Pengurusan masa den mungkin agak terpleot (atau mungkin sangat terpleot).

Hajat hati memang nak update blog setiap hari tapi macam-macam yang hal yang kena diselesaikan.

Senin lepas the whole day kat site.

Selasa - Khamis den attended Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen (PENIAGAWATI) di Palm Hotel, Seremban. Kursus yang sangat meletops dabomm yang sangat sangat sangat bermanfaat dengan yuran RM 50 sahaja. In sya Allah den akan buat entries pasal kursus nih sedaya mungkin.

Tapi kepada sesiapa yang nak joint kursus nih dalam masa terdekat boleh tengok facebook Peniagawati coz depa memang sedang dalam rangka menjalankan kursus nih di setiap negeri.

Den masih berhutang nak upload gambo barang-barang berasaskan dinosaurs tuh huhuhuhuhuhuhu.

Ada a few entries yang den nak buat pasal kursus yang free, kursus yang perlukan minimal cost, etc.

In sya Allah harap-harapnya den diberi kesempatan nak buat nih semua.

p/s busy sangat sampai tak sempat nak baca buku & tengok movie. Leonardo DiCaprio menang Oscar untuk aktor terbaik pun den tatau padahal den suka sangat baca web gossips.

0 Comments