Makan Tengahari di Little Ipoh Cafe, Seri Iskandar, Perak

Assalamualaikum.

Apa khabar di hari Isnin yang indah ini?

Macam mana hari minggu kome? 

Semoga semuanya molek-molek belaka ye.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, in sya Allah. 

Den sekeluarga makan tengahari di Little Ipoh Cafe di Seri Iskandar, Perak.

Dia kalau makan di tempat selain kedai mamak dan kedai tomyam itu maknanya den la pilih kedainya😅.  

Deme heroes itu adalah pelanggan tetap kedai mamak sebab kata deme apa nak makan semua ada di situ.

Deme tidak kisah bab cozy and welcoming vibes apa semua tu😅.

Bagi deme yang penting perut kenyang.

Bertuah betul kan😅? 

Tapi setiap kali den ajak makan di tempat-tempat macam ni deme layankan aje.

Kami atau lebih tepat den😅pesan menu Nasi Sambal Nenda Edisi Mangkuk Tingkat, Breakfast Mat Salleh, kentang goreng, ais kepal, root beer dan float dan teh o ais.

Pilih Nasi Sambal Nenda Edisi Mangkuk Tingkat sebab berkenan dekat ayat 'edisi mangkuk tingkat' itu😅.

Dalam mangkuk sia ada nasi, sambal Nenda dan keropok.

Dalam pinggan ada ayam goreng, kobis dan timun, sup dan sambal kicap.

Budak-budak berkenan betul dekat ayam gorengnya.

Garing di luar lembut di dalam begitu.

Sambal Nenda nya boleh tahan pedas berdesing.

Sejak masuk usia warga emas ini, perut den memang tidak bisa lagi makan pedas sangat.

Jadinya makan sambalnya cuit-cuit aje la.

 

Breakfast Mat Salleh ini memang den suka sebab den peminat big breakfast.

Ada hash brown, sosej ayam, telur hancur, kentang putar, croissant, baked beans dan potongan tomato.

Ini den dapat rasa sesuap dua aje la sebab makanan kegemaran budak-budak juga ni.

Hendak pesan lebih takut karang tidak habis.

Makanya boleh la asal merasa begitu. 

Comel aje kan ada bendera Malaysia sebab kami datang makan bulan Ogos, bulan kemerdekaan. 

Kentang goreng asal tidak makan minyak dan tidak masin memang udah molek. 

Ais kepal ini asbab terkenang zaman kanak-kanak yang sakan minum ais kepal hampir setiap minggu selepas balik sekolah dengan kawan-kawan.

 

Cafe nya tenang, santai dan membuatkan kita hendak lepak lama begitu.

Banyak tempat menarik untuk bergambar. 

Masa kami datang tiada orang.

Jadinya sakan la den suruh budak-budak ni ambil ambil gambar den di sana sini sampai ke tingkat atas.

Pasrah aje la si F😅. 

Si A memang bolayan sikit bab hendak ambil gambar omma😅.

Kalau satu tempat kita minta dia ambil banyak kali, dia akan cakap 'kenapa perlu ambil banyak gambar di tempat yang sama?'.

Anak bertuah yang sorang ni😅. 


Cafe ini membawa mereka yang Generasi X dan millenial kembali mengimbau kenangan di zaman kegemilangan tahun 80an begitu.

Jajan dan permainan yang dijual di sini semuanya jajan dan permainan di zaman tersebut.

Biskut dalam tin pun ada. 

Tinggal tidak ada papan untuk tikam-tikam yang den suka main masa kecil dulu je😅. 

Lupa pula hendak ambil gambar semua jajan dan permainan itu. 

Jenuh hendak pastikan belonnya tak bocor kan

Penampakan sedikit jajan dan mainan di hujung kanan gambar ini

Den beli gula-gula dalam bendera, belon yang cepat naw pecah itu dan konjac jelly.

Disebabkan hanya kami di kedai tersebut pada ketika itu, santai aje la kami makan sambil menceritakan sejarah kegemilangan di era kanak-kanak kepada dua orang budak Generasi Alpha itu😅. 

 

Kalau ke Seri Iskandar atau Ipoh, boleh singgah makan di sini.

In sya Allah makanannya ada rasa dan buat Generasi X dan millenial mengenang zaman kanak-kanak yang meriah itu. 

