DinoHauz atau Anjali, Jerebu dan Lupa

Assalamualaikum. 

Apa khabar semuanya? 

Diharap semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan urusan.

Gambar di bawah ni adalah dari pejabat den pada pukul 1.23 pm.

Bacaan IPU untuk Shah Alam pada hari ini adalah antara 170-179 (kategori tidak sihat).

Jaga diri semuanya ye lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang sebegini rupanya. 

 

Telefon den baru ini kena reformat.

Sekali eh bila buka blog di handphone dia terus setting pada akaun gmail Anjali😅. 

Adoi la....akaun ni den buat sebagai simpan benda merapu-rapu.

Jadi kalau lepas ni kome tengok di blog kome daripada Anjali maknanya ia juga adalah DinoHauz ye.

Adoi la haru sungguh😅.  

 

Sekarang ni den cepat betul lupa.

Tadi tiba-tiba ada parcel sampai di ofis.

Bila buka eh buku-buku yang den pesan di BookXcess.

Terlupa langsung tentang ini. 

Buku favourite den memang genre travel dan makanan

Terlupa terus nama seorang officemate bahagian pentadbiran sampai kena tanya team member.

Tadi team member cakap pasal mesyuarat petang esok. Udah den terkebil-kebil tidak ingat mesyuarat apa.

Kadang-kadang terlupa berapa rakaat sudah solat.

Selalu sangat terlupa di manakah cermin mataku dan handphone begitu. 

Bak kata Fauziah Latiff Tua Mengejar Kita ye.

 

In sya Allah nanti den blogwalking ke blog kawan-kawan ye. 

Semoga semuanya berakhir dengan baik untuk kita semua ye.

Jaga diri semua. 

22 comments

  1. nampak teruk tahap jerebu tu.. memang banyak kawasan yang berada tahap tidak sihat akibat kesan kebakaran hutan rentas sempadan.. tempat saya pun bacaan indeks 155 - 167.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini IPU Shah Alam masih tidak memberangsangkan di antara 147 - 174. Semoga cepat jerebu ini akan segera berlalu. Udah sakit tekak, pedih mata segala ni huhuhu

      Delete
  2. Itu la akak dok wonder, sapa la Dino sapa la anjali ni. apa2 pun tq ye sudi singgah blog akak. tq so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Suka tengok gambar pemandangan cantik Kashmir di blognya

      Delete
  3. Hai Anjali, Rahul here 😂

    Gara-gara handphone baru rupanya hikhik... Ingatkan kita ada follower baru dekat blog ahak!

    Begitulah, tua mengejar kita kan... Lupa sana, lupa sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaah langsung segan kita pasal Anjali tu😄

      Delete
  4. Keningau dah hujan.harap jerebu dah tak tebal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah Alam masih tidak sihat bacaan IPU hari ini huhuhu

      Delete
  5. kena bykkan makan kismis tu agar mudah mengingati benda tu. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehh takutnya kencing manis sudahnya tetapi tetap terlupa di sana sini begitu😅

      Delete
  6. Menarik ilustrasi dua buah buku yang atas tu, ceria.
    Saya pulak, jarang berbual dengan orang. Jadi bila sesekali berbual tu macam hilang perkataan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha buku untuk anak-anak memang menarik sampai KSarie yang tua ni pun berkenan sekali hehehehehe

      Delete
  7. Semoga cepat2 la pulih jerebu ni.

    ReplyDelete
  8. Travel activity book itu tentang apa kak? Menarik nampaknya ...

    Kalau saya sering lupa tentang taro kacamata di mana, atau rakaat. Masalah berarti kita. Dah berusaha sangat khusyuk, tetap saja kadang2 terlupa 😵‍💫😔. Macam mana yaaa bisa fokus dalam sholat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel activity book itu lebih untuk anak-anak sebenarnya😂Cantumkan titik-titik membentuk bangunan, mewarna, maklumat lapisan langit, melukis, etc. Itu la Fanny. KSarie pun tidak tahu bagaimana mahu fokus solat huhuhu

      Delete
  9. Waalaikumsalam KSarie. Sama lah ni juga dikejar tua. Take care ya masih jerebu sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Shah Alam ini masih terpleot jerebunya agak pekat begitu

      Delete
  10. Saya pun jnis cepat lupa. Nak salahkan covid boleh tak, barangkali tu punca saya jadi brain fog huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha boleh jadi juga kan? Tak tau ada ke idok kajian dibuat atas impak covid dan kesan vaksin covid kepada kita semua

      Delete
  11. Ooo tu yang keluar nama Anjali... kemain curlasss namanya😆

    ReplyDelete