Hop On Hop Off London

Kalo mai London tak pi naik bas hop on hop off dia tuh macam tak lengkap plak ye.

Ada beberapa syarikat bas berbeza yang menguruskan program menengok bandar London dengan bas double decker nih.

Bas yang kitaorang naik nih ada dibagi earphone untuk kita dengo penerangan setiap lokasi yang kita lalu dan bley turun untuk berjalan tuh. Ada pilihan bahasa kat panel belakang setiap kerusi kat bus tuh. Cumanya masa kitaorang naik tuh, penerangan bagi setiap yang kitaorang lalu tuh tak sama dengan penerangan kat bas tuh (mungkin masalah sistem gamaknya).

Sudahnya den tutup je la penerangan kat bus tuh dan tengok pemandangan je la sambil agak-agak tempat yang kitaorang lalu tuh berdasarkan route map yang dibekalkan tuh.

Tiket untuk 1 hari nih yang berharga 100 pound (RM 550) nih boleh digunakan untuk pusing London ikut route yang dah disediakan mapnya dan berhenti di mana-mana stop yang kita nak dan naik semula di mana-mana stop yang dah ditetapkan sepanjang 1 hari tuh.

Rasanya kitaorang naik bus tuh dekat-dekat dengan King Cross’s Station lepas balik dari London Canal Museum tuh. Dari situ kitaorang stop untuk lunch fish and chip yang gila babi besaq yang walopun den dah paksa makan sampai nak termuntah, masih tak berjaya nak makan sampai abis.

Sempat singgah kat satu kedai buku sebab consultant nak cari buku pasal Thames River. Den jumpa macam-macam permainan bertemakan Harry Potter kat kedai buku nih. Boxset buku-buku Harry Potter pun ada macam-macam jenis. Kalo best friend masih belum bagi boxset HP kat den, mau den beli kat sini dan claim kat dia kengdian hehehehehe.

Lepas lunch tuh, kitaorang naik semula bus hop on hop off tuh dan turun kat Buckingham Palace. Sempat amik gambo sekupang dua je kat Buckingham Palace sebelum naik bas semula dan turun di stop terakhir iaitu tempat shopping di Oxford Street di mana den shopping sekupang je pun sebab kebanyakan barang adalah mampu tengok.

Best je la naik bas hop on hop off nih especially kalo cuaca cantik dan kita dapat tengok pemandangan dari tingkat atas bus yang takde bumbung tuh. Dapat tengok view dari paras tinggi dari aras tanah biasa.

Kalo datang melancong sendiri sila la spend 1 hari untuk naik bas hop on hop off mengelilingi kota London tuh ye sebab tiketnya mahai yang amat. Memang rugi besaq kalo naik bas tuh sekupang dua je macam kitaorang sebab dok kejar masa.

Balik daripada sesi hop on hop off nih kitaorang pi cari kedai jual makanan Melayu. Jumpa satu kedai nama Melur. Memang heaven sangat la kan dapat makan nasi dan asam pedas.
Dah tak toleh kiri kanan bila dapat makan nasi + asam pedas + kangkung belacan + tomyam campur + telur dadar. Heaven sangat perasaannya lepas dah 4 hari dok makan ala western je. Memang dah dasar perut & tekak orang kampung.

No comments:

Powered by Blogger.