Assalamualaikum.
Apa aktiviti kome di hari Ahad ini?
Adakah membawa anak-anak berjimbaan sempena hari terakhir cuti sekolah?
Den bersantai-santai sahaja dengan anak-anak di rumah.
Den hendak berkongsi tentang sebuah kedai buku indie BUKUDITERAS yang terdapat di Depok, Indonesia.
Disebabkan den ini terpleot bab geografi, den ingatkan Depok ini di dalam Jakarta juga.
Rupanya idok ye😅.
Patut la cowok gojek tanya den 3,4 kali 'apa betul mbak mau ke Depok naik sapeda motor ini?. 1 jam baru kita bisa sampai ke sana.'
Den dengan confident nya cakap 'ngak apa-apa Mas. Yuk terus aje kita'.
Hahhahahaha....bila sampai Depok memang kematu bontot duduk atas sapeda motor 1 jam😅.
Agak sesat barat mencari toko bukunya sebab dia terletak di dalam kawasan perumahan.
Dengan lebih tepat lagi, toko buku ini adalah rumah seorang penulis buku.
Nasib baik la cowok gojek itu begitu cekap bertanya arah jalan.
Seusai sampai di toko BUKUDITERAS, cowok gojek cakap dia tunggu aje la den untuk dihantar semula ke Jakarta nanti.
Jadinya semasa den di toko buku ini, cowok gojek pergi minum di warung dekat dengan toko buku ini.
Toko BUKUDITERAS ini adalah sangat comel kerana toko bukunya terletak di ruang tamu rumah penulis.
Memang comel tetapi tetapi nyawan dan welcoming.
Pilihan buku walaupun agak terhad tetapi tajuk buku-buku yang ada di sini memang unik.
Sejenis mengundang rasa hendak beli banyak buku di sini😅.
Semua hiasan yang ada di toko buku ini buat den rasa hendak belek satu-satu sebab kena dengan jiwa orang suka buku begitu.
Memang slow life feeling kalau dapat membaca buku di sini sambil menghirup teh o panas begitu perasaannya.
Ada seorang pekerja bernama Minras yang sedang bertugas di toko buku yang sangat comel ini.
Sejenis toko buku yang molek untuk melepak tengok judul-judul buku yang ada di rak.
Sebelum datang ke sini den telah whatsapp Minras bagitau buku apa yang den cari dan minta beliau simpankan.
Kata Minras toko buku ini adalah rumah kepada Muthia Esfand, penulis buku Dari Toko Buku Ke Toko Buku (DTBKTB).
Boleh baca resensi den tentang buku ini di SINI.
Tujuan utama den datang ke toko BUKUDITERAS adalah untuk membeli buku DTBKTB ini.
Katanya kebetulan Mbak Muthia nya ada di rumah.
Nanti dia panggilkan.
Ahhhh sudah....den ni udah la introvert.
Tiba-tiba ada sesi suai kenal dengan penulis buku pula secara tiba-tiba.
Tercopot sekejap jantung😅.
Mbak Muthia (pemilik toko BUKUDITERAS, penulis buku, editor buku, dsb) ini ramah tamah dan welcoming sangat.
Den yang terkebil-kebil hendak berkomunikasi😅.
Terkujat dia den naik gojek datang ke toko bukunya😅.
Mbak Muthia siap bawa den tour the house lagi.
Ada susunan buku The Alchemist oleh Paolo Coelho dalam pelbagai bahasa kerana buku itu sangat diminati oleh Mbak Muthia.
Siap dia hidangkan teh o panas dan kek gulung lagi.
Punya la den blur-blur sampai Mbak Muthia tanya 'mahu saya sign pada kedua-dua buku yang dibeli?'
Biasanya selalu kalau terjumpa mana-mana penulis yang bukunya ada di tangan kita, kita akan minta mereka tandatangan dan kalau sempat tulis kata-kata hikmah ke apa.
Tapi disebabkan den udah blur, begitulah kejadiannya😅.
Rezeki dapat mendengar Mbak Muthia bercerita tentang buku, toko buku, pengalamannya, dsb dalam 30 minit.
Terima kasih di atas kesudian menyantuni den ini.
Sempat den membeli 11 buah buku + book sleeve + tote bag di sini😅.
Usah ditanya tentang damage to the wallet😅.
Termasuk sebuah lagi buku karya Mbak Muthia iaitu Cerita-Cerita Makanan.
Antara buku favourite den juga ni.
Boleh baca resensinya di SINI.
Udah la naik sapeda motor kan, sakan pula den membeli belah ye😅.
1 jam lagi perjalanan pulang ke Jakarta.
