Den ternampak promosi pasal nih dekat iklan Nuffnang dua hari lepas.

Seperti biasa, kalo ada apa-apa pameran pasal buku-buku nih den memang terkinja-kinja nak pergi tengok. Beli ke idok tuh belakang kira. Yang penting pergi dulu tengok buku-buku apa yang dok ada.

Nasib baik la kan buong tuh rajin nak melayan den nih ha. So lepas kerja, dia fetch den. So kitaorang anak beranak pergi la menempuh jam ke arah Damansara Jaya. Atria Shopping Mall nih dok ada kat Jalan SS 22/23, terletak dekat deretan rumah kedai. Boleh plak ada shopping mall di tengah-tengah deretan rumah kedai nih.

First time kitaorang sampai kat sini. Ada macam-macam gak la kat sini.

Disebabkan kitaorang datang waktu hari bekerja (walopun lepas office hour), orang memang tak ramai. Dekat kawasan pameran, hanya ada 3 keluarga bawa anak ke pameran buku nih.

Den memang membayangkan selautan buku la bila katanya World Book Fest tuh. Alih-alih tuh pameran bukunya sekupang je huhuhuhuhuhu. Mungkin den yang tersalah anggap la kot.
Buong dok survey buku dinosaurs untuk budak-budak

The only bahagian yang penuh dengan buku
Ada 2 bahagian pameran buku yang dipenuhi dengan 90% buku kanak-kanak. Buku untuk adult ada la dalam 10% tapi authors yang den tak pernah dengaq la.

Tapi disebabkan memang objektif World Book Fest nih untuk menjana minat membaca di kalangan kanak-kanak, memang comei la semua benda yang ada kat situ.
Colourful sungguh pentas dia
 
Sections yang ada kat pameran nih. Tatau la kenapa skill amik gambo den semakin meletops sampai blur-blur gambo jadiknye.
 Kalo ikut website Atria, agak happening jugak aktiviti di World Book Fest nih. Ada sesi bertemu dengan penulis, interactive story telling, etc pada tarikh dan masa-masa tertentu. Disebabkan kitaorang datang masa takde aktiviti, memang la lengang kawasan tuh.


Kalo kita beli barangan di Times, tak kisah la buku ke toys ke, etc dengan rege paling kurang RM 30, kita boleh dapat 1 kupon. Kupon nih plak bley guna untuk main kat bouncing teapot yang dok ada.
Budak-budak dok main kat bouncing teapot nih sampai lebam

So den beli la 3 buku dinosaur + 1 telur dinosaur untuk dapatkan kupon tuh. Disebabkan takde orang, budak-budak dua orang tuh dapat la melompat-lompat dalam teapot tuh walopun den cuma ada seketoi kupon je.

Depa dok melompat kat teapot tuh je la pun sampai penat. Depa tuh happy je la kan dapat bergelinjangan.

Ada kiddie ride tapi kena ada kupon lain plak. Disebabkan budak-budak tuh pun tak bising, takde lah kitaorang nak layan depa naik kiddie ride tuh.
2 ekor dino RM 73. Harga macam okay sebab material dinos nye tuh macam mantop. Tapi disebabkan dah beli 3 buku dino + 1 telur dino, si F takde la demand nak dinos nih. Kalo tak memang terkopak jua la purse mamanye.
Lepas berjalan lebih kurang kat situ, kitaorang pun makan malam kat Kampung Kravers, the karipap cafe. Boleh tahan jugak food kat sini.
Ampunkan la den coz kualiti gambo camnih ha
Tak sabo-sabo tunggu balik umah untuk tengok buku dino depa yang beli tadi
Setiap set food dia memang akan ada seketoi karipap. Selari la kan dengan tema the karipap cafe.
Budak terpaling happy coz dalam telur dino tuh ada seekor dino. Dino tajam nama diberi dek F.


Lepas makan tuh kitaorang jalan-jalan la kejap kat shopping mall nih dah alang-alang sampai. Cantik jugak la shopping mall nih ada 4 tingkat. Tapi kitaorang jalan kat 2 tingkat je.

My Back Street Boys
Dok pusing keliling water front nih dok cari kot-kot ada ikan

F memang ada perangai suka tengok umah contoh macam mama dia jugak la hahahahha. Semoga menjadi pemilik hartanah berjaya di masa hadapan ye F. In sya Allah.

Kesimpulannya, walopun pameran bukunya tak la seperti yang den harapkan tapi yang penting budak-budak happy dapat berjalan-jalan. Kira okay la tuh kan.

Masih ada masa lagi pada sapa-sapa yang nak bawak anak-anak ke World Book Fest nih sebab ianya akan berakhir pada 27 Mac (ahad) nih.

0 Comments