Reja den mengomen hahahahhahaha. Nasib baik la kan setakat nih buong pasrah je dengan perangai den yang macam-macam nih. Harapnya his acceptance nih berkekalan hingga akhir hayat la hehehhehhehe.
The two designs by buong. Den tukang komplen je.
Notes Info Peserta Crash Course Kursus Undang-Undang Perniagaan di Palm Mall, Seremban pada 1-3 Mac 2016

Mungkin minda separa sedar den pernah berangan nak jadi setiausaha kot. Sebab tuh den nih jadik sakan menyalin nota. So masa sesi ice breaking pada 1 Mac tuh, den sempat la catat sekupang dua profiles semua peserta kursus k. Tapi kalo suruh den padankan profile dalam buku nota dengan orangnya secara real life, peratus kejayaan den memadankannya tuh dalam 40% je la kot hahhahhahahaha.
Nama peserta dan bisnes depa
Notes Seminar Hartanah Percuma oleh Naza Baharom Group pada 6 Mac 2016  

Nih the latest notes yang ada dalam buku nih.

#38 tahun tuh umoq den tahun nih k. Bukan umoq Tuan Naza. He is 51 years old tahun nih. Karang takut orang konpius plak. Nanti depa dok ingat Tuan Naza 38 tahun – 23 tahun pengalaman dalam bidang hartanah = 15 tahun. Tak ke haru kalo depa ingat Tuan Naza mula bisnes hartanah sejak umoq 15 tahun.
Yang contengan atas notes tuh berlaku bila den berangan nak jadik pelukih
Jaws

Nih la komponen yang paling banyak dalam buku nota den nih ha.

Den lukihkan rangka jaws tuh. Si F akan lukih mata, gigi dan sirip jaws tuh.

Walopun si F adalah peminat tegar dinosaurs, mungkin minda separa sedaq dia memang sangat sedar yang omaknya nih pandai sungguh melukih. Kalo F suruh den lukih dino, maybe rupa dino tuh samada akan jadi macam kucing yang kena katok atau rupanya langsung tak dapat dikenalpasti.

Lagipun dino nih ada macam-macam jenis. Jenoh kot nak lukih. 

Kalo jaws nih, sambil makan pun den bley lukih rangkanya. Chewahhh....belagak plak ye.

Den coba nak amalkan pesanan pakar motivasi supaya sentiasa melayan anak-anak sebaik mungkin.

So kalo F nak den lukih penuh satu buku nota nih dengan jaws, in sya Allah den coba layankan je la.
Ikan jaws nih je la yang den mampu lukih setakat nih
Tuh je la pun nak ceite hehehehehhehhee. Buku nota nih pun den rembat diari opis buong bagi.

p/s walo camne terror pun den mencatat nota, masih tak dapat nak kalahkan my mentor yang tersangat detail & rajin tulih nota k.
Serious kecik ati tengok notes dia yang teratur & detail camnih

0 Comments