Jumaat lepas, ofis den mengadakan majlis khatam AlQuran bersama Ustaz Sheikh Abdul Karim Al Makki, Imam Masjid Negeri.

Ustaz sempat memberi tazkirah pendek tentang membaca AlQuran.

Ustaz cakap kalau boleh tengok drama berjam-jam tak kan tak boleh spend at least 1 jam sehari untuk membaca AlQuran. Setepek oiiii kena kat muka den nih ha.

Siapa yang mahir membaca AlQuran, malaikat akan bersama mereka.

2 pahala untuk orang yang membaca AlQuran tetapi tidak lancar dengan syarat perlu belajar (kena bertalaqi):

1. Pahala membaca AlQuran.

2. Pahala belajar AlQuran.

Ustaz berpesan bahawa kita semua sesungguhnya:

1. perlu membetulkan dan memperbaiki tajwid bacaan AlQuran.

2. perlu mencari masa untuk belajar AlQuran. Nih pun kenat setepek gak dekat muka den. Kalau ada masa belajar memasak, wajib ada masa nak belajar tajwid juga kan huhuhuhuhuhu.

3. kalau kita nak cemerlang, kita kena baca AlQuran.

4. kita perlu berusaha untuk mempunyai akhlak AlQuran.

Semoga kita semua akan sentiasa dapat memperbaiki bacaan AlQuran dan akhirnya dapat membaca AlQuran dengan tajwid yang betul sepertimana AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallahu alayhi wassalam melalui Malaikat Jibril.

Bonus untuk kitaorang sebab Ustaz sharekan sedikit azannya seperti di dalam TV9 dan dalam rancangan Upin Ipin.

Korang boleh follow Ustaz di IG beliau www.https://instagram.com/abdulkarimalmakkki ye. 

Entah bila la den nak dengar Taranum jiharkah juz amma oleh Ustaz Abdul Karim Al Makki ni huhuhuhuhuhu.

Disebabkan den duduk di belakang, makanya den tak dapat nak ambil gambar Ustaz dengan jelas. Makanya den cilok la gambar beliau yang ada di internet ye.

0 Comments