Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den hendak kongsikan gambar-gambar yang sempat den rakamkan semasa den singgah ke Masjid As-Salam Puchong, Tasik Puchong Perdana pada Februari 2024 lepas.

Asbab tertau pasal masjid ni sebab ia disebut semasa taklimat oleh Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang dalam Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis) pada akhir Januari 2024 yang lepas.

Masjid As-Salam Puchong, Tasik Puchong Perdana ini mendapat tempat pertama Anugerah Masjid Kariah Terbaik Peringkat Kebangsaan 2014.

Den cuma tengok masjid ini dari kejauhan.

Nampak macam masjid terapung sebab berada di atas tasik.

Mungkin pada sesetengah waktu, pantulan masjid boleh jelas kelihatan dalam tasik.

Berdekatannya ada taman rekreasi siap taman permainan kanak-kanak.

Terdapat juga deretan gerai makan bersebelahan taman rekreasi ini.

 

Cantik masjidnya.

In sya Allah ada rezeki kita solat sini nanti ye.

0 Comments