Assalamualaikum dan apa khabar?
Sibuk macam nak tergolek pula rasanya sebab semua perkara di pejabat ini hendak diselesaikan sebelum Ramadan seboleh-bolehnya.
Jadual padat dengan segala mak nenek😅.
Kadang-kadang terfikir adakah hidup hanya berkisarkan keroje yang tidak pernah habis.
Eceh😅.
Den hendak kongsikan sebuah resensi buku yang den jatuh cinta tergolek-golek seusai mukasurat pertama.
🌸📘May Terpasung Di Ruang Waktu
📖 376 mukasurat
✍️Rozanna
🏫Koleksi Sendiri
Kisah Adli/Bujang yang hidup pada 2019 berpeluang merentasi masa ke 1969 menggunakan jam yang dihadiahkan oleh sahabatnya Robert ke beberapa tempat berdasarkan koordinat tertentu yang ditemui di dalam buku catatan Robert.
Cerita Adli, anak watan Johol di mana penduduknya berpegang teguh kepada adat Negeri Sembilan.
Anak kampung yang membanting tulang mengerjakan sawah, menoreh getah, mengembala kambing, dsb.
Kisah persahabatan bersama Kim Swee.
Kisah cinta kepada May, seorang anak yatim piatu Baba Nyonya.
Kisah cinta berbeza agama dan bangsa ditentang keluarga.
Adli kembali ke 1969 untuk membetulkan keadaan.
Tetapi Adli lupa setiap takdir yang diubah pada masa silam akan memberi kesan kepada masa hadapan.
Time travel and wormhole.
🔖Jalan cerita yang tersusun dan mudah difahami walaupun diselang seli antara 1969 dan 2019.
🔖Setiap bab dimulakan dengan pantun. Terasa macam zaman klasik dulu-dulu sangat.
🔖kisah yang dengan adat Negeri Sembilan - suku, luak, undang segala
🔖Surat dan patah bicara antara Adli dan May bersulam kata dan ayat puitis ala-ala macam beberapa movie PRamlee seperti Pancha Delima, Musang Berjanggut, Kanchan Tirana, dsb
🔖cinta orang dulu yang penuh berhemah - bertukar surat, berpayung di kala hujan, menuntun basikal bersama-sama, berjumpa tepi jambatan, dsb
🔖ayat dan perkataan slanga Nogori yang just nice di dalam dialog dan penceritaan. Ini antara keistimewaan novel ini.
🔖Kisah kehidupan zaman dulu yang muhibah, rajin bertukar juadah, setiap orang mengenali hampir semua orang, melepak di kedai kopi tengok wrestling, dsb membuatkan den teringat zaman den kecil-kecil dulu😍
🔖banyak fakta moden, sains dan sejarah yang diselitkan secara bersahaja tetapi sedang elok dengan jalan cerita
🔖sindiran halus tentang orang politik, orang agama, mereka yang suka membawa cerita dan mengadu domba walaupun pedih tetapi masih terjadi sekarang.
Antara buku awesome den baca untuk 2026 ini.
Membaca buku ini membuatkan den asyik mendengar lagu Gurindam Jiwa dan juga The Beatles terutamanya Yesterday.
Penulis mengarang novel ini semasa beliau berusia 15 tahun.
Hebat betul karya pada umur macam ni.
Kena cari 2 novel beliau nampaknya.
Buku yang buat den terpesona seusai mukasurat pertama.
Membuatkan den terpaku sehingga helaian terakhir.
Asalnya pinjam dari perpustakaan.
Bila sudah membaca sehingga mukasurat 89, terus rasa kena beli buku ini sebab hendak ulang baca pada satu masa yang tidak tahu bila.
Maka beli bukunya.
Sambung baca sampai habis😊.
Kalau diadaptasi ke dalam movie atau drama, den terbayang Beto Kusyhairi sebagai Adli di tahun 1969😊.
Tapi kalau Beto tak available, Kamal Adli pun ngam juga rasanya😊.
Dato MNasir sesuai jadi Adli di tahun 2019 atau Pak Ngah Warung Kopi 1969.



Tu la kan macam Ramadan tu tak boleh buat kerja je semua nak settle sebelum Ramadan. Haha. Dah set Ramadan nanti lemau nak buat kerja.
ReplyDeleteKan.....padahal patutnya Ramadan lagi semangat kan😊
DeleteWah... mesti bagus bukunya. Sampai boleh terkeluar kot diadaptasi jadi filem. Hehe.. Saya pun sibuk juga semenjak dua menjak ni, KSarie, jomlah kita tergolek berjemaah. 😂
ReplyDeleteBuku terbitan Jejak Tarbiah, saya tahu buku ini tapi belum pernah baca. Menarik sungguh tu, dah pinjam di perpustakaan pun siap membeli lagi 😀
ReplyDeleteSebab berkenan dooh itu yang beli tu😊
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan kerja buat KSarie. Pelan2 tenang2 ya.
ReplyDeleteWah umur 15 tahun dah karang buku. Syabas buat penulis. Memang menarik kisahnya sebagaimana KSarie perincikan dengan singkat.
Aminnnn. Ha itu la memang berbakat sebab 15 tahun udah boleh menulis buku macam ni.
DeleteMacam best buku ni. Sy suka buku genre gini 👍🏻
ReplyDeleteIn sya Allah buku ini memang molek. Jarang jumpa buku macam ni
Deletedia punya cover buku tu, linda terpikat.. lain dari yang lain
ReplyDeleteCantik kan kulit bukunya...unik
DeleteResensi yang sungguh menarik.
ReplyDeleteBuku ini nampaknya sarat dengan makna dan renungan mendalam. Membacanya tentu membuat kita berfikir tentang perjalanan hidup dan masa.
Betul tu...buku tentang peluang kedua dan apa-apa perubahan di masa silam akan mempengaruhi masa depan
Deletebest dan boleh dibeli. At the age of 15 author tulis buku ni...she must be great sebab umur camni boleh time travel.
ReplyDeleteMemang berbakat penulisnya. Terkesima sebentar KSarie
Deletehebat betul penulis ni berjaya buat buku pada umur 15 tahun. matang pemikiran dia :D cover buku lawalah!
ReplyDeleteItu la berbakat betul penulisnya. KSarie masa umur 15 tahun pening-pening lalat kena buat Kajian Tempatan Sejarah😅
DeleteTak sabar pula nak menanti ramadan ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah berjumpa sudah kita dengan Ramadan ye
Delete