Assalamualaikum.

Sihat ke semua?

Ada lagi 3 hari lagi sebelum sekolah bermula.

In sya Allah ada 4 hari lagi sebelum Ramadan.

 

Sebelum den terlupa langsung hendak cerita tentang pengalaman den menginap di hotel yang satu ini, moh la dicoretkan sekupang dua.

Pertengahan Januari dan Februari lepas den ada kursus dan mesyuarat di Ipoh.

Jadinya den menginap 2 hari 1 malam setiap bulan tersebut di Kinta River Front Suites and Hotel, Kinta, Ipoh, Perak.

Asbabnya kerana hotel ini dekat dengan tempat kursus dan mesyuarat.

Makanya jadi la pengalaman 4 hari 3 malam begitu bila dikumpulkan.

View hotel dari Kinta River Front

Sejak kali pertama den pernah menginap 1 malam di hotel ini tahun 2017.

Den memang jatuh suka teruk pada hotel ini.

Tetapi tidak pernah menginap lagi di sini sesudah itu sebab harga biliknya boleh tahan agak keras hehehehehe.

Ini untuk den yang tema hotelnya selalu adalah hotel bajet ye.

Untuk orang lain mungkin harga hotel ini adalah harga standard biasa.

Dapat welcoming drink pun udah gumbira hehehehhee

Bila den berpeluang menginap di Kinta River Front Suites and Hotel ini sebanyak 2 kali pada tahun ini,

perkara paling awesome untuk hotel ini adalah breakfast buffet nya.

Nanti den kongsikan banyak gambar di dalam post yang akan datang ye.

Jadinya den senaraikan 6 sebab kenapa kome boleh pertimbangkan untuk menginap di Kinta River Front Suites & Hotel ye.

 

1. Lokasi Strategik Tetapi Privacy, Tiada Hiruk Pikuk

Ianya terletak di pinggir sedikit dari pusat bandar Ipoh.

Tetapi hanya lebih kurang 5 minit ke pusat bandar.

Dia ala-ala macam di center tetapi di luar sedikit.

Macam mana tu heheheheee.

Dekat aje kalau hendak ke tempat menarik di Ipoh

Hotel ni sesuai untuk orang sukakan ketenangan terutamanya di waktu malam.

Tetapi pada masa hendak akses cepat ke pusat bandar.

Begitu.

Hendak ke Ipoh Night Market (Uptown) pun dekat.

Ke Ipoh Pasar Karat pun sepelaung aje.

Hendak berOOTD di sekitar kawasan Plan B dan Concubine Lane pun idok sejauh mana.

Kiranya tidak jauh mana la kalau hendak ke mana-mana pun.

 

2. Breakfast Spread Awesome Teruk + Tema Melayu Klasik + Zaman Kegemilangan PRamlee

Walaupun perut kita ni boleh makan setakat mana la pun tetapi den memang teruja kalau breakfast spread menggiurkan.

Macam-macam ada untuk kome menjamu selera.

Ada makanan barat, makanan orang Perak, masakan Melayu, pastri bagai.

In sya Allah sesuai untuk semua peringkat umur.

Pendek kata memang akan segah perut kalau kita hendak makan semua ni.

Tema cafe pula adalah klasik + zaman kegemilangan PRamlee.

Kakitangan yang menyambut kome di pintu masuk café berkain batik dan berbaju kurung Kedah berbunga-bunga kecil tuh.

Memang sweet sangat.

Kome kena duduk di kawasan terbuka untuk dapat vibes kembali ke zaman kegemilangan PRamlee.

 

Lepas tuh ala-ala breakfast with a view pula.

Memang brownies point la kan.

Banyak tempat menarik untuk OOTD juga hehehehehe.

Nanti den buat satu post khas tentang breakfast di sini ye.

Sebab den memang berkenan dooh dengan breakfast spread, tema dan suasana cafenya.

 

3. Bilik Selesa, Kemas dan Bersih

Untuk orang yang kalau berjalan duduk hotel bajet macam den ni,

3 kriteria penting bilik penginapan adalah selesa, kemas dan bersih.

Den menginap di bilik deluxe 2 katil single.

Luas biliknya kalau bawa toto untuk anak-anak pun okay sangat.

