Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Kalau kome ke Ipoh, mohon kome singgah ke Ipoh Night Market atau Uptown Ipoh sebab awesome sangat.

Pelbagai gerai makanan yang menawarkan aneka jenis makanan dan deretan gerai jualan pakaian, cenderahati, beg, tudung, etc.

Tempat letak kereta memang banyak.

Memang recommended tempat ni.

Den baru datang sini dua kali.

Sekali masa den teman sepupu den untuk urusan pusaka dia.

Masa ni kami jalan-jalan tengok gerai jualan barang, tidak singgah langsung ke bahagian gerai makanan sebab hujan dan kami sampai udah lambat beno.

Banyak kedai udah ditutup.

Gambar pun den petik sekupang dua.

Kali kedua den datang dengan keluarga kecil den.

Masa ni kami datang untuk makan sahaja.

Tetap ambil gambar sekupang dua sebab den kemalasan huhuhuhuhu.

 

Cumanya memang banyak gerai makanan yang jual macam-macam sampai rambang mata nak makan apa pun tak tau sebab banyak sangat pilihan.

Den rasa ada lebih 30 gerai makanan di sini.

Antara kome rajin ke idok hendak berjalan meninjau dari hujung ke hujung kawasan yang menempatkan semua gerai makanan yang ada.

Ada makanan Korea, Jepun dan Thailand juga.

 

Masa den pergi tu, ramai gila orang beratur hendak makan tomyam dekat satu reruai yang menjual makanan Thailand.

Mungkin sedap banget barangkali ye.

 

Kami makan sup ekor + nasi putih.

Memang terbaik sup ekor pekat, likat memikat macam sup kedai mamak yang molek dicicah dengan roti tuh.

Panni puri dia biasa-biasa.

Boleh makan tetapi den pernah makan yang lagi sedap begitu.

Budak-budak makan chicken chop yang sedap juga untuk tekak den.

Rasa cucur udang dengan udang seekor di setiap cucur udang cicah dengan kuah kacang boleh tahan cuma den pernah makan cucur udang yang lagi sedap.

Cucur udang cicah kuah kacang biasanya orang Utara pandai buat.

Cendawan celup tepungnya den rasa tidak boleh tandingi cendawan celup tepung di Taman Tasik Taiping tapi budak-budak ni suka banget.

Licin depa makannya.

Sedap kata deme.

Den makan sengkuang calit.

Sedap je sengkuang calit yang ada di sini.

Tapi mana-mana sengkuang calit yang ada sekarang ni tidak dapat menandingi rasa sengkuang calit den makan masa kecil-kecil dulu.

Adakah mungkin rasa makanan masa kita kecil adalah lebih sedap sebab kita hanya bermain tidak pening fikir pasal perkara lain?

Tapi satu makanan yang kome memang wajib cuba bila datang ke Ipoh Night Market ini Sweet Potato Balls.

Makanan Jepun ini unik sangat rasanya.

Ada rasa manis dan rangup sebab dia lompong.

Mula-mula kami makan ni masa sedang lepak dekat meja makan.

Siap tapau lagi 1 bungkusan sebelum balik.

1 bungkusan ada 10 ketul.

Harganya kalau tidak silap RM6.

 

Ada banyak makanan yang den belum berkesempatan cuba.

In sya Allah den hendak ulang datang ke sini lain kali.

Kome jangan lupa singgah ke sini ye nanti kome di Ipoh.

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/jtXsZBfRU86vAR596

Waktu Operasi: 4 petang - 12 tengah malam

Moh kita.

 

0 Comments