Dalam hari yang sama trending kisah pelancaran tudung di sebuah kelab malam terbuka di media sosial, mungkin ramai yang tidak terperasan atau terlepas pandang tentang perkara yang sepatutnya @ selayaknya @ sewajarnya lebih trending atau paling kurang menerima vibes trending yang sama iaitu hasil laporan soal selidik tentang kemiskinan di kalangan kanak-kanak di Kuala Lumpur. Laporan tersebut disediakan di dalam Bahasa Melayu iaitu Kanak-Kanak Pinggiran : Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan Dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar Di Rumah Pangsa Di Kuala Lumpur dan di dalam Bahasa Inggeris iaitu Children Without : A Study Of Urban Child Poverty In Low Cost Flats In Kuala Lumpur yang mana laporannya boleh didownload dan dibaca secara percuma di Laporan

Antara penulis yang terlibat di dalam penyediaan laporan ini termasuklah Dr. Muhammad Abdul Khalid yang merupakan pengarang buku The Colour of Inequality Ethnicity, Class, Income and Wealth di Malaysia (Antara Dua Darjat : Agihan Pendapatan di Malaysia) yang telah den ulas di dalam blog nih di dalam 3 entries pada bulan Februari 2018.

Disebabkan den baru sangat membaca buku The Colour of Inequality, secara tidak langsung den terkaitkan fakta yang dinyatakan di dalam buku tersebut apabila membaca laporan Kanak-Kanak Pinggiran setebal 76 muka surat ini.
Gambar ini adalah muka depan laporan yang den ambil daripada website yang berkenaan
Semua fakta dan maklumat yang den nyatakan di dalam post yang den bahagikan kepada 2 bahagian ini dipetik daripada laporan Kanak-Kanak Pinggiran. Kajian soal selidik ini dilaksanakan selama 6 bulan dengan melibatkan 966 isi rumah dan 2,142 orang kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

#Topik serius macam nih selalu buat otak den terpleot sedikit sebab tuh la terjadi panjang berjela ulasannya. Pendapat den di dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pergaulan dan perbincangan bersama my partner in crime.

Laporan Kanak-Kanak Pinggiran yang disediakan dengan lengkap dengan fakta, peratusan dan graf, etc yang ditulis dengan sebegitu baik agar orang biasa seperti den dapat memahami intipati sebenar yang hendak disampaikan.

Semasa den menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2014 kalau den tak silap, ada seorang ADUN (Sri Muda kalau tak salah) yang memberikan hujah bahawa terdapat 5 perkara asas yang tidak boleh dikompromi oleh Kerajaan (tak kisah la Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri ke) iaitu kesihatan, keselamatan, pendidikan, makanan dan lagi satu den tak ingat apa (dah tak jumpa cari nota contengan den tuh). Bila den baca laporan Kanak-Kanak Pinggiran ini, den teringat perkara yang dinyatakan oleh ADUN tersebut.
Terdapat pelbagai fakta di dalam laporan ini. Den cuma nak highlightkan beberapa perkara. Yang selebihnya mohon baca sendiri. Please spare some time to read this report. Kalau boleh spend masa tengok movie Black Panther lebih daripada sekali (siapa la gamaknya tuh ye), seharusnya ada masa untuk membaca laporan ini yang paling lama 2 jam untuk menghabiskannya.

Di bawah sub-topik Kemiskinan dan Penafian Hak, laporan ini menyatakan bahawa walaupun angka rasmi menunjukkan kemiskinan di Kuala Lumpur telah dihapuskan, berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan mendapati 7% responden hidup di bawah garis kemiskinan dan 85% dianggap miskin secara relatifnya. Terkejut ke? Ini baru kaji selidik ke atas 966 isi rumah. Kalau kajian seumpama ini dilaksanakan di setiap daerah di setiap negeri di Malaysia, macam mana pula fakta dan peratusannya kan?

97% daripada responden memaklumkan bahawa harga bahan mentah makanan sangat tinggi. Inilah sebabnya di dalam kebanyakan perbahasan berkaitan ekonomi, perbincangan tentang peruntukan @ bajet, etc, kita selalu cakap Kerajaan memberi perhatian kepada isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Nak suruh berjimat cermat jangan makan di luar bagai tapi kos bahan mentah tinggi. Tengoklah harga ikan dan sayur-sayuran sekarang. 

Kurang 4% yang menerima bantuan zakat atau daripada JKM dan 34% pendapatan isi rumah tidak menerima BR1M. Persoalannya kenapa mereka yang termasuk di dalam peratusan ini tidak mendapat bantuan zakat, JKM dan BR1M sekiranya mengikut syaratnya mereka layak menerima bantuan tersebut? Adakah mereka tidak tahu tentang bantuan yang layak mereka terima @ prosedur nak mendapatkan bantuan tersebut rumit untuk mereka (terlalu banyak birokrasi, too many forms to be fill up, kena isi permohonan through online yang mereka tak familiar @ tak tahu, etc) @ mereka sendiri yang tidak berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut @ mengharapkan bantuan sampai di depan rumah ke macam mana? 

How to address or solve this issue? Improve the standard operating procedure (SOP) oleh agensi terlibat (Pusat Zakat dan JKM)? Inisiatif pemimpin setempat menjadikan agenda untuk memastikan semua yang layak dapat bantuan mendapat bimbingan sehingga berjaya mendapatkan bantuan tersebut sebagai salah satu KPI beliau? Kalau ianya disebabkan oleh sikap @ attitude responden sendiri yang tak nak berusaha nak mendapatkan bantuan itu adalah yang paling sukar hendak dibantu.

33% daripada responden tidak mempunyai KWSP, Perkeso, insurans perubatan dan nyawa. Insurans perubatan dan nyawa ni bukan kata orang dalam kaji selidik je yang takde, rasanya ramai middle class income group pun tiada perkara ini (den rasa daripada pembacaan dan pergaulan den tapi still need to be verified by actual facts). Kalau dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jangan cerita bab keperluan insurans perubatan dan nyawa nih la kan, kita tanya dulu tentang aspek simpanan. Kalau simpanan pun takde (berdasarkan kajian soal selidik ini, 77% tiada simpanan), macam mana nak sembang pasal insurans perubatan dan nyawa.

Tentang ketiadaan KWSP dan Perkeso, adakah disebabkan jenis pekerjaan itu sendiri tiada peruntukan caruman KWSP dan Perkeso atau majikan terlepas pandang @ cengkelat dalam membuat caruman KWSP dan Perkeso pekerja yang tersebut?

22% isi rumah mempunyai keluarga yang terdiri daripada tiga generasi (atuk, nenek, ibu bapa dan anak-anak). Boleh bayangkan tak betapa crowdednya space yang sekangkang kera (keluasan sebuah rumah di flat kos rendah ada yang 550 kaki persegi tapi dalam kajian ini tak pasti berapa purata keluasan rumah yang terlibat) diduduki ramai penghuni. 

In sya Allah akan disambung di dalam bahagian 2 ye.

Untuk menutup bahagian pertama ini, den harapkan sesiapa yang terjumpa post den nih agar dapat meluangkan masa membaca Laporan Kanak-Kanak Pinggiran @ Children Without ini agar kita sama-sama dapat membaca reality kehidupan di bumi Malaysia. 

Laporan ini telah disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, so rasanya tiada alasan la macam ‘den tak beberapa faham Bahasa Inggeris atau walaupun saya rakyat Malaysia tetapi saya tidak tahu @ tidak fasih @ tidak faham Bahasa Melayu’.

Please read the report.

4 Comments