View River Kinta Front dari bilik den

Pendingin hawa just nice.

Budak-budak paling gembira sebab ada bathtub.

Sakan deme berendam dalam bathtub sampai kecut-kecut jari.

Selagi idok dijeritkan selagi tuh la deme berendam.

 

Set teh dan kopi untuk air panas.

Air mineral.

Peti sejuk comel.

Sejadah pun ada.

Seterika semua udah tersedia dalam bilik.

 

Semua kemudahan asas ada di dalam bilik ni.

Kalau hendak duduk melepak dekat bilik idok keluar-keluar pun memang okay je.

Santai dan rehat-rehat begitu.

Dua-dua kali den menginap di sini, den dapat bilik dengan pemandangan Kinta River Front.

Memang happy sangat.

 

4. Kemudahan Tersedia Hotel

Untuk mereka yang memang kena hit the gym setiap hari.

Tersedia gimnasium di hotel ini.

Jadinya boleh teruskan rutin mendapatkan badan sado begitu ye.

Untuk kanak-kanak memang heaven la hotel ni.

Sebab ada kolam renang yang boleh tahan comel.

Heaven tau budak-budak datang hotel ni.

Udah penat melompat dan berenang di kolam renang, depa sambung pula mandi bathtub.

 

Untuk keluarga yang menemani anak-anak mandi di kolam renang,

kome boleh tengok pemandangan seluas mata memandang dari kawasan kolam renang ini.

5. Banyak Tempat Makan di Sekitarnya

Kalau tema korang hendak berehat sampai lebam di hotel sebab udah bayo mahal, inilah hotelnya.

Sebab korang hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit untuk mencari makan.

Ada restoran makanan Arab Hadramout Paradise di seberang jalan.

Den dinner di sini tapi tidak la pulanya ambil gambar huhuhuu.

 

Di sekitar Kinta River Fronts, ada banyak kedai makan di tebing kiri kanan Sungai Kinta.

Den sempat tapau pizza di Miker Food.

Ada Mat Periuk Kinta Riverfront, Riverview Coffeehouse, Ketumbar by Rathno.

Terasa hendak makan makanan Jepun, boleh singgah di Shabuya di bawah hotel.

Ada 2 kedai kopi di sini.

Macam kena ulang datang sini sebab tidak sempat mengopi hari tu.

Jadinya kalau kome menginap di Kinta River Front Hotel dan tidak berhasrat hendak menguit ke mana, in sya Allah tiada isu susah hendak cari makan.

Lebih kepada susah hendak pilih hendak makan apa sebab banyak pilihan begitu.

Room service pun ada.

Memang rambang mata memilih makanan la konsepnya.

 

6. Kedai dan Aktiviti Sekitar Kinta River Front

Hotel yang kome jalan sepelaung sahaja boleh buat aktiviti bersama keluarga.

Kome boleh jogging pada waktu pagi dan petang di sekitar Kinta River Front.

Jalan-jalan untuk mencukupkan 10 ribu langkah setiap hari begitu.

Boleh buat aktiviti berbasikal, beca dan bumper car.

Ada kedai gunting rambut.

Macam-macam lagi aktiviti boleh buat di sini.

Ada tandas juga di sini.

 

Untuk mereka yang patah hati, boleh healing atas 2 jambatan yang ada di sini.

Tengok air Sungai Kinta mengalir.

Sambil mendengar lagu sendu di playlist khas begitu.

Kalau ada urusan rasmi di Ipoh lagi selepas ini,

in sya Allah den ingin menginap lagi di sini.

Walaupun kena tambah duit sedikit sebab kelayakan penginapan den ciput.

Tetap berbaloi untuk den.

Sebab hotel ni memang awesome untuk den.

Untuk maklumat lanjut tentang hotel, kome boleh layari:

Website: https://www.kintariverfront.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/kintariverfrontipoh/

 

Semoga ada kesempatan untuk menginap lagi di sini satu hari nanti.

 

4 Comments

  1. Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  2. Ok cantik hotel dekat dgn banyak kedai makan.. buffet utk brkfast pun menarik bnyk pilihan.. ada bathtub tu yg seronok tak yah bawa anak2 ke swimming pool hahahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk budak-budak memang heaven. Sakan deme boleh berendam dalam pool dan bathtub

      Delete