Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
Semoga dipermudahkan semua urusan.
Semoga Sabtu dan Ahad kita molek-molek belaka ya.
Den hendak kongsikan resensi sebuah buku yang den berkenan dooh pada tahun 2026 ini.
Panjang resensi buku yang sebuah ini.
Semoga bertabah membacanya😅 .
📘Quran and Cricket - Travels through the madrasahs of Asia and other stories
✍️Farish A Noor
📖288 mukasurat
🏫Koleksi sendiri (pre loved RM1)
The biggest giant-slayer of them all, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. As long as this man is alive, there is no way that Kelantan will fall to any party save PAS.
Mac 2008 - PRU Kelantan.
Mac 2008 - PRU Kelantan.
Tidak tahu kenapa bila baca ayat ini berkaca-kaca pula mata.
Mungkin sebab semakin tua.
Mungkin juga sebab merindukan aura ulama' zaman dulu seperti arwah Tok Guru Nik Aziz, Dr Harun Din, Ustaz Fadzil Nor, dsb.
Buku yang den beli dengan harga RM1 daripada koleksi pre-loved book oleh @mybooq ini adalah antara buku yang membuatkan den terkesima dan perlu jeda sepanjang pembacaan kerana topiknya banyak meruntun jiwa sebab melibatkan isu kemanusiaan.
Buku travelog penulis ini adalah tentang pengalaman beliau menjelajah ke negara-negara di sub-benua India dan Asia Tenggara dari 2004 - 2009 semasa membuat penyelidikan tentang madrasahs (Islamic seminaries), perkaitan sejarah antara pusat pendidikan Islam, membuat kajian perbandingan kuil-kuil Sinhalese masjid-masjid tradisional Melayu-Jawa, memberikan ceramah, berbengkel, mencari diri sendiri, berdamai dengan takdir, dsb.
Quran and Cricket adalah sebuah travelog merentasi Kahsmir, Uttar Pradesh, Pakistan, Sri Lanka, Saigon, Turkey, Jogja dan Solo, Patani, Jala, Narathiwat, Selatan Thailand, Kelantan dan Terengganu yang bukan sahaja menunjukkan sisi dunia yang membuatkan hati tercopot tetapi juga akan menyebabkan kita tertanya-tanya di manakah nilai kemanusiaan.

Sebagai seseorang yang agak berminat dengan geopolitik dunia, pengembaraan penulis amat dekat di hati.
Penulis bercerita dari hati tentang percaturan kuasa-kuasa besar dunia yang melayan negara-negara lain seperti bidak di papan catur, membawa pembaca berdepan dengan realiti kehidupan manusia yang terperangkap di dalam pertelingkahan ini.
Mengingatkan den kepada trilogi buku Dunia Tanpa Tembok.
Tiga perkara yang paling terkesan di hati den adalah:
💔 Realiti Madrasah
Penulis mengatakan heartbreaking truth tentang madrasah di Uttar Pradesh dan Patani yang beliau lawati. Sebahagian anak muda di sini datang daripada keluarga susah yang menyertai madrasah untuk perlindungan, makanan dan pelajaran. Mereka tidak mahu menjadi jihadis pun.
🎨 Ada Apa Dengan Jogja
Yogyakarta yang merupakan negeri yang penulis sering kembali kerana nilai seninya seperti wayang kulit, barangan antik, dsb mengingatkan den kepada satu ayat "Jogja menulis kerana cinta."
🕊️ Aura 2 orang pemimpin tersohor Nusantara
Penulis berjumpa dan mendengar pandangan Ustaz Abu Bakar Ba'ashir tentang Islam yang diharapkan dapat direalisasikan di Indonesia terutamanya Jogja sebanyak 5 kali.

