Wordless Wednesday 34/2025
![]() |
Suka pemandangan ni macam dekat tempat omputih tapi dekat Gopeng je |
![]() |
Walaupun den dan gardening seolah-olah cinta bertepuk sebelah tangan yang parah tetapi tetap juga den masih tidak berputus asa mengharapkan pokok-pokok den tumbuh dan survive hendaknya |
![]() |
Rakan mengaji bawa bubur kacang. Ustazah bawa buah-buahan. Den seperti biasa tugas yang paling utama iaitu pastikan semua makanan habis |
![]() |
Kenapa telur ikannya semakin lama semakin kecil. Ini mengundang kepada kekecewaan begitu. |
![]() |
Pergi mesyuarat di satu tempat ini. Fancy betul lantai bilik mesyuaratnya. |
![]() |
Rakan mengaji bawa pengat pisang. Ustazah bawa bubur asyura. Den seperti biasa meraikan mereka yang memasak dengan makan semuanya sehingga habis |
14 Comments
Rasa ajinomoto yang kuat memang boleh buat sakit kepala.
ReplyDeleteItu la sayang betul kalau ajinomoto menterpleotkan rasa makanan yang sepatutnya sedap
DeleteSuka tengok jalan kiri kanan pokok teratur. Rasa cantik betul.
ReplyDeleteSeriouslah KakSarie baru tahu selama 21 tahun tu. Nampak sangat KakSarie terlalu fokus dan banyak benda dalam kepala tu sampai tak perasan sekeliling. huhu...eh, jangan macam-macam. Ada momok kita pula yang risau nanti nak kena naik lif hari-hari. Terbayang nanti payah.
Banyak pokok puding tu, senang jaga kan.
Bubur kacang hijau sedap. Saya suka. Kalau buat kena buat lebih simpan dalam peti ais. Makan sikit sikit.
Mi kolok sedapnya daging potong nipis-nipis. tambah lagi sedap kalau dagingnya lembut.
Saya pun suka tiles morroccan style ni, cantik!
Sedapnya pengat pisang ada sagu. Baguslah KakSarie meraikan masakan dan makan habis. Alhamdulillah...
Hehehehehe lepas tuh musykil kenapa makin membulat kan padahal sakan makan sana sini😅
DeleteGopeng memang cantik, tahun lepas ke sana. Makanan yang berbagai2 tu sangat menjamu selera dan menambat mata especially pengat Pisang.
ReplyDeleteHa....hidup pengat pisang kan☺️
DeleteKat Gopeng yek? Lawanya..
ReplyDeleteSaya pun selalu takut nak tengok atas. Sebab yang duduk atas tu, biasanya momok la. Huhuu.. uit, siap bawa troli masuk ofis.
Banyak beli pokok puding ye, KSarie. Semoga tumbuh dengan subur.
Tugas orang-orang macam kita pun penting juga. Kalau dah semua orang bawa makanan, siapa lagi tukang nak tolong habiskan, kan membazir itu amalan syaitonnn... 😂
Kan...tukang makan pun penting peranannya bagi memastikan kestabilan ekosistem begitu ye😅
Deletecantik betul gambar 1st tu. bersusun elok pokoknya!
ReplyDeleteksarie ada love hate relatiionshio dgn gardening nampaknya. semoga kalini semua pokok survive!
Cinta yang bertepuk sebelah tangan kaki dengan pokok ni semua tapi biarpun terluka kuteruska juga eceh😅
DeleteSalam singah ..wah zaman moden ..bayak dah tempata da lif kan..apapun menu yang menyihatkan..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu sudi singgah di blog saya
DeleteAiiih apa nama restoran mi Kolok nya kak? Saya waktu itu coba mi Kolok dan laksa Sarawak di Dapur Sarawak, KL. Saya sukaaa sih 😄. Sampai teringin nak rasa mi Kolok di kota asalnya sana nanti 😁
ReplyDeleteRestoran Mee Kolok Dayang Sarawak, Seksyen 20 Shah Alam
ReplyDelete