The Kabin, Jeram, Selangor

Dah lama den dok berangan nak menginap di The Kabin ni tetapi tak pernah berkesempatan nak booking sebab tempat nih dekat sangat kot dengan rumah family in law. Macam takde motif nak menginap kat sini gittew.

Alih-alih den ada program pejabat iaitu menanam pokok di Pantai Jeram akhir bulan Januari lepas.

Makanya den pun mengambil kesempatan untuk menginap di sini sebab event tanam pokok tuh pagi-pagi buta dan The Kabin ni terletak tak sampai 5 minit untuk ke Pantai Jeram tuh hehehehehe.

Seperti biasa den booking bilik yang paling murah yang available pada tarikh tersebut tapi disebabkan event nya berlangsung pada hari sabtu, harga bilik pun dah jadi harga weekend gitu, mahal sedikit dari harga weekdays.
Alih-alih masa check in dekat The Kabin, the staff at the reception counter told me that the room that I booked, Durban have some technical problem and have to go through some maintenance. So they upgraded us to the Antwerp room, much bigger and pricier room.

Durban has 1 queen size bed. Antwerp has 1 queen bed and 4 single beds with 2 bathrooms and 2 televisions. 

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki kan. Rezeki tak pernah salah alamat.

Den dan keluarga memang berpuas hati dengan The Kabin ni sebab:

1. Kabinnya sebuah-sebuah dengan jarak tertentu. So lebih privacy. Setiap satu kabin tuh macam agak terlindung dari satu sama lain. So nak melepak kat beranda sambil membawang memang best.
2. Bilik yang selesa dan cukup semua kelengkapan, bersih dan kemas serta selesa. Walaupun ianya kabin, tidak terasa sempit. Masih boleh bergerak dengan selesa.

3. Untuk orang yang ada anak-anak di dalam umur suka bergelinjangan di kolam renang, den bagi 5 bintang untuk pool di The Kabin ni. Bersih dan besar. Memang puas hati budak-budak mandi. Ada pool dewasa dan pool kanak-kanak.
4. Cafe terletak betul-betul sebelah pool. So senang la nak order food bila kita melepak tepi pool. Dia hantar plak tuh food kepada kita yang dok bersantai tepi pool tuh. Café juga cater untuk room service sampai 930 malam dengan harga makanan sangat okay, mampu milik bagi penginapan seperti hotel ni. Pilihan makanan pun not bad. Rasa yang memang in sya Allah sedap. Menu yang cater untuk kanak-kanak sehingga la warga emas.
5. Persekitaran yang tersusun, kemas, lapang, low density dan santai. Memang cozy bila berehat kat The Kabin ni. Memang best sangat.
6. Pekerja yang sangat membantu dan berhemah.

7. Kemudahan court, indoor games macam pool table, etc (den tak sempat nak main pun sebab dok kalut dengan kiddos di kolam renang), taman permainan, buku dan novel untuk dibaca, sewaan basikal, hammock, BBQ pit, etc disediakan kat sini.
Sempat budak bertuah ni naik motor ni masa mama dok check in di kaunter
8. Disebabkan kawasan dia comel je, so tak rasa jauh nak berjalan dari lobby ke café ke kabin penginapan. 

Den memang recommend korang datang ke The Kabin nih paling kurang sekali sebab ianya memang worth every penny.

Den happy sungguh dapat bilik Antwerp tuh. 

Katil dan tilam yang empuk dan bersih. Ada air mineral, serbuk kopi dan teh. Disediakan juga kettle.
Kerja depa ni adalah sakan dok panjat naik turun katil 2 tingkat ni
Televisyen yang jelas siarannya dan ada channel cartoon. Penting untuk keluarga dengan anak-anak kecil.
Sejadah, peti sejuk mini dan safety box pun disediakan.

Bilik air walaupun comel lote sangat tetapi okay je sebab shower yang laju, disediakan juga sabun, shower cream dan shampoo. Pengudaraan pun bagus. So tiada bau kepam atau bau tak best di bilik air. Tuala yang disediakan gebu gebas.
Pool dia memang marvelous. Kerja den adalah melepak tepi pool melayan kiddos yang sakan melenjan bergelinjangan di pool tuh dari lepas check in sampai 7 pm. Kalau dibenarkan mandi sampai malam gamaknya, dah tentu depa mandi lagi tu (operasi pool sehingga 7 pm). Esoknya depa terjun pool dari 8 am sampai la nak check out. Memang enjoy habis depa kat sini.

Mandi kat shower ni pun gumbira sangat dah
Den melepak kat kerusi yang disediakan di tepi pool dan membaca buku sambil memantau budak-budak di pool.
Memang mudah sangat bila café tepi pool. Ini penting sebab masa kita pergi pesan makanan tuh, kita boleh jenguk-jenguk sekali budak-budak yang dok bergelinjangan di kolam.
Seronok sangat depa ni lepas makan sesuap terjun dalam kolam. Lepas tuh naik makan lagi. Lepas tuh terjun semula.
Nak melepak makan di café pun okay je sebab disediakan tempat duduk yang memang santai dan sesuai untuk sesi melepak.
Breakfast adalah RM 10 untuk seorang yang mana ada set nasi lemak + scramble egg + 2 roti bakar + 2 sosej + baked bean + kopi/teh. Memang berbaloi sangat k. Sempat juga kitaorang order set lempeng + sambal bilis RM 8.90. Memang tidak mengecewakan.
Breakfast by the pool gittew
Dinner pun not bad. Kitaorang ordered mee goreng mamak dan nasi putih + paprika ayam. Terlupa pula nak ambil gambar.

Kalau melepak di The Kabin ni, boleh ambil angin petang dan makan seafood di Pantai Jeram yang terletak tak sampai 5 minit perjalanan dengan kereta, boleh makan Asam Pedas Sembilang serta lunch sedap di DJeram Greenhouse yang terletak betul-betul di simpang masuk dari jalan besar nak menghala ke The Kabin tuh.

A great place to stay and relax.

Disebabkan kekalutan melayan kiddos mandi pool, den tak sempat ambil banyak gambar termasuklah gambar kabin kitaorang huhuhuhu. Even nak meronda kawasan pun tak sempat. Kena datang lagi nampaknya ni hehehehehehe.

4 comments:

  1. Terima kasih dengan informasi. Manalah tahu tahun ni nak jalan2 kat selangor kan, blh try hotel ni.. Tapi memang kami sekeluarga akan servay dan servay dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah tak akan kecewa dengan hotel ni:)

      Delete
  2. menariknya !! deco dia lawa n ada currrlas. pool tu yang tua ni pun rasa nak
    kuak2 kat situ hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cozy tempat ni. Rasa nak ulang melepak kat sini. Pool tuh memang awesome.

      Delete

Powered by Blogger.