Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah hari ini adalah hari keenam umat Islam menjalani ibadah puasa.

Macam mana Ramadhan kome setakat ini?

Diharapkan semuanya baik-baik sahaja.

 

Marilah kita sambung cerita sementara den tiba-tiba agak rajin ni.

Kinta River Front Hotel & Suites ada menyediakan pakej untuk berbuka puasa juga tau.

Nanti kome jengah IG atau FB deme untuk maklumat lanjut ye.

 

Nih den hendak cerita tentang café dan breakfast spread di hotel ini.

Aneka pilihan makanan, tema klasik, unik dan awesome.

Den sempat sarapan 4 kali di sini semasa pada Januari dan Februari 2024 lepas.

Memang den happy sangat.

Banyak pilihan makanan.

Makanan ada rasa.

Café unik dan tenang.

Breakfast with a view.

Tema klasik era PRamlee penyejuk hati mengundang kenangan lama.

Banyak ruang untuk OOTD.

Siap ada coffee table books untuk dibaca.

Memang awesome teruk bagi den.

 

Aneka Pilihan Makanan

Hidangan utama sepanjang 4 hari den breakfast dekat sini bertukar.

Ada pasta, mee goreng, nasi goreng, dsb

Ada reruai roti bakar arang, roti jala, roti canai, mee kicap dan omellete.

Nasi lemak wajib ada.

Siap ada pulut kuning dan rendang ayam ye.

Ada mee, ketiaw, bihun sup.

Pau, pasta, kuih-muih, etc.

Rambang mata tengok pastries dan aneka jenis bun serta roti.

Untuk mereka yang vegetarian ada pelbagai pilihan salad dan buah-buahan.

Untuk kanak-kanak ada cereals, bubur, muffin, tarts dan pelbagai jenis kek.

Jeruk pun ada.

Tinggal tengok kapasiti perut je temanya.

Sebab semua makanan ada rasa.

 

Tapi yang paling den berkenan teruk adalah kopi o kaw dia.

Setiap kali breakfast den akan minum dalam 3-4 cawan kopi o tuh.

Ini kopi kampung dulu-dulu.

Dimasak atas dapur kayu.

Minum pula dalam cawan ala kopitiam atau kole klasik.

Memang heaven.

Siapa yang tidak minum kopi o, boleh je minum teh tarik ye.

 

Tema Café - Klasik + Zaman Kegemilangan PRamlee

Tema cafe pula adalah klasik + zaman kegemilangan PRamlee.

Kakitangan yang menyambut kome di pintu masuk café molek sangat.

Deme berkain batik dan berbaju kurung Kedah berbunga-bunga kecil tuh.

Memang sweet dan sopan sangat.

Lagu-lagu yang dipasang semua lagu Melayu klasik.

 

Kome kena duduk di kawasan terbuka untuk dapat vibes kembali ke zaman kegemilangan PRamlee.

Nama meja pun guna nama watak dan tempat popular dalam filem-filem karya PRamlee.

Den akan duduk di meja yang berbeza setiap kali bersarapan.

Hiasan basikal, skuter, mesin jahit, almari lauk tradisional.

Tudung saji anyaman mengkuang.

Radio zaman dulu.

Semuanya klasik belaka.

Ada televisyen lama yang menayangkan filem-filem karya PRamlee.

Memang mengundang mengenang kisah lama begitu.

Hari pertama den sarapan di sini terdengar bunyi ayam berkokok.

Den terfikir eh kuatnya ayam dari kawasan perumahan dengar sampai sini.

Alih-alih tuh bila den berjalan sekitar café, terjumpa ayam betul dalam sangkar.

Sumpah tak sangka k hehhehehee.

Kome mampu bela ayam dalam hotel hehehehehehe

Kalau kita bawa ibu bapa dan atok nenek kita, in sya Allah deme pasti suka sarapan di sini.

Café sebelah dalam suasana moden.

Breakfast With A View

Kome memang wajib duduk di bahagian luar ye.

Bukan sahaja dikelilingi dengan barang-barang klasik.

Dikelilingi tumbuhan hijau pun iya.

Sesuai untuk terapi mata di pagi hari.

Lepas tuh ala-ala breakfast with a view pula.

Memang brownies point la kan.

Kome akan nampak pemandangan Kinta River Walk.

Nampak Sungai Kinta yang mengalir.

Superb view.

 

Banyak Ruang untuk OOTD

Bagi mereka yang memang suka bergambar memang banyak ruang untuk OOTD.

Disebabkan anak-anak den ambil gambar asal boleh, makanya sekupang aje la gambar den di sini huhuhuhuhu.

Coffee Table Books

Ada sebuah rak buku berdekatan kaunter masuk.

Jadinya boleh pilih coffee table books kalau teringin hendak membaca sambil menikmati sarapan.

Den sempat baca 2 buah coffee table books.

Awesome ye minum kopi o kampung panas sambil baca buku
Antara coffee table book yang den sempat baca

Layanan kakitangan memang boleh bagi 5 bintang.

Sopan berhemah semuanya.

Sejuk hati acik nih ha.

 

Kalau tidak kerana den tuh mengejar masa sebab kena pergi kursus dan mesyuarat semasa menginap di sini, den rasa den akan makan dengan begitu bersungguh-sungguh dari 7.30 pagi hingga 10 pagi.

Memang den berkenaan dooh dekat breakfast spread dan café di sini.

Untuk maklumat lanjut, kome boleh layari:

Website: https://www.kintariverfront.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/kintariverfrontipoh/

Instagram: https://www.instagram.com/kintariverfrontipoh

Kome jangan lupa tag Kinta River Front dalam mana-mana posting kome kot ada rezeki dapat penginapan percuma 2 hari 1 malam di sini ye.

Jom kome kita breakfast di Kinta River Front Hotel & Suites ni.

In sya Allah berbaloi.

Moh kita.

 

Cerita pasal makanan di bulan puasa nih udah langsung terngences plak ye.

 

 

0 Comments