Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah ada rezeki kita bertemu Ramadan pada tahun 2024 ini.

Macam mana hari pertama Ramadan?

Kalut ke dengan persiapan sahur sekali dengan anak-anak baru mula sekolah?

 

Den sejak udah tua ni tidak beriya mana dah.

Bab sahur dan berbuka sekadarnya aje.

Tapi tak tau la esok-esok ada program berbuka puasa di hotel bagai.

Udah ada yang mengajak tetapi tidak terasa hendak joint lagi setakat ni.

 

Den berdoa agar dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang Ramadan.

Makin meningkat umur, makin sakan den migrain sebenarnya.

Panas sedikit migrain.

Sekarang udah la musim panas.

Sejuk sangat pun migrain.

Ini biasa berlaku dekat pejabat sebab centralised aircond tuh kadang-kadang mereng dan jiwa kacau.

Tiba-tiba tersejuk macam ada dekat kutub utara.

Lambat makan, perut kosong dan perut masuk angin bisa migrain juga.

Kadang-kadang migrain tiba-tiba tanpa sebab pun iya.

Begitulah peringatan yang semakin hari semakin dekat dengan lubang kubur ye.

 

Kome punya jadual di bulan Ramadan lebih laid back ke?

Kadang-kadang jadual keroje den macam lebih hectic semasa Ramadan hehhehe.

Kalau ada lawatan tapak yang tidak bisa ditunda, kita jalan terus.

Esok ada 2 kawasan yang kena pergi.

Cuaca sekarang semakin kering.

Jadinya akan mencabar sedikit lawatan tapak semasa Ramadan.

 

Rasanya Ramadan ni makin akan kurang membaca.

Sebab sebolehnya hendak banyakkan membaca Quran kan.

Tetapi kadang-kadang Quran pun idok terbaca sebab sakan dok tidur.

Ala-ala kepenatan berpuasa mengalahkan budak baru belajar berpuasa begitu.

Dasyat penangan menjadi tua ni ye.

 

Jadual tadarus di pejabat semasa Ramadan udah keluar.

Kalau ada kelapangan biasanya den akan cuba sertai program tadarus pejabat ni.

Kadang-kadang gamitan untuk tidur di bawah meja tuh menggoda sangat.

 

Kebiasaannya bila Ramadan, den akan cuti berpuasa di awal dan hujung Ramadan.

Sama la nampaknya Ramadan pada 2024.

Akan tidak dapat berpuasa di awal dan hujung Ramadan.

Ini akan membawa kepada keperluan mengganti puasa lebih 2 minggu.

Tragis tau.

Dia kan bila kena mengganti puasa di kala semua orang tidak berpuasa mencabar sangat.

Lagi-lagi kalau kena ganti sampai 2 minggu huhuhuhu.

 

Tapi bak kata kawan den.

Kita ni udah di ambang menopause.

Jadinya marilah menghargai baki menstrual cycle yang tinggal ini.

Tak apa aje la kalau cuti puasa di awal dan hujung Ramadan pun.

Positif sungguh kawan seorang tuh hehhehehehee.

 

Udah ada yang membeli baju raya ke tu?

Den kena juga beli baju Melayu untuk anak-anak den sebab deme akan ada jamuan raya bagai nanti.

Untuk den tengok la macam mana nanti ye.

Kalau ada rezeki den beli.

Kalau tidak pakai aje baju kurung sedia ada dalam almari.

Den dari dulu memang gagal teruk bab melawa bagai ni.

Lagi-lagi udah tua ni.

Temanya asal berbaju sudah.

 

Semoga Ramadan 2024 menjadi Ramadan terbaik untuk kita semua.

Didoakan kita dapat melaksanakan semua ibadah yang kita hajatkan di bulan Ramadan ni.

Berpuasa.

Solat Terawih.

Membaca Al-Quran.

Berzikir, bertahmid, etc.

Bangun solat malam.

Bersedekah.

Membayar hutang.

Menunaikan zakat.

Membaca buku yang bisa menambahbaik keimanan.

 

Semoga Allah mengampuni kita, menerima semua amalan kita, merahmati kita, memakbulkan semua do akita, mengurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada kita serta memasukkan kita ke dalam syurga tanpa hisab.

 

Semoga Ramadan 2024 adalah Ramadan yang awesome daebak meletup untuk kita semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak 2024.


 

0 Comments