 

24 comments

  1. cantik cafe nya.

    makanan bebudak tu nampak sedap . bekpes omputih akan jadi kegemaran budak muda biasanya.

    aduh sambal pedas berdesing saya seram dengar. sejak dah tua ni saya makan pedas manjahh je. wajib ada menu pedas tapi tak mampu makan pedas berdesing. gitulah beza sekarang denga dulu yang berulam cili api tiap suapan nasi goreng kampung. sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah ye....bila semakin meningkat umur semakin kurang tough perut...kena tipis aje pedas sambalnya ye

      Delete
  2. Rare ye nasi tingkat tu hehe mcm nak g kelah... tp x bole bawa blk eh bekas tu 🤪🤪

    Haha tgk belon tiup kecil² tu mmg nostalgia..lps tu picit² buat tiup kecil² selagi bole 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha bekas itu buat ambil gambo je boleh😅Belon legendaris namanya ni kan😅

      Delete
  3. Deco dan vibes memang cantik menarik. Food pun sama dan nampak sedap. Ayam goreng, set English breakfast tu yumm. Belon tu memang terkenang sungguh zaman masa kecik 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....omma yang sibuk nak beli belon ni. Budak-budak ni terjakun bila omma beriya meniup belon ni😅

      Delete
  4. Belon tiup tu memang nostalgia. Memang jenuh picit bila bocor. 😁
    Saya pernah makan sini, pun order sarapan mat salleh tu. Wah, sampai ke tingkat atas KSarie pergi. Paling best tengok mangkuk tingkat tu. Lain kali datang, boleh order menu nasi pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sebab takde orang jadinya gagah la panjat ke tingkat atas tuh ha😅

      Delete
  5. Saya hampir terlupa pasal benda dalam tiub yang boleh menghasilkan belon tu 😄
    Ni kalau datang dengan geng sezaman, mau rancak bercerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...sure lama lepak sebab mengenang zaman kanak-kanak yang awesome

      Delete
  6. Menarik la edisi mangkuk tingkat tu. Yang belon tu masa kecik suka la beli tiup jadi belon. Masih ada rupanya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tidak sangka masih ada ye belon nya ni

      Delete
  7. Menarik betul kafe ni. Kot tersesat ke sini boleh terjah.
    Kita selalu flex cara main belon tiub tu dekat anak2. Depa tak reti, mai ummi yg main ahahaha

    ReplyDelete
  8. cantiknya cafe ni! dia ada aesthetic tesendiri, masukkan elemen 90-an tapi tak berlebihan. makanan pun menarik presentationnya.

    ReplyDelete
  9. Simple je jawapannya kan. Tapi ada betulnya jugaklah tu banyak makanan kat mamak. Janji perut kenyang sudah.

    Lain dari yang lain ni hidangan mangkuk tingkat. Haruslah kita pilih menu ni nampak lain kan.
    Hidangan ayam macam ayam geprek. Porsi ayam pun besar. Kalau saya makan sorang tak habis tu.

    Untung jugak tak ada pelanggan lain, dapatlah omma berposing sakan kat sini. Abaikan kata-kata itu, ayuh posing. hihihi...

    Banyak sudut menarik, tertarik dengan dinding yang diepcahkan tu jadi pintu.

    Menarik cafe ni, boleh masuk dalam list.

    ReplyDelete
  10. Taktau ada cafe ni kat seri iskandar! Next time kalau balik sini, boleh singgah 😍 makanan nampak sedap jugak tuu.
    Rindunya belon tu, nostalgia sangat! Saya genz yg sempat merasa zaman2 belon tu tau haha. Dulu harga 20 sen je. Sekarang susah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOoo sempat juga Mazni merasa main belon ni ye

      Delete
  11. Belon tiup tu mak nya ke anak yang tiup hahhaa
    Bila kita tiup nak pecah... cantumkan bahagian tepi dan gentel kasi lekat.. arghhh nostalgia betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha omma nya yang excited main belon ni

      Delete
  12. Kak sarieeeeee, akhirnya sempat juga BW kesini 😅😅.

    Waaaah belum coba cafe ini kak. Memang harus balik Ipoh saya. Tapi seri Iskandar ini dekat Ipoh tak?

    Paham yang dirasakan heroes. Sebab kedai mamak porsi banyak, rasa sedap. Biasa anak lelaki memang itu yg dicari 😂

    Cantiknya plating, unik pakai rantang pula 😍

    Kalau sambal pedas, memang sesuai untuk saya berarti 😅

    Kalau yg western style, ini kesukaan anak gadis saya lah 😅. Tak suka nasi, maunya roti atau segala yang berbau western

    Sukaaa sangat lihat dekorasi dalam cafe. Memang cantik dan bagus buat foto

    Permainan balon tuh ingat zaman sekolah hahahahahha. Berusaha sampai sebesar mungkin dan jangan bocor yaa 😂

    Ada tak cafe begini di KL? Nak saya datangi. Kalau ke Ipoh Desember esok tak bisa rasanya.

    ReplyDelete
  13. Dari Ipoh dalam 40 minit juga untuk sampai ke Bandar Sri Iskandar. Di Kuala Lumpur ada banyak kedai makan klasik macam ni. In sya Allah nanti kalau KSarie sempat siasatan, KSarie kongsikan dengan Fanny ye

    ReplyDelete