Penulis berkesempatan melihat aura kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat semasa membuat liputan PRU 2008 di Kelantan.
Walaupun penulis dihalakan dengan senapang semasa minum di sebuah warung di Selatan Thailand, pengembaraan beliau ke Pakistan pada 2004 paling mendebarkan hati den.
Penulis berjumpa dengan ketua penyeludup pelbagai barangan termasuk senjata, melawat kem pelarian dan kena diarhea selepas minum secawan teh di situ, dibawa ke sarang dadah dan ditawarkan untuk rasa hashish kelas pertama, berjumpa dengan bekas guerrilla fighter, wartawan yang hampir terbunuh semasa pemerintahan Zulfikar Ali Bhutto, mendengar khutbah Jumaat yang ekstrem sampai dia tinggalkan masjid, pengalaman first hand melihat perbezaan kasta antara 'kings and beggars', berjumpa dengan pemimpin pergerakan dan parti Islam, dsb.
2005 Utar Pradesh, India Utara. Penulis terpaksa tidur satu malam di atas lantai asrama bersama-sama dengan pelajar madrasah Darul Uloom Deoband yang dibina pada 1867 semasa beliau bekerja di sana kerana temuramah dengan pelajar-pelajar tersebut diakhiri dengan sesi kenduri mangga😅yang menyebabkan penulis terlepas waktu untuk balik ke rumah tumpangannya apabila pagar dikunci.
Penulis minum 10 cawan teh chai setiap hari sebab panas lit-lit.
Ada pelajar yang dihantar dari Manchaster,UK untuk belajar di sini mengatakan madrasah tersebut "This is the Oxford of madrasahs".
Antara alumni madrasah ini adalah arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Langsung den teringat betapa sederhananya arwah Tok Guru di dalam pemakaiannya, rumahnya, makan minumnya semasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Kelantan.
2006 Kashmir. Penulis menyertai misi bantuan kemanusiaan selepas peristiwa gempa bumi di Chikar pada bulan Ramadan, Oktober 2005. Beliau berjumpa dengan beberapa orang penduduk yang terselamat.
Kumpulan pejuang militan yang pertama kali tiba di kawasan terkesan dan menjalankan misi menyelamat. Mereka turut membangunkan pusat pengedaran makanan, klinik, dsb.
Penulis melihat kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi tersebut yang menyebabkan banyak nyawa terkorban, membinasakan penempatan dan kemudahan awam, dsb, perbincangan dengan ahli akademik Kashmir yang mengatakan Kashmir sebenarnya adalah wilayah berdaulat bukannya sebahagian daripada Pakistan atau sebahagian daripada India walaupun Kashmir terbahagi kepada dua iaitu Pakistan-administered Kashmir dan Indian-occupied Kashmir.
Persengketaan antara Pakistan dan India tentang kekuasaan ke atas Kashmir menyebabkan Kashmir tidak dapat berkembang dan maju mengikut blue print yang mereka harapkan.
2006 Jogja dan Solo, Jawa Tengah, Indonesia.
Majlis Mujahiddin Indonesia memberi bantuan membina rumah buluh secara DIY untuk 3000 keluarga yang terkesan dengan gempa bumi.
2006 - Sri Lanka. Negara yang terkenal dengan teh, pemandangan gunung ganang memukau dan pantai yang molek ini dibelenggu oleh persengketaan di antara etnik-agama yang mengakibatkan pertumpahan darah yang berpanjangan.
Semasa penulis berkelana di Sri Lanka termasuk ke Temple of the Sacred Tooth di Kandy, Mahastupa di Anuradhapura dan sleeping Buddha di Polonaruwa, hampir setiap hari seorang askar dan polis dan ramai orang terbunuh akibat pertelingkahan yang tidak berkesudahan itu.
2007 - Saigon. Perubahan yang terpaksa diikuti oleh penduduk yang dijajah oleh Perancis, melalui zaman pemerintahan Veit Cong, puisi dan ucapan oleh Uncle Ho yang semakin dilupakan, dsb
2007 - Turkey. Masih ramai rakyatnya yang mengagungkan kegemilangan pemerintahan Ottoman yang telah lama berakhir dan memejam mata terhadap legasi Armenian dan persoalan tentang Kurdish disenyapkan.
2007 - Amsterdam. Isu penduduk tempatan dan mereka yang berhijrah ke Amsterdam yang tidak bercakap sesama mereka dan banyak mencurigai di antara satu sama lain.
2005 Patani, 2008 - Patani, Jala, Narathiwat, Selatan Thailand - isu pertembungan penduduk Muslim dan Kerajaan Thailand yang tidak berjumpa titik persetujuan tentang penduduk Muslim di Selatan Thailand boleh menerima peraturan untuk menjadi rakyat Thailand tetapi mereka tidak mahu dipaksa berasimilasi mengikut budaya Thailand.
Truly a masterclass in empathy and a vital read for anyone wanting to look beyond the headlines. 📚
Masa mula-mula den baca nama pengarang buku ini, den terfikir adakah penulisnya Cat Farish Ruffedge.
Yang kuban-kuban aje den ini ye😅.
Penulisnya adalah seorang ahli akademik, sejarah dan sains politik serta seorang aktivis.
Bila tengok YouTube TedTalk nya memang bukan kaleng-kaleng orangnya ini.
Tapi gambar beliau di kulit buku ini memang ada iras Cat Farish di zaman kegemilangan Ruffedge😅.
Buku travelog penyelidikan akademik yang membuatkan den google banyak perkara seperti sejarah perang dan penjajahan, dsb.
Jaga diri semua.

Menariknya buku ni! Pernah dengar nama penulis ni, hebat juga orangnya.
ReplyDeleteOrang hebat menulis pun mantap
DeleteMana ada orang boleh lawan TGNA... saing dekat pun takde...
ReplyDeleteBetul tuh....memang legendaris seorang TGNA...
DeletePengembaraan penuh kenangan dan pengalaman
ReplyDeleteItulah adventure sungguh pengembaraannya
DeleteMenariknya buku yang KSarie ceritakan ni. KSarie selalu jumpa buku yang menarik-menarik ni. Saya kalau cari, macam tak jumpa pun satu yang boleh dibawa balik. 😅
ReplyDeleteBuku yang KSarie bagi pada saya, Travelog Haji tu, saya sudah lama habis baca. Terkesan juga, dengan amalan dan banyak tips dalam buku itu. Lepas tu, blogger NA ada tinggalkan komen di blog lama saya, yang penulisnya, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim sudah tak ada. Saya baru tahu. Banyak tips yang dikongsi arwah kalau kita buat dan amalkan, memang magik la, bagi saya. Terima kasih kerana kongsi pada saya, buku yang sangat bagus, dan saya hargai sangat. 🤗
Arwah Prof Dr Muhd Kamil semasa di hujung hayatnya tetap tidak tinggal solat malam walaupun bertarung dengan kesakitan dan berada di atas katil di hospital. KSarie tulis ni pun berkaca-kaca mata sebab dok terfikir ada ke idok rezeki hendak rasanya manisnya iman seperti arwah.
Deletebuku yg menceritakan kisah pengalaman penulis ni memang menarik. banyak pengalaman unik yg kita dpt ambil
ReplyDeleteGenre buku macam ni memang kegemaran KSarie
Delete