Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Ramai ke yang jalan-jalan cari makan di Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 ni?

Batu Gajah termasuk di dalam tempat korang singgah tak?

Den hendak kongsikan 7 kedai sarapan pagi yang rasanya ngam untuk tekak den di Batu Gajah, Perak.

1. Gazebo Abang Nash

2. Warung Warisan Kak Chah

3. Omak Den Café

4. Pondok Café

5. Man Mee Kari

6. Restoran Batu Gajah Maju

7. Pelbagai Kedai Sarapan di Pasar Awam Batu Gajah

 

1. Gazebo Abang Nash

Den paling suka makan dekat sini sebab Sabtu dan Ahad ada busking.

Jadinya boleh la kita menikmati sarapan sambil didendangkan lagu-lagu yang bisa buat kita mengimbau kenangan lama.

Ada banyak pilihan makanan di sini.

Daripada menu wajib kebanyakan tempat di Perak iaitu mee kicap.


Ada juga makanan bergoreng, capati, dim sum, etc.

Kome kena cuba juga cendawan goreng dia tau.

Ini antara menu laku keras.

Den paling suka mee kicapnya.

 

Tempat duduk di sini banyak.

Biarpun begitu memang ramai pelanggan bila hujung minggu.

Bertabah menanti ye.

 

Waktu Operasi: 8 pagi - 12.30 tengahari (Isnin - Selasa & Khamis - Ahad). Rabu tutup.

Lokasi: Kampung Rizab Hujong.

https://maps.app.goo.gl/NoceQgEZgLWBgwTH9

 

2. Warung Warisan Kak Chah

Den rasa menu dia yang paling laku keras adalah nasi lemak hijau + ayam goreng.

Kalau kome datang pukul 10 pagi, kebiasaannya menu ini telah habis.

Nasi lemak hijau berlemak cukup rasa.

Ayam goreng yang crunchy buat nasi lemak ni istimewa den rasa.

Ada banyak pilihan menu dari makanan goreng, sup, kari, bandung, etc.

Roti canai pun ada.

Biasanya den makan ketiaw sup di sini.

Memang daebak untuk tekak den ketiaw sup dia.

Waktu Operasi: 7.45 pagi - 12.30 tengahari (Rabu - Ahad). Isnin & Selasa tutup.

Lokasi: Jalan Pusing (berdekatan Econsave Batu Gajah).

https://maps.app.goo.gl/oov1eq3HxPAZuZXr9

 

3. Omak Den Café

Kedai sarapan yang satu ini terletak di dalam kawasan perumahan.

Menunya ringkas sahaja tetapi tetap sesuai untuk seisi keluarga.

Ada nasi lemak lauk paru.

Roti canai.

Yang istimewanya ada roti jala.

Kedainya comel sahaja di dalam persekitaran yang dipenuhi pokok menghijau.

 

Waktu Operasi: 7 pagi - 12 tengahari (Isnin - Sabtu). Ahad tutup.

Lokasi: Kawasan perumahan Desa Changkat Batu Gajah.

https://maps.app.goo.gl/SbYYStNLKDpABXw58

 

4. Pondok Café

Ini antara kedai sarapan yang mula-mula den makan di Batu Gajah.

Menu nasi lemak, roti canai, lontong, laksa, nasi kerabu, etc.

Dulu ada lempeng kelapa dan roti Arab.

Sedih bila menu ni telah dihentikan.

Kome boleh juga pesan menu bergoreng di sini.

Nasi lemak kome boleh padankan dengan aneka lauk termasuk begedil, udang, etc.

Waktu Operasi: 8 pagi - 3 petang (setiap hari).

Lokasi: Berdekatan TF Value Mart Batu Gajah.

https://maps.app.goo.gl/unmz7JtdoraGKC8D6

 

5. Man Mee Kari

Berdasarkan namanya udah tentu the star menu adalah mee kari.

Tetapi masa den sarapan di sini, terasa hendak makan yong tau fu pula.

Jadinya tukar la menu begitu.

Ada aneka menu boleh dipilih.

Macam kena ulang datang sini nanti sebab kena rasa mee karinya.

Waktu Operasi:

Selasa, Sabtu & Ahad 8.30 pagi - 1.40 petang.

Rabu - Jumaat 8.30 pagi - 2 petang dan 8.30 malam - 11.30 malam.

Isnin tutup.

Lokasi: Seberang jalan dari Pasar Batu Gajah.

https://maps.app.goo.gl/yNrbbZmzX7vFGi6d6

 

6. Restoran Batu Gajah Maju

Ada beberapa gerai kecil dalam restoran ni.

Ada gerai roti canai, nasi lemak dan makanan bergoreng.

Aneka kuih muih pun ada.

Waktu Operasi: 7 pagi - 12 tengahari (Sabtu - Khamis). Jumaat tutup.

Lokasi: Pekan Batu Gajah.

https://maps.app.goo.gl/ZvuSxx9nTR19uB1m6

 

7. Pelbagai Kedai Sarapan di Pasar Awam Batu Gajah

Ada deretan kedai sarapan pagi berhadapan dengan Pasar Batu Gajah.

Ada lebih kurang 10 buah kedai.

Ini kira terpulang kepada rasa perut hendak makan di mana.

Ada yang jual nasi lemak, mee goreng, ketiaw sup, etc.

Ada juga kedai aneka roti canai.

Kedai jual lempeng pun ada.

 

Cumanya disebabkan ruang kedai yang kecil, kedai di sini selalu penuh dengan pelanggan.

Perlu bertabah sakan menunggu giliran untuk mendapat tempat begitu.

Tidak terjumpa pula gambar den makan di sini.

 

Pasar Batu Gajah ni ala-ala one stop center.

Ada pasar basah + pasar kering.

Deretan gerai menjual buah-buahan.

Deretan gerai makan.

Gerai menjual pokok hidup dan kuih macam bahulu.

 

Waktu Operasi: 7 pagi - 12.30 tengahari (setiap hari).

Lokasi: Pasar Awam Batu Gajah.

 

Ada banyak lagi tempat sarapan awesome di Batu Gajah yang kome boleh cuba.

Den tidak sempat pergi ke banyak kedai lagi.

In sya Allah di masa akan datang bila ada kesempatan ke kedai makan yang lagi den cerita lagi ye.

Selamat bersarapan pagi di Batu Gajah ye kome.

 

 

0 Comments