Sementara anak bujang masih nak memerap dengan den dan melayan permintaan den, den minta dia lukiskan semua spesies dinosaurs yang dia tau untuk den simpan sebagai kenangan.

Sejak umur dia 3 tahun dia minat dinosaurs sampai la sekarang. Nama blog ni pun sebenarnya adalah kerana minatnya tuh.

Dia memang hafal nama dinosaurs ni semua.

Walau dah banyak kali dia cerita tentang spesies dinosaurs yang ada, den cuma ingat 5 spesies je iaitu Tyrannosaurus (TRex), Triceratops, Spinosaurus, Brachiosaurus dan Velociraptor.

0 Comments