Sebenarnya boleh je naik komuter atau bas sebagaimana Mas Fajar pernah cerita di dalam blog nya kalau hendak ke Depok dari Jakarta tetapi itu la den itu malas hendak study the route bagai😅.
![]() |
| Bersama the talented Mbak Muthia |
Den happy dapat pergi ke toko buku indie, beli buku yang den memang harap dapat jumpa sejak dari Malaysia lagi, tiba-tiba terjumpa penulis buku dan dapat beli buku yang den tidak sangka akan terjumpa.
Saya adalah seorang manusia yang gembira pada hari itu walaupun bontot kematu duduk lama di atas sapeda motor😅.
















1 jam naik motor? kental sungguh ni. kalau saya rasa nak patah pinggang xD
ReplyDeletemesti mbak muthia tu lagi terharu bila ada orang malaysia yg sanggup dtg jauh2 utk ke toko buku dia. cerita-cerita makanan tu nampak bestlaaa
Ha itu la kan...gigih ye naik motor 1 jam😅Buku Cerita-Cerita Makanan tu memang molek sungguh♥️
DeleteSeronoknya, bukan saja dapat beli buku banyak yang KSarie suka, dapat juga jumpa pengarang bukunya sekali. Oh, dapat bayangkan camana duduk 1 jam atas motor. Saya biasa buat dulu, masa zaman bujang, zaman bercinta. Siap pakej kebas-kebas pipi sebab angin kuat, tak pakai helmet ada visor. 😂 Eh, cover depan buku tu cantik. Tapi saya ada masalah sikit kalau baca buku bahasa Indonesia. Kalau tengok sinetron pun, saya kena tengok yang ada sarikata untuk faham. 🙈
ReplyDeleteHa cabaran membaca buku Indonesia adalah ada kosa kata yang kita tidak faham dan terpaksa google. Tetapi sebab buku-buku mereka menarik, KSarie usahakan juga membacanya
Deletebestnya.. naik sapeda bukan halangan untuk shopping
ReplyDeleteHa...suka naik sapeda motor sebab cepat sampai di sana sini
DeleteAdeh, kebas vontot sejam atas motor. Anda mmg random & adventurous la KSarie hihi ...
ReplyDeleteUntung sangat dapat jumpa & get to know the author in person gitu kan
Ha...bak kata chat GPT a wanderer sakan merayap tak ketahuan😅Ha rezeki dapat jumpa author nya
DeletePart terbeli 11 buku tu memang bukti pencinta buku tak boleh dicabar!
ReplyDeleteShopping buku macam kan ada sugar daddy sponsor je gayanya😅
DeleteHahaha..tergelak kita. Rider gojek pun heran sampai tak percaya kan. Syukur sampai tapi bab kematu tu memang tak dapat dinafikan lah kalau dah lama duduk atas motor.
ReplyDeleteBagusnya dia tunggu dan nak hantar semula. Wahh dapat pulak tu jumpa dengan penulisnya sekali dan tour kawasan. Rezeki sangat kan. Shopping sakan tu haa, dia punya shopping lupa pulak naik motor. 🤦♀️
Itu la Fizah....bila nak bawa balik semua buku tuh udah macam eh nak letak dekat mana ye buku-bukunya. Nasib baik rider Gojek cemerlang bab membawa barang😅
DeleteAhad tu padat aktiviti kami. Brisk walk di pantai, pasar tani, movie dll 😍😍
ReplyDeleteWah tumpang seronok dapat ke toko ni, juga dapat bertemu mata dengan owner dan penulis, juga tour sekitarnya. Beli je takut menyesal nanti kan 😄😄
Alhamdulillah rezeki KSarie dapat pi toko buku ni walaupun jenuh naik sapeda motornya😅
DeleteWaaaah kakaaaak, 11 bukuuuuu😱😱😱. Tak exceed kah bagasi hahahahahha.
ReplyDeleteDepok tuh dah masuk propinsi Jawa barat 🤣🤣. Memang bukan jakarta lagi.
Buatlah plan ke JKT kak, nanti saya ajak keliling2 dari jakarta sampai Bogor utk masuk ke cafe2 buku di sini 😍😄😄.
Tak bisa saya bayangkan naik motor ke Depok hahahahah. Saya saja tak pernah 🤣.
Eh kita samaaa, saya nih walau banyak sukaaa dengan penulis2 atau penyanyi, tp ntah kenapa tak ingin ketemu langsung. Krn saya tak tahu nak cakap apa kalau jumpa 😂
Hahahahah itu la kan Fanny. Main ikut suka aje KSarie ni naik gojek jauh-jauh begitu😅In sya Allah Fanny ada rezeki ke Jakarta nanti KSarie roger Fanny untuk jalan-jalan ke toko buku dan juga book cafe.
Delete