Suka pemandangan ni macam dekat tempat omputih tapi dekat Gopeng je

21 tahun kerja di bangunan ini, baru la den tau ada cermin di bumbung lif. Ini pun anak-anak den yang perasan. Depa musykil kenapa den tidak tahu ada cermin dalam lif bahagian atas itu. Tidak la den pernah teringat hendak mendongak tengok apa ada di bahagian atas lif kan. Kalau terdongak sekali eh ternampak momok ah sudah kan ke naya tu 
Walaupun den dan gardening seolah-olah cinta bertepuk sebelah tangan yang parah tetapi tetap juga den masih tidak berputus asa mengharapkan pokok-pokok den tumbuh dan survive hendaknya
Rakan mengaji bawa bubur kacang. Ustazah bawa buah-buahan. Den seperti biasa tugas yang paling utama iaitu pastikan semua makanan habis 
Mee kolok di sebuah restoran di Shah Alam ni memang molek banget dah cuma sayang supnya pekat betul ajinomoto. 3 kali den makan di sini 3 kali juga den migraine sebab ajinomotonya yang kuat. Nampak gaya terpaksa tidak singgah makan di sini lagi.
Kenapa telur ikannya semakin lama semakin kecil. Ini mengundang kepada kekecewaan begitu.
Pergi mesyuarat di satu tempat ini. Fancy betul lantai bilik mesyuaratnya.
Rakan mengaji bawa pengat pisang. Ustazah bawa bubur asyura. Den seperti biasa meraikan mereka yang memasak dengan makan semuanya sehingga habis



14 Comments

  1. Rasa ajinomoto yang kuat memang boleh buat sakit kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la sayang betul kalau ajinomoto menterpleotkan rasa makanan yang sepatutnya sedap

      Delete
  2. Suka tengok jalan kiri kanan pokok teratur. Rasa cantik betul.
    Seriouslah KakSarie baru tahu selama 21 tahun tu. Nampak sangat KakSarie terlalu fokus dan banyak benda dalam kepala tu sampai tak perasan sekeliling. huhu...eh, jangan macam-macam. Ada momok kita pula yang risau nanti nak kena naik lif hari-hari. Terbayang nanti payah.
    Banyak pokok puding tu, senang jaga kan.
    Bubur kacang hijau sedap. Saya suka. Kalau buat kena buat lebih simpan dalam peti ais. Makan sikit sikit.
    Mi kolok sedapnya daging potong nipis-nipis. tambah lagi sedap kalau dagingnya lembut.
    Saya pun suka tiles morroccan style ni, cantik!
    Sedapnya pengat pisang ada sagu. Baguslah KakSarie meraikan masakan dan makan habis. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe lepas tuh musykil kenapa makin membulat kan padahal sakan makan sana sini😅

      Delete
  3. Gopeng memang cantik, tahun lepas ke sana. Makanan yang berbagai2 tu sangat menjamu selera dan menambat mata especially pengat Pisang.

    ReplyDelete
  4. Kat Gopeng yek? Lawanya..
    Saya pun selalu takut nak tengok atas. Sebab yang duduk atas tu, biasanya momok la. Huhuu.. uit, siap bawa troli masuk ofis.
    Banyak beli pokok puding ye, KSarie. Semoga tumbuh dengan subur.
    Tugas orang-orang macam kita pun penting juga. Kalau dah semua orang bawa makanan, siapa lagi tukang nak tolong habiskan, kan membazir itu amalan syaitonnn... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tukang makan pun penting peranannya bagi memastikan kestabilan ekosistem begitu ye😅

      Delete
  5. cantik betul gambar 1st tu. bersusun elok pokoknya!
    ksarie ada love hate relatiionshio dgn gardening nampaknya. semoga kalini semua pokok survive!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta yang bertepuk sebelah tangan kaki dengan pokok ni semua tapi biarpun terluka kuteruska juga eceh😅

      Delete
  6. Salam singah ..wah zaman moden ..bayak dah tempata da lif kan..apapun menu yang menyihatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu sudi singgah di blog saya

      Delete
  7. Aiiih apa nama restoran mi Kolok nya kak? Saya waktu itu coba mi Kolok dan laksa Sarawak di Dapur Sarawak, KL. Saya sukaaa sih 😄. Sampai teringin nak rasa mi Kolok di kota asalnya sana nanti 😁

    ReplyDelete
  8. Restoran Mee Kolok Dayang Sarawak, Seksyen 20 Shah Alam

    ReplyDelete