Sembang

Semalam masa dok melepak dengan buong, den baru bagitau dia yang den berjaya beli tiket konsert Bruno Mars tuh.
 
Den : Mama dah beli tau tiket konsert Bruno Mars tuh.

Buong : Tercapai jugak la ye hasrat mama tuh nak tengok konsert Bruno Mars. Idaman mama tuh. 

Den : Ha…..jenuh jugak nak dapat beli tiket tuh. (Den pun cerita la kronologi pembelian tiket tuh sampai berjaya kat dia).

Buong : Hahahhahaha…..jenuhnya la hai nak beli tiket tuh. Berapa rege tiket tuh?

Den : Amik tiket yang paling murah tapi ada transaction fee + GST bagai jadi la rege RMXXX.
Buong : Memang mama patut pi sorang je la sebab mahai tiket tuh. 

Den : 14,000 tiket konsert tuh abis terjual dalam masa 45 minit.

Buong : Mak aiii….ramai je orang nak tengok konsert dia.

Den : Yang beli tiket tuh bukan dari Malaysia je kot sebab dia baru announce 2 tempat nak buat konsert kat Asia nih, Kuala Lumpur dan Manila. Mungkin ada orang Singapore, Indonesia, Thailand, etc yang beli gak tiket tuh. Ingat tak hari tuh konsert Coldplay kat Bangkok? Kan ramai orang Malaysia pi sana semata-mata nak tengok konsert tuh. 

Buong : Si XYZ tamau ikut pi tengok konsert tuh ke? (XYZ adalah member den yang bengong).

Den : Ala….XYZ tuh memang la kedekut piang. Memang mampuih la dia nak spend duit beli tiket teman mama. Memang takde harapan la dia tuh.

Buong : Hahahahaha….XYZ tuh apa yang kedekut no…banyak duit kot. Konsert dia berapa jam?
Den : Rasa 1 jam. Mula pukoi 8.30 malam.

Buong : Nanti papa anto dan amik nanti.

Den : Ha…nanti tengok kalo ada LRT ke komuter kot-kot dekat situ, tak payahlah papa amik. Nanti tunggu kat komuter Shah Alam je la.

Buong : Ha….nanti siasat tau. Nanti jangan lupa rekodkan konsert tuh. Bley la papa tengok kengdian.

Den : Ha…tengok nanti camne sebab dari seat tuh memang la nampak Bruno Mars besaq semut je kot tapi agaknya ada la kot depa pasang layar gergasi.

Buong : Rekodkan kat layar gergasi tuh pun takpe.

Den : Alrite.

Buong memang camtuh la. Jarang sangat buong tak support apa yang den nak buat or minat walopun kadang-kadang benda tuh melagho, tak mendatangkan hasil, etc. Biasanya memang dia layankan je coz dia tau dah bini nih memang terpleot perangainya.

I am so lucky to have him in my life.

No comments:

Powered by Blogger.