Hotel nih terletak jauh sedikit dari Pekan Gelang Patah tetapi masih di lokasi yang tetap okay (tidak mengerikan) kerana dikelilingi oleh pelbagai lot kedai dan kawasan perumahan.

Hotel yang baru beroperasi selama satu (1) tahun. So serba serbi masih baru.

Walaupun ianya merupakan hotel bajet, hotel ini mempunyai kelengkapan yang sebahagiannya melebihi hotel berbintang yang lain.

Lobinya yang luas menyediakan dua (2) ruang untuk kita melepak dan menunggu giliran untuk berurusan di kaunter.

Di lobi juga disediakan computer untuk kita gunakan. Dah lama kot tak jumpa hotel yang sediakan perkhidmatan macam ni. Mungkin orang dah tak heran kot sebab hampir semua orang dah ada laptop sekarang nih kan den still suka ada perkhidmatan macam ni sebab bagi kita option in case laptop kita terpleot, etc.

Hotel ini sesuai untuk keluarga dengan anak kecil, warga emas dan OKU sebab ada perkhidmatan lif. Jalan nak ke lif pun mengambilkira keperluan OKU, kerusi roda dan stroller. So thoughtful kan.

Biliknya sederhana besar, sesuai untuk family of four macam kitaorang ni. Hiasan dalam bilik yang ringkas. Siaran televisyen yang sangat jelas. Cumanya televisyen dia pakai teknologi yang tekini, makanya terkebil-kebil juga la kitaorang nak setting televisyen tuh untuk dapatkan siarannya. Old skool memang macam nih. Katil dan bantal yang empuk. Memang best je.

Bilik air pun selesa. Pressure air shower yang kuat. Water heater yang berfungsi.

Yang paling best adalah free wifi dia yang super laju. Serious sangat laju. Sangat best untuk download macam-macam.

Di luar bilik disediakan water dispenser Coway untuk kita dapatkan air panas dan air sejuk. 

Hiasan di dalam hotel ni simple dan ala-ala British. Sweet sangat.

Di sekitar hotel terdapat kedai makan, dobi, kedai cuci kereta, etc.

Dalam 3 hotel yang kitaorang menginap sepanjang percutian kali ni, hotel nih yang terbaik. 

4.5 stars untuk hotel nih.
Masa geng camnih la elok berkawannya
Menyorok dalam almari nih pun dah cukup happening dah untuk diaorang nih

0